Apakah ini satu tragedi untuk UMNO, benarkah lapuran SPRM, seramai lebih dari 1.5 juta ahli UMNO telah mensabotaj BN dalam piihanraya yang lalu dan ahli-ahli UMNO sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihanraya yang lalu dan yang akan datang. Dan sejak bila pula SPRM ini di arahkan melakukan tanggongjawab untuk memantau undian UMNO semasa PRU?
Senarai Ahli Hantu
UMNO
pada dasarnya masih tidak " memadamkan " keahlian yang sudah lama
meninggalkan parti tersebut, isu ini sengaja tidak diambil kerana
bilangan ahli ada kaitan dengan para perwakilan cawangan ke peringkat
bahagian dan jawatankuasa bahagian pula seolah-olah tidak bekerja jika
bilangan ahli berkurangan. Lantas itu keramaian ahli tidak tepat apa
yang di senaraikan - dengan itu ujudlah " ahli antu " dalam UMNO. Apakah
mereka yang di kira oleh SPRM?
Undian Sabotaj:
Kenapa
ahli UMNO sanggup mensabotaj calun-calun mereka sendiri?, ini sudah
budaya UMNO jika keperluan dan kehendak mereka tidak di jaga, seperti
seorang kontraktor tidak dapat projek maka tindak balas pasti diambil
pada masa calun ini bertanding nanti.
Hilang kredibiliti
Kesan
" tsunami " PRU12, kredibiliti UMNO hilang, kepimpinan gagal memainkan
peranan untuk kepentingan ahli, kepimpinan gagal menandingi isu-isu yang
dikemukan oleh pihak lawan. Pihak lawan pula berjaya dengan isu-isu
yang dikemukakan lengkap dengan bukti dan fakta, contoh isu NFL, isu
scorpane, isu pemimpin rasuah, isu kerajaan " menghambakan "
kakitangannya. Tapi kepimpinan parti pemerintah membalas dengan isu
fitnah, isu betina, isu salah laku sex dan entah apa lagi isu yang
langsung tidak releven sebagai tindak balas.
Dipaparkan beberapa isu terkini yang memberikan kesan terus kepada UMNO itu sendiri:
1- Isu HUDUD
Wartawan
bertanyakan kepada Datuk Seri Hj Najib (DSHN) Wassatiyah berkenaan
kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek (DSCSL) yang mengatakan 1.2 juta
rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan... maka
dijawaplah oleh DSHN "Saya tak nak komen"... kah kah kah... apahal lah
lu orang wartawan tanya SOALAN MAUT tu kat DSHN... beliau tu baru aje
KEBAH dari DEMAM beb... selepas ditanya oleh BUDAK SEKOLAH RENDAH
berkenaan NAJIS MUGHALAZAH... baru aje beliau NAK SIHAT lu orang dah nak
tanya balik SOALAN MAUT kat beliau... bagilah beliau BERIHAT sikit beb,
kah kah kah!
2- Pemimpin hilang hala tuju
1- Isu HUDUD

2- Pemimpin hilang hala tuju

Setiausaha Politik, Menteri Besar Haram Perak merangkap Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie tidak boleh bersubahat merasmikan konsert amal itu yang jelas ditaja oleh Harimau @Tiger.
3- Budaya memfitnah

Setiausaha Umno bahagian Bandar Tun Razak, Abdul Zaharin Mohd Yasin
membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Konsul Kehormat Mongolia
di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur kerana mengeluarkan kenyataan fitnah di laman Facebook.

"Saya percaya permohonan maaf ini tidak memberi kesan kepada Umno dan BN kerana saya bukan lagi pemimpin UMNO negeri," kata Khir dalam tulisan terbaru di blog drkhir.com.
4- Budaya tidak amanah

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga
berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang
kepada pembangunan Felda.

" Saya tidak tahu. Saya tidak pernah tahu perkara ini. Saya tidak tahu kami ada begitu banyak wang "
MP itu juga mendakwa, walaupun pemimpin Umno tidak mengetahui mengenai
sumbangan berkenaan, wujud anggapan bahawa ketua menteri yang juga ketua
Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman memperolehi sejumlah sumbangan.
Konklusi
Dengan
beberapa andaian tindakan UMNO untuk mengujudkan Jawatankuasa Khas
kaitan dengan " keikhlasan ahli " yang di ketuai oleh Tungku ahmad
Rithuaddin di kira amat bertepatan, dan peranan jawsatankuasa ini yang
di anggotai sorang wakil dari setiap bahagian serta boleh melaporkan
program bahagian secara on line lingkuangan 24jam, jelas membuktikan
UMNO kini cukup parah.
Atau apakah ahli-ahli UMNO kian ramai ahli yang tidak berkeyakinan terhadap partinya kerana mereka juga ada
mata dan hati, dan mereka juga sedar dan merasakan sendiri apa yang dirasakan
oleh rakyat yang ramai ini. Mereka juga manusia dan mempunyai perasaan. Jika
mereka sedar yang mereka hanya menjadi alat oleh pimpinan mereka untuk kekayaan
dan keuntungan peribadi mereka, perasaan marah dan bosan terhadap tindakan
pimpinan mereka itu akan bertambah.
Kesepakatan dan perpaduan memang menjadi tuntutan dan kini orang Melayu sekarang
sudah mula hendak kembali bersatu, tetapi mereka tahu penyatuan itu tidak lagi
akan berlaku di bawah UMNO. Mereka sedang menyaksikan perubahan ini. Mereka
sedar yang orang Melayu mahu bersatu di luar UMNO dibawah payung dan wadah yang
baru. Melayu sekarang sudah menampakkan
keinginan untuk melakukan hijrah untuk kemajuan dan kebaikan mereka dan negara.
Kita semua tahu yang hijrah merupakan satu elemen dan peristiwa penting di dalam Islam.
Jika penghijrahan yang dituntutan dan ianya digerakkan oleh kehendak yang Maha Esa itu, tidak ada
sesiapa pun boleh menahannya, waimma dengan meletakkan muncung senapang di
tengkok ahli-ahli UMNO oleh pimpinan mereka. Ahli-ahli
UMNO itu bukanya kerbau-kerbau yang boleh ditambat dimana-mana yang dikehendaki
oleh pimpinan mereka. Ramai diantara mereka telah merasakan yang mereka tidak
mahu lagi di tambat dan diberikan makan rumput-rumput kering lagi. Mereka juga
mempunyai harga diri.
UMNO kini retak yang menunggu belahnya sahaja, Apakah PRU13 dijadikan " starting point " untuk parti tertua ini dikuburkan, kita tunggu dan lihat sahaja.
UMNO kini retak yang menunggu belahnya sahaja, Apakah PRU13 dijadikan " starting point " untuk parti tertua ini dikuburkan, kita tunggu dan lihat sahaja.
No comments:
Post a Comment