Idris Jala ( gambar ) adalah CEO
kepada PEMANDU, sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. Dari nama
"Idris" itu ramai yang menyangka beliau adalah seorang Islam.
Hakikatnya, sudah berapa keturunan beliau menganut agama Kristian di
Sarawak. Keturunan beliau tidak pernah menganut agama Islam walaupun
beliau dinamakan Idris.
Nama Idris dipilih untuk
beliau kerana bible2 Melayu di Sarawak menggunakan nama Idris apabila
merujuk kepada Nabi Idris. Bukan nama "Enoch" seperti yang terkandung di
dalam Bible versi Inggeris.
Ini kerana Nabi2 dan Rasul2 dalam Al Quran itu adalah Nabi Allah ataupun Rasul Allah.
Sekiranya diizinkan kaum Kristian menggunakan nama mereka bererti nabi2 dan rasul2 Allah ini terpalit dan terkait dengan ajaran TRINITI. Dengan kata lain, boleh berlaku orang Islam terpedaya untuk mempercayai fahaman triniti kerana dilihat orang2 Kristian bebas menggunakan nama2 Nabi dan Rasul. Contoh terbaik adalah Idris Jala sempena Nabi Idris yang juga seorang Rasul Allah.
Ulama2 gonggongan UMNO ini tidak mementingkan kebenaran. Mereka lupa sekiranya diharamkan nama Allah SWT maka banyak lagi benda lain wajib diharamkan dari penggunaan orang Kristian. Misalnya, nama2 Malaikat, nama2 Nabi, cerita2 berkaitan hari kiamat dan hari akhirat yang mempunyai persamaan yang banyak dengan yang di dalam Al Quran dan sebagainya.
Malahan, beberapa peristiwa yang diceritakan dalam Al Quran juga diceritakan dalam Bible.
ULAMA2 GONGONGGAN UMNO PERJUANG ISU KALIMAH ALLAH CARI MAKAN
Hasil dari usaha serta
gerakkerja ulama2 yang digonggong UMNO ini maka isu penggunaan kalimah
Allah oleh orang Kristian menjadi terlampau besar.
Ulama2 gonggongan UMNO ini juga senyap sunyi apabila Najib melancarkan judi bola tempohari.
Mereka sanggup memaksa
mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS semata-mata mahu memangkah Presiden PAS
yang telah pun mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini. Semuanya
dilakukan demi kehendak dan kemahuan UMNO.
Yang heranya ulama2 yang
sama ini tidak pula berani mengeluarkan fatwa kafir ke atas Najib Tun
Razak kerana menghalalkan judi bola tetapi berani mengkufurkan mereka
yang mengizinkan penggunaan kalimah Allah.
Maka, seeloknya
diisytiharkan seluruh ulama2 Universiti Al Azhar selama lebih 1000 tahun
sebagai kafir kerana tiada seorang pun yang telah mengharamkan
penggunaaan kalimah Allah dalam upacara ibadah kaum Kristian "Church of
Alexandria" di Mesir.
Apabila UMNO menjadi rujukan, maka hukum Islam jadi berubah-ubah. Yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal.
Judi jadi halal manakala penggunaan kalimah Allah jadi haram.
Agaknya ulama2
gongonggan UMNO ini dalam kerangka mahu mengadakan syariat baru yang
lebih serasi dan sesuai dengan kehendak serta kepentingan UMNO.
Betapa hinanya ulama2 serta NGO2 ini yang sanggup memperjuangkan isu yang tidak releven dan tidak signifikan berbanding dengan projek judi bola tajaan Najib Tun Razak.
Heran. Mana suara Dato Harun Din pada masa Najib lancarkan judi bola tempohari. Mana fatwa kufur dari Dato Harun Din pada masa itu??
Betapa hinanya ulama2 serta NGO2 ini yang sanggup memperjuangkan isu yang tidak releven dan tidak signifikan berbanding dengan projek judi bola tajaan Najib Tun Razak.
Heran. Mana suara Dato Harun Din pada masa Najib lancarkan judi bola tempohari. Mana fatwa kufur dari Dato Harun Din pada masa itu??
dari meja TULANG BESI
No comments:
Post a Comment