Sehari dua ini Malaysia di gemparkan dengan sumbangan kerajaan untuk rakyat, di mulai dengan sumbangan untuk anak-anak sekolah RM100 sebagai pesediaan untuk ke sekoah ( walau pun ibubapa penjaga telah pun berbelanja ) dasn kini pihak kerajaan pula menyempaikan sumbangan untuk " peruntukan dapor " berjumlah RM500. Orang ramai tak tahu apakah niat tersirat oleh mereka kerana semua penyampaian sama ada RM100 atau RM500 semua mesti di sampaikan oleh YB kawasan masing-masing. Mungkin agaknya ia ada kaitan dengan hampirnya PRU13.
RM 100 atau RM500 sudah pun hampir 55 tahun Perikatan / BN memerintah baru dapat dikeluarkan, itu pun mungkin kerana pada PRU12 dulu BN kehilangan majoriti 2/3 kerusi di parlimen dan kehilangan 4 + 1 kerajaan negeri. Kalau tidak, kalau BN masih memejoriti kerusi di parlimen rasanya rakyat sudah tentu tidak di berikan perhatian oleh pihak mereka. Wang RM1000 boleh habis sekelip mata sahaja terutama kepada mereka yang
 sememangnya dhaif dan memerlukan wang segera. Namun ianya bukanlah 
memberikan kesejahteraan dan kesenangan dalam jangkamasa yang lama. Ia 
mungkin meringankan beban rakyat dalam masa singkat. Mungkin sehari 
habis, seminggu langsai atau mungkin sebulan ianya habis dibelanjakan.
Tapi bagi " in waiting goverment " Pakatan Rakyat, juga mengambil kesedaran atas kemenangan pada PRU12 dan mesasarkan PRU13 untuk mengambil alih Putra Jaya, mereka juga memberi dan menanang pemberian yang lebih " selesa " kepada rakyat. Cuba kita perhaatikan apa rancangan PR untuk masa depan rakyat.
Namun mari kita mencongak fakta yang sepatutnya direnung dan diteliti oleh rakyat.
* Tawaran PR yang pertama iaitu PENDIDIKAN PERCUMA
 dari pra-sekolah hingga Universiti. Sebagai contoh yuran pengajian 
untuk mahasiswa lebih kurang RM60,000. Jika tuan-puan ada anak 4 orang 
masuk Universiti bermakna RM240,000 dapat dijimatkan dan anak-anak 
tuan-puan tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Cuba kira berapa 
banyak belanja yang tuan-tuan belanjakan untuk yuran Pra-Sekolah, 
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah, Pra-Universiti dan seterus 
Universiti. Bandingkan RM1,000 dengan kira-kira RM60,000 (tambah lagi perbelanjaan semasa persekolahan).
* Tawaran kedua iaitu MENURUNKAN HARGA MINYAK.
 Cuba tuan-puan kira berapa banyak wang dibelanjakan untuk membeli 
minyak. Jika tuan-puan mempunyai kereta, seminggu mungkin perbelanjaan 
untuk membeli minyak RM50, sebulan RM200 maka setahun RM2400. Jika harga
 minyak diturunkan sebagai RM0.50 sen kiralah sendiri berapa penjimatan 
yang dibuat. Kalau 10 tahun sudah tentu ianya melebihi BR1M.
*Tawaran ketiga ialah MENGHAPUSKAN TOL.
 Bagi mereka yang sering 'travel' sudah tentu penurunan harga Tol akan 
mengurangkan belanja mereka dan dapat menabung. Jumlahnya sudah tentu 
jauh lebih banyak dari RM1000 BR1M.
*Tawaran Keempat MENURUNKAN HARGA KERETA. Malaysia
 adalah negara yang mengenakan cukai kereta tertinggi. Harga kereta di 
Malaysia 100 % lebih mahal dari negara-negara lain. Sudah tentu 
tuan-puan dapat membeli kereta dengan harga yang jauh lebih.
Jadi mana yang lebih membantu rakyat pada jangka panjang. Sudah tentu 
TAWARAN PR dapat menringankan beban rakyat. Malah dengan penurunan harga
 minyak, penghapusa tol dan penurunan harga kereta sudah tentu akan 
mengurangkan kos pengangkutan dan ini memungkinkan pihak pengeluar dan 
perkhidmatan MENURUNKAN HARGA BARANG.
Namun rakyat yang layak menerima BR1M wajib mengambil wang tersebut kerana ianya bukan hak milik Umno/BN tetapi ianya datang dari pembayaran cukai dan lain-lain sumber yang mana ianya adalah duit kerajaan = rakyat.
Rakyat Malaysia mesti bijak menilai TAWARAN PR dan BN supaya rakyat benar-benar mendapat manfaat kepada rakyat.

No comments:
Post a Comment