Kini jelas, dari kalangan kepimpinan UMNO mau pun bekas pemimpin tertinggi UMNO khususnya Mahathir sudah menampakkan ketidak yakinan terhadap kepimpinan Najib, dan mungkin Najib akan menerima nasib malang dan mungkin juga di zaman Najib ini UMNO akan berubah kerusi dari kerusi pemerintah kepada kerusi pembangkang. Kesan dari PRU12 amat jelas sekali, Kelantan terus di kuasai oleh PAS sudah melebih 20 tahun, kini 3 negeri lagi di perolehi oleh pembangkang Kedah, Pulau Pinang dan Selangor
Tun Dr Mahathir Muhamad ( gambar atas ) mengakui Umno kini lemah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, walau bagaimanapun kena pertahankan. Ungkapan dan kelohan ini dilahrikan semassa beliau menghadiri perjumpaan dan dialog bersama Banggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Keahlian Kelab Veteran MAYC ini yang di ketuai oleh Sanusi Junid memang bergerak untuk memastikan UMNO / BN sentiasa di " sanjung dan di minati " oleh rakyat.
" Kenapa perlu kita Ahli Umno membuat penilaian terbuka tentang baik
buruknya, sebaliknya kita amat perlu mengemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh
mendapat majoriti dua pertiga. Apabila BN menang dan bentuk kerajaan
maka bolehlah kita tegur dan menggodam, apa yang penting menang besar dulu " hujjah beliau
Semua maklum, era kepimpinan Najib sarat dengan masalah, daripada masalah peribadi, isteri dan parti. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Perdana Menteri yang lepas teragak-agak untuk mengadakan pilihanraya.
Persoalannya kenapakah Tun amat perlu mempertahankan kerajaan UMNO / BN?, atau Tun ada masalah besar akan menimpa beliau jika UMNO / BN tumbang? Atau kerajaan UMNO / BN adalah survival Tun dan keluarga untuk meneruskan sisa-sisa penghidupan kerana dengan kerajaan UMNO / BN sudah pasti keluarganya terbela nanti. Tun sudah dapat membayangkan apa yang terjadi di negeri-negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - mereka menjalani penghidupan dengan berjimat cermat. Sekarang giliran rakyat seluruh negera
akan mengembelingkan tenaga untuk menukar kerajaan di peringkat pusat.
InsyaAllah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak
pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka
Tun juga mengambil peluang untuk mengingatkan kepada generasi muda supaya kenang jasa Umno
kepada negara. Tektik ini tektik lama, jika kerajaan
bertukar negara akan menghadapi bahaya. Apakah dengan pertukara kerajaan negera akan musnah? Lihat sahaja Kelantan sudah hampir 25 tahun tidak pun terjadi apa-apa malahan ianya terus membangun dan kini 3 negeri lagi ikut cara kelantan - Pulau Pinang, Kedah dan Selangor- tidak pula huru hara, malahan huru hara itu aalah ciptaan UMNO sendiri. Tun masih belum sedar
bahawa beliau bercakap dengan anak muda yang mempunyai kesedaran
maklumat yang tinggi. Mungkin dia membayangkan beliau berucap di hadapan
pemuda tahun 80 an.
Ambil conytoh Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman
tanpa apa-apa rusuhan. Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan
berjaya mengurus tadbir dengan baik. Buktinya ialah pelabur berani
melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta kepada RM2.53
bilion.
Tapi akhirnya Tun mengakui, era kepimpinan Najib sarat dengan masalah, daripada
masalah peribadi, isteri dan parti. Tidak pernah berlaku di dalam
sejarah Perdana Menteri yang lepas teragak-agak untuk mengadakan
pilihanraya.
No comments:
Post a Comment