Setiausaha Agung Umno yang dikatakan berhasrat hendak meletak jawatan kerana sudah berbua Umno akan kalah, Teuku Adnan Teuku Mansor
mengesahkan bahawa Umno bukan parti Islam apabila parti itu tidak
mengambil satu potong ayat al Quran pun untuk dijadikan panduan atau pun
ingatan di dalam parti tersebut.
Teuku Adnan: Ikhlas |
Pengakuan Adnan itu dikira ikhlas dan benar menepati apa yang terserlah
di dalam Umno kini, di mana Umno hanya tahu menyebut Islam tetapi tidak
tahu berbuat (melaksanakan) kehendak Islam. Pengakuan Adnan itu juga
mengesahkan tanggapan sebelum ini yang Umno sebuah parti sekular yang
anti kepada Islam.
Mungkin bertolak dari realiti itulah menyebabkan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat
mengatakan bersedia untuk membubarkan Pas sekiranya Umno mengambil
Islam sebagai dasar perjuangan. Nik Aziz sudah tahu bahawa cabaran itu
tidak akan tersambut oleh Umno kerana parti itu kering dengan Islam
malahan menentang Islam sejati.
Kata Adnan dipetik; “Umno sebagai parti yang
menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak
pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik
kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut
ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam."
Kenyataan itu beliau itu dilaporkan oleh portal rasmi Umno, Umno online.
Pernyataan Adnan itu bagaimana pun berlaku sedikit kesongangan dan
kontra bila mana dihujung pernyatan itu disebut; "apa yang penting
adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha
untuk terus memelihara akidah umat Islam".
Dengan pernyataan di akhir itu meragukan, macam mana Umno boleh membela
dan menjaga akidah umat Islam sedangkan perkara asas iaitu al Quran yang
mengajar segala macam ilmu dan kaedah termasuk menjaga akidah itu tidak
diguna pakai? Persoalannya macam mana Umno mampu untuk menjaga akidah
umat Islam? Mungkin kaedah yang diambil Umno dalam menjaga akidah umat
Islam tidak mengikut kehendak agama, maka itulah dalam masa Umno
membangunkan syiar Islam, mereka juga turut membina syiar meruntuhkan
Islam.
Dari keadaan inilah dapat dikatakan bahawa Umno hanya berlakon saja
untuk membela akidah Umat Islam. Sebab itu Umno lebih cenderong untuk
membina syiar Islam daripada cuba mempraktikan ajaran Islam sebenar.
Kalau bercakap fasal Islam Umno akan bercerita perihal masjid, sekolah
agama dan sebagainya sedangkan itu hanya lambang-lambang yang tidak
mestinya menepati kebenaran Islam. Bukti paling sahih mengenai silakp
dolak dalik dan hipokrasi Umno ini apabila ia menolak hukum Allah
(hudud) dengan alasan-alasan yang berbuar kekufuran.
Makanya pengakuan itu seharusnya difahami oleh sekalian orang khasnya
orang Melayu yang selama ini menganggap Umno adalah pejuang Islam nombor
wahid. Sikap-sikap Umno ke belakangan ini yang kononnya mengambil berat
terhadap Islam termasuk 'memalu', menghentam mana-mana kenyataan
politik oleh pemimpin pembangkang adalah sandiwara dan wayang Cina saja.
Apabila Umno tidak mengambil sepotong ayat
Quran untuk urusan politiknya maka jelas politik Umno termasuk apa yang
dicerminkan dalam pemerintahan dan pentadbiran tidak berjejak dan
berkonsep kepada suruhan Allah. Jadi tidak menghairankan kalau Umno
bersikap rakus, kejam, menipu rakyat kerana mereka tidak mendapat taufik
dan hidyah al Quran. Kerana mereka yang menghadam isi-isi al Quran
tidak akan tergamak berbuat begitu kerana azab Allah ke atas apa yang
dibuat itu senantiasa bermain di biari matanya.
Pegangan dan politik Umno ini amat berbahaya. Kejahatan dan kerakusan
yang boleh dilakukan tanpa pegangan agama itu akan merebak ke dalam
pentadbiran atau kerajaan. Situsi inilah menyebabkan berlaku berbagai
penyelewengan dan salah gunakuasa dan rasuah di dalam kerajaan hari ini.
Skandal-skandal melibatkan kewangan seperti rasuah dalam pembelian
kapal selam Scorpone, ternakan lembu gemuk di kondo, tanah untuk
pembinaan pelabuhan darat (PKRZ), penjualan tanah kerajaan dan
sebagainya, adalah cermin atau terilham dari politik yang tidak sujud
kepada al Quran.
Disebabkan kerana Umno tidak mengambil sepatah ayat al Quran itulah juga
menyebabkan jelas berlaku kejahilan di kalangan pemimpinnya termasuk
ada yang sanggup menghina Nabi Muhammad dan menyindir segala hukum Allah
yang dipancarkan dalam Quran seperti mana hudud. Kesan itu juga
menyebabkan ada yang mudah membuat tafsir 'buta' terhadap ayat-ayat
Quran yang dibaca oleh pihak lain di mana kerana ianya difahami secara
harfiah, dan bukan mencungkil falsah dan makna di sebaliknya.
Justeru mulai hari ini, dengan 'pencerahan' yang diberikan oleh Adnan
itu janganlah kita merasa pelik dan anih kalau Umno tidak menunjukkan
keghairahannya kepada Islam termasuk untuk melaksanakan hukum-hakam di
dalam Quran. Pencerahan ikhlas Adnan itu juga memberi isyarat jelas
kepada orang Melayu untuk menjauh kurafat yang dicipta Umno mengenai
Islam.
Disebabkan kesingsangan itu juga tidak pelik juga kalau sesekali
pemimpin Umno yang gian hendak bercakap fasal Islam termasuk mentafsir
ayat Quran yang dibaca oleh Nurul Izzah Anwar tampak sangat kejahilan
dan kesongsangannya. Ini berlaku kerana pemimpin Umno tumpul dengan
ajaran Islam sebenarnya.
Memandangkan ini elok kalau Najib Razak turut melakukan transformasi
imu ke dalam Umno di masa akan datang. Ajar dan dekatkan generasi Umno
dengan al Quran dan suntikan kefshaman Islam yang betul. Mungkin
isntitusi agama yang berlambak di negeri ini boleh membantu. Institiut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bolerh memain peranan penting.
Perseimbangan pengembangan ilmu duniawi dan ukhrawi hendaklah dilakukan
bagi mengelak orang Umno terus terjeblos dalam kedurjanaan kejahilan.
Najib jangan saja memperlopari blue ocen di dalam Umno tetapi hendaknya juga mempelopori green ocen
(Kalamullah) di dalam Umno. Ini penting kerana tidak ada guna kalau
Umno dan negara mencapai kemajuan tetapi ianya tidak disertai dengan
amali agama. Kemajuan atau apa juga pemodenan yang tidak berohkan Islam -
akidah dan pegangan, ia adalah palsu dan akan membawa kemusnahan besar.
Najib dan sekalian orang harus faham bila menyebut soal agama dan Islam,
ilmunya terlalu luas. Islam bukan saja setakat kita mendirikan
rukun-rukun Islam yang lima perkara tetapi yang penting memahami,
menghayati dan mengamali apa yang termasuk di dalam sesuatu rukun itu.
Pengajaran atau perintah di dalam rukun Islam itu bukan saja perlu
difahami secara zahiriah tetapi hendaklah mencecah kepada hakikat. Islam
perlu ditaat bukan dengan fizikal, seperti mengerjakan sembahyang,
puasa, haji dan sebagainya, tetapi Islam perlu ditaati dan disujud
dengan hati dan jiwa secara istiqamah.
Hari ini Islam di dalam Umno hanya Islam syariat saja itu pun tidak mendasari, manakala Islam tariqat, hakikat dan marifat masih terlalu jauh lagi. Mungkin beberapa orang di kalangan pemimpinnya saja yang mengerti hal ini.
Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali berlatar belakang Islam yang mampan
boleh membuka pintu ijtihad di dalam Umno melakukan hijrah besar ke atas
parti itu. Kalau Umno menerima kosnep Islam keseluruhan saya yakin
titik temu yang jelas dan nyata parti itu dengan Pas dan segenap Islami
lain akan tercapai. Bukan itu saja penerimaan Islam secara syumul
menjamin hayat Umno lebih panjang dari usia pemerintahan Firaun. [wm.kl.8:44 am 13/11/12]
No comments:
Post a Comment