Kian hari kian panas dengan isu politik, kian lama kian kelam kaitan dengan bilakah agaknya PM - Najib Rosmah berkeupayaan untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan PRU13 diadakan. Pernah di tulis beberapa bulan yang lalu makin lama parlimen tidak di bubarkan segera makin banyak isu yang akan terbongkar, isu dari pembangkang satu hal memang sudah kerja pembangkang, tapi bagaimana pula jika isu itu di timbulkan sendiri oleh rakan separti - khususnya dari UMNO itu sendiri.
Kegelabahan Najib dalam negeri deposit tetap terpaksa membuat u-turn
untuk mengambilalih lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) mula disanggah
oleh ahli palimen UMNO sendiri dan belum pernah seorang ahli parlimen
sanggah keputusan perdana menteri yang kununnya semua keputusannya
betul belaka!
Keputusan kerajaan itu katanya, untuk mengambilalih Lebohraya
Penyuraian Timur (EDL) di Johor Baru adalah sebahagiannya
sekurang-kurangnya disebabkan oleh tekanan dari maklumat salah
disebarkan oleh pembangkang dan bukanlah satu langkah baik, kata ahli
parlimen Pulai dari Umno.
Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang juga ketua Umno bahagian Pulai ( gambar ) menambah bahawa kerajaan tidak seharusnya mengubah perjanjian penswastaan hasil perbincangan bertahun-tahun dan selepas kontrak telah telah ditandatangani.
"Kerajaan terbalikkan keputusan itu kerana Pakatan Rakyat (PR) juga memperbodohkan rakyat dengan Buku Jingga mereka di mana mereka berjanji perkara yang mereka tahu mereka tidak boleh penuhi seperti jalan bebas tol," kata Nur Jazlan (gambar) kepada The Malaysian Insider.
“Kita mahu infrastruktur diswastakan dan dibayar oleh orang ramai.”
Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang juga ketua Umno bahagian Pulai ( gambar ) menambah bahawa kerajaan tidak seharusnya mengubah perjanjian penswastaan hasil perbincangan bertahun-tahun dan selepas kontrak telah telah ditandatangani.
"Kerajaan terbalikkan keputusan itu kerana Pakatan Rakyat (PR) juga memperbodohkan rakyat dengan Buku Jingga mereka di mana mereka berjanji perkara yang mereka tahu mereka tidak boleh penuhi seperti jalan bebas tol," kata Nur Jazlan (gambar) kepada The Malaysian Insider.
“Kita mahu infrastruktur diswastakan dan dibayar oleh orang ramai.”
Menurut pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, pengambil alihan EDL oleh
kerajaan sebenarnya mengesahkan bahawa prinsip asas tata kelola ekonomi
yang dibawa Buku Jingga boleh dilaksanakan dan lebih bermanfaat kepada
rakyat.
Beliau juga berkata bahawa langkah Putrajaya untuk mengelakkan kenaikan
kutipan tol yang mahal muncul akan diambil dari 10 cadangan dasar
ekonomi ditetapkan dalam Buku Jingga.
Buku Jingga atau adalah dokumen yang menggariskan rangka kerja dasar
yang dirancang oleh pakatan pembangkang persekutuan yang dikatakan akan
dilaksnanakan jika PR mengambilalih Putrajaya.
Ahli parlimen Johor Baru, Tan Sri Shahrir Samad sebagai tindak balas
berkata bahawa tidak ada apa-apa yang hendak ditiru oleh kerajaan oleh
kerana tol tidak dibenarkan untuk dikutip ke atas pengguna sejak EDL
dibuka pada bulan April.
“Dia patut suruh pemimpin PKR Johor untuk membaca Buku Jingga
betul-betul oleh kerana pemimpin PKR Johor tidak merujuk buku tersebut
ketika mereka memprotes,” kata pemimpin Umno veteran itu.
Beliau juga berkata bahawa dirinya sendiri menentang kutipan tol di EDL jika tidak ada laluan alternatif.
“Kami berdebat tentang itu, kita tak boleh kenakan tol tanpa menyediakan laluan alternatif,” katanya.
“Ini adalah prinsipnya. Perlu ada jalan alternatif.”
Shahrir juga berkata Pakatan Rakyat itu sendiri kelihatan tidak
konsisten dengan Buku Jingga oleh kerana agensi negeri Selangor PKNS
masih memegang 25 peratus pegangan saham dalam Genting Sanyen Power Sdn
Bhd walaupun Buku Jingga menentang subsidi untuk Penjana Kuasa Bebas
(IPP).
Langkah menghalang EDL daripada memungut tol sejak ia dibuka pada bulan
April lalu dilihat sebagai usaha untuk mengelak sebarang tindak balas
dalam negeri Johor - kubu kuat Umno menjelang pilihanraya umum akan
tetapi memberikan kesan kewangan teruk kepada prospek pemegang konsesi
tol, MRCB Southern Link Bhd.
Peningkatan mendadak di tol – akan menyebabkan pemandu terpaksa ke
Singapura melalui Tambak Johor secara berulang alik dan perlu membayar
sebanyak enam kali ganda lebih dari kadar semasa RM2.90.
Tindakan ini ibarat ‘menyediakan makanan kepada pembangkang, terutama
PKR yang mengadakan kongres kebangsaan di Johor tahun lalu sebagai
isyarat bahawa mereka bersedia untuk mengambil alih negeri kubu Umno itu
walaupun tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum lalu.
Lebih 50,000 kenderaan menyeberangi jambatan setiap hari, kebanyakannya
rakyat Malaysia di dalam dan di sekitar ibu negeri Johor yang
berulang-alik ke republik tersebut untuk bekerja.
Maklumat lebih terperinci tidak didedahkan akan tetapi persetujuan
tersebut dijangka menyebabkan kerajaan menanggung RM1 billion serta
meningkatkan hutang awam negara sebanyak 53 peratus daripada GDP tahun
lalu.
Kekurangan prospek hasil sejak lebuh raya baru dibuka menyebabkan Bon
Islam yang diterbitkan oleh MRCB Southern Link Bhd - akan diturunkan
tarafnya oleh RAM Ratings awal bulan ini.
Pengambilalihan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) oleh kerajaan boleh
menyebabkan projek-projek tol lebih sukar pada masa hadapan oleh kerana
pemegang konsesi tol akan menyedari bahawa kerajaan boleh mengubah
keputusan disebabkan oleh tekanan awam kata ketua ekonomi RAM Ratings,
Yeah Kim Leng kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah yang
disiarkan semalam.
No comments:
Post a Comment