Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 26, 2013

BRIM DAN PENYIKSAANNYA

Gambar yang dipaparkan adalah di majlis penyampaian BRIM, rakyat sungguh dahagakan bantuan, walau pun ianya sudah hampir 60 tahun, baru kali ini kerajaan ( pemerintah ) bersedian untuk -" membantu ". Tapi cara penyampaiannya amat mendukacitakan, rakyat di paksa berbaris, berebut dan sudah tentu pihak berwajib mengambil kesempatan untuk memberikan peringatan agar setiap penerima perlu mengenang jasa kepada yang memberi.

Gambar-gambar di bawah menceritakan bagaimana mereka penerimaan BRIM di " Seksa " olih pihak tertentu.


1- mereka seolah-olah sudah tidak sabar dan langsung tidak " peka " dengan rakan yang lain kita dapat lihat bagaimana seorang " nyonya " tersebut dengan mereka yang bernifom.


2- Kenapa agaknya " rusuhan " perlu berlaku, 
pasukan RELA juga perlu mengalah dengan asakan penerima BRIM ini.



3- Pihak pengurusan sanggup dan sampai hati " menyiksa " penerima dengan melakukan barisan yang cukup panjang untuk sampai ke kaunter pengesahan bacer bayaran.


4- Barisan kali kedua pula,penerima berbaris untuk menunaikan 
baucer di kauntar bayaran pula.


5- Pendaftar - semua penerima perlu mendaftarkan 
diri dan mengambil baucer bayaran.


6- Keadaan cukup terdesak, mereka cukup memerlukan bantuan tersebut. 
Mereka sanggup berhimpit dalam dewan, sanggup berbaris panjang di luar dewan. Rakyat Malaysia kini cukup terdesak.


7- Kesian opah ini, tak ada ke cara untuk memberikan 
keutamaan kepada warga OKU?


8- Kawalan di kawasan ini memuaskan, tidak huru hara, mereka berdisplin.


9- Baik dan berdisiplin penerima di kawasan ini.


10- Laku ke baucer ini, kerana ada lambang 1Malaysia? 
tanya penerima baju merah tu.


11- Rakyat Malaysia terlalu dahagakan sumbangan,
 lihat sahaja bagaimana mereka menghulurkan tangan 
untuk menerima baucar bayaran tersebut.


Apakah benar, kata-kata YAB Nik Aziz, pemberian BRIM 
oleh kerajaan seperti mengumpan Haiwan.
 "BN jadikan rakyat umpama haiwan"  ertinya Kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak cuba nak ambil dan tawan hati rakyat agar menyokong dan memberikan undi kepada UMNO/BN pada PRU 13 akan datang ini saling tak tumpah sebiji seketul macam layan haiwan ketika memberikan BR1M.

Menurut TGNA, seharusnya sebagai pemimpin negara mereka perlu diberikan ilmu dan bukannya wang ringgit atau kebendaan.

Lebih menyedihkan ada warga yang pengsan kerana tunggu beratur panjang.

Ada lokasi seperti di Johor Bahru berebut, tolak menolak berlaku hingga terpaksa pihak polis dan Rela masuk campur meredakan keadaan.

Yang jadi mangsanya ialah warga yang miskin dan berpendapatan rendah rata-rata berumur 50 tahun keatas.

Mengapa perlu suruh rakyat beratur panjang selepas mendengar celoteh yang karut marut dari pemimpin UMNO/BN sebelum nak ambil voucher RM500?

Bukankah pada borang permohonan BR1M ada diminta no akaun bank?
Mengapa tidak disalurkan terus kedalam akaun penerima yang dikategorikan layak?

Bukankah ini memberi maksud jua yang UMNO cuba nak layan penerima BR1M macam haiwan..Seperti menabur dedak kepada ayam untuk pujuk dan kemudianya cekup terus sembelih?

Dimana silap dan salahnya kata-kata kiasan yang dihujahkan oleh Mursyidul Am PAS, TGNA, ini?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA