Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, January 31, 2013

PRU13 - NAJIB DI KELILINGI DENGAN PELBAGAI ISU7 ISU

Usia kerajaan BN kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, buat kata orang kampong tinggal beberapa Jumaat saja. Tapi kemelut yang dihadapi oleh Najib dari hari ke hari bertambah rumit, ia memperlihatkan keadaan yang cukup " terancam " kini, serba tak kena, dan sebagaimana yang dilaporkan baru-baru ini beliau ke Plastine, tapi ianya tidak dapat pengiktirafan antara Hamas dan Fatah.

Beberapa isu yang memeningkan Najib seperti kenyataan dari Datuk Syed Ali Alattas ( presiden Dewan Pernigaaan Melayu Malaysia ) kaitan dengan kemiskinan orang-orang di Johor. Kenyataan keras kaitan dengan hak milik Melayu di Iskandar Malaysia sudah pun berpindah tangan ke warga asing dan ini kini sudah pun hampir 80%, Melayu juga adalah kalangan mereka yang termiskin.  

Najib juga adalah pemimpin Melayu yang sanggup menjual tanah hak Melayu di Woodlands Singapura kepada Singapura, hanya itulah tanah Melayu kepunyaan Keretapi Tanah Melayu yang ada di pulau tersebut, dan Najib sanggup pula melepaskan kepada pihak asing. 

Isu pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia (RAPID) yang menimbulkan pelbagai kontroversi dimana projek besar bernilai RM60 bilion itu mengakibatkan alam sekitar dan kesihatan penduduk terbabit terjejas. Tapi akhirnya syarikat ini menarik diri. terima kasih kepada pendesak yang meneruskan desakan agar di tiadakan projek ini.


Kehilangan medan minyak Blok L dan M milik Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan Brunei berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009. 

Kerugian yang dialami oleh Tabung Haji (TH) dalam pelaburan wang ahlinya apabila saham Silver Bird Group Berhad (Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5 sen sahaja. (TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 %).
 

Kerugian KWSP akibat daripada kejatuhan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di bawha paras IPO.
 

Pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang mengaitkan Najib dan keluarganya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Jawapan ringkas Najib bahawa Deepak tidak berwibawa tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.

Masih banyak isu-isu yang Najib seperti " make do not know " aje. So apakah dengan isu-isu lain yang melibatkan pemimpin lain akan memberikan kesan pada PRU13 nanti, rakyat akan tunggu dan lihat. 

Bagi Najib bila agaknya beliau nak jawab pertuduhan tersebut? 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA