UMNO Selangor di kejutkan dengan satu kajian di mana PR terus memonopoli kehendak rakyat, rakyat telah dan terus menerima cara pelaksanaan sistem pemerintah yang cukup sederhana, malahan cara perbelanjaan yang berhemah juga membuktikan pemimpin dari PR tidak tamak dan haloba apa seperti yang ada di UMNO / BN.
UMNO Selangor dengan " karnival Sayangi Selangor " mengambil kesempatan dengan program tersebut untuk melihat sendiri apakah ada perubahan di kalangan pengundi Selangor untuk PRU13 nanti. ' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA
YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT '
Tapi kepimpinan UMNO Selangor yang diterajui oleh YB DAto Noh Omar terkejut beruk dengan dapatan dari kajian tersebut. Rakyat Selangor terus memberikan kepercayaan kepada PR.
Persoalannya apakah perlakuan di Selangor itu tidak menular ke negeri-negeri lain, selain dari Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan? UMNO di negeri-negeri tersebut mungkin tidak berani untuk melakukan . di khuatiri akan terjadi seperti apa yang berlaku di Selangor.
Dengan rasa " kemalu-maluan " terhadap posting yang di paparkan di Facebook SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO.
Dengan rasa " kemalu-maluan " terhadap posting yang di paparkan di Facebook SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO.
Pada kesimpulannya UMNO / BN masih memikirkan rakyat masih berada di zaman awal 40an, 50an, 60a, 70an atau awal 80an dimana semua maklumat masih terkawal, maklumat hanya di dapati dari media dan akhbar perdana. Mereka lupa zaman ini maklumat semua dihujung jari, rakyat dapat mengintai semua maklumat secepat yang mungkin, klik saja apa maklumat yang di perlukan.
Tingkah laku dan buruk perangai kepimpinan UMNO juga menjadi " liabiliti " kepada rakyat yang sudah penoh dengan rasa bosan, rasa benci yang amat tinggi, sikap amanah, jujur, rasa bertanggongjawab sudah tidak ada dalam kamus kepimpinan mereka. Sudah pasti rakyat akan menghukum " stail " kepimpinan mereka. Sudah lebih 50 tahun pemerintahan UMNO sudah tentu mereka lalai dan mungkin juga mereka sudah bersedian untuk menerima hukuman itu.
UMNO juga terus menghiris perasaan orang Melayu khusus dalam isu agama, cuba kita lihat pada paparan di bawah bagaimana mereka langsung tidak memperdulikan " ketuanan Islam " sebaliknya merka yang memperdulikan " ketuanan Melayu " sahaja.
Keratan Akhbar dan kenyataan kepimpinan UMNO
kaitan dengan hal ehwal agama.
Sejak ujudnya jawatan Perdana Menteri, belum ada isteri PM mengistihar dan memberi gelaran dirinya sendiri sebagai " first lady " dan ada pejabat serta peruntukan sendiri sebagai soerang menteri siap dengan bajet khas untuknya seperti sebuah kementerian. Tapi zaman Najib dan Rosmah, Rosmah bertindak di luar batasan, hinggakan Najib sendiri " takut " untuk melantik menteri wanita untuk kementerian wanita dan masyarakat, dan kementerian itu dipangku olehnya dan mungkin Rosman dibelakangnya.
Apakah Rosmah kini sudah bertaraf Menteri atau ketua negara
dan diberi peluang melancarkan Kapal TLDM
Dua video klip dijadikan bahan " peluru " untuk meneruskan penipuan kepada rakyat, isu air dijadikan " icon " oleh UMNO / BN, ianya amat mudah " dilakunkan " kerana SYABAS yang berwajib untuk kemudahan air masih di kawalnya oleh kerajaan pusat. Kenapa UMNO / BN cuba terus menipu rakyat?
UMNO / BN sudah hilang akal dengan mempergunakan semua kemudahan agensi kerajaan untuk kepentingan UMNO, semua orang masih ingat bagaimana anggota PDRM dipergunakan untuk membelah orang awam yang tanpa senjata semasa BERSIH, juga mungkin mereka seperti ( gambar ) atas adalah polis upahan kerana pakaian mereka tidak seperti pakaian rasmi PDRM.
Salah sebuah NGOs yang mendapat tempat di hati UMNO dan PDRM
Juga kini Kerajaan ( UMNO / BN ) terpaksa memohon restu dari NGOs untuk melakukan kegiatan yang tidak bermoral untuk melemahkan kegiatan yang dianjurkan oleh kepimpinan PR ( Pakatan Rakyat ) Lihat sahaja bagaimana kenderaan Jelajah Merdeka hak milik PKR cuba dimusnah setiap kali mereka mengadakan program, program mereka pula sentiasa di ganggu, program ceramah sengaja diadakan ceramah yang sama berhampiran antara satu sama lain. Di mana Polis, itu yang menjadi persoalan, apakah PDRM juga memberikan kebenaran kepada kegiatan tersebut?
Apa yang berlaku masa kini ialah " lost of confident - Hilang Keyakinan " rakyat terhadap kepimpinan, rakyat sudah hilang keyakinan, sudah hilang kepercayaan, sudah tidak mengharapkan kepimpinan mereka lagi, pemimpin masa kini lebih mementingkan diri sendiri ( selfish ), rasuah, moral yang rendah, mengamalkan kronisma. Jadi tidak salah kalau rakyat tidak memilih lagi di PRU13 nanti. Walau pun Poll itu untuk Selangor tapi UMNO / BN boleh cuba untuk negeri-negeri lain.
Kesilapan mereka bukan orang lain yang bikin tapi mereka sudah leka kerana sudah lama memimpin, tidak ada siapa yang sudi menegor mereka. akhirnya mereka WAJIB menerima hukuman dari rakyat.
Budaya
sesat menyesat menjadi tunjang ulama muda UMNO...Umno x berubah dengan
kemasukan mereka malahan makin membawa parah kepada dunia sesat
menyesatkan orang.... Kesian UMNO... dapat ulama pulak jenis macam ni... Dr. Mohd. Asri
No comments:
Post a Comment