Kesan
dari PRU12, di mana UMNO / BN gagal untuk memerintah dengan selesa
tidak dapat 2/3 kerusi di parlimen mereka sudah serba salah, Umno akan
membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat
yang akan menolak BN dalam PRU akan datang.
PRU di Malaysia adalah kayu pengukur kepada kemampuan kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk meneruskan kepimpinan mereka seterusnya atau pun lagi 5 tahun, Malaysia yang dulunya di kenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan PRU pertama pada 1955.
1- Kemerdekaan juga sama dengan pemilihan pemerintah ianya dikaitkan dengan PERPADAUN antara 3 bangsa utama Melayu, Cina dan India. Perpaduan mesti pula mengikut acuan dari UMNO itu sendiri sedangkan kita masih ingat bagaimana ujudkan Parti Semangat 46 kemudian kini ujud pula Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) semua berasaskan kepada PERPECAHAN. Jadi di mana rasionalnya laungan UMNO untuk PERPADUAN TERSEBUT. Malahan lahirnya PAS juga adalah melalui perpecahan dalam UMNO itu sendiri. Golongan Agama tidak berminat cara UMNO dan suara tentangan untuk isu judi tidak diperindahkan oleh mereka, akhirnya golongan ini ( golongan agama ) angkat kaki dan meninggalkan UMNO.
2- Isu kedua yang dimainkan ialah bagaimana untuk " membohongi " orang ramai kaitan dengan kepentingan agama, masa ini ruang-ruang kosong kaitan dengan agama amat perlu di isi, mereka berlagak sebagai sorang juara dalam memperjuangkan syariat Alllah, sedangkan tindak tanduk mereka semua orang dah mengetahuinya. Rakyat masih segar surat amaran
kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi
Perdana Menteri. Apabila terdesak UMNO pelawa PAS untuk bersama pula, demi masa depan orang Melayu dan Islam.
Tiba-tiba Tun Mahathir ajak Pas meninggalkan Pakatan
Rakyat dan bersatu dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam
Pakatan Rakyat ada penentang hudud. Tun lupa, MCA sahabat Umno merupakan
penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.
Tapi malangnya, Umno hanya berpura-pura dalam " pembangunan Islam ", mereka cakap mengikut dimana mereka berada, jika depan orang Islam orang bukan Islam dijadikan mangsa dan bagitulah sebaliknya. Tidak hairanlah kepada kita, walaupun
negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham
Islam termasuklah MCA yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang
akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor.
3- Hilang Akal, dengan pengakuan Tun Dr Mahathir kaitan dengan pemimpin bagaimana yang harus dipilih amat mengejutkan, mengapakah Tun M sanggup mengaku dan menyarankan kepada pemilih untuk memilih calun-calun dari BN, walaupun di ketahui calun-calun dan kepimpinan dari UMNO / BN terdari kalangan " syaitan ". Lebih baik " kita memilih syaitan yang dikenali dari malaikat yang belum tentu baiknya ". Apakah kenyataan ini melambangkan bagaimana tersepitnya UMNO / BN dengan
pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat keatas salah dan buruk laku pemimpin UMNO / BN kini.
4- Dengan peubahan dan gaya tingkah laku Tun sekarang seolah-olah beliau sudah menjadi ketua pasukan penyerang BN untuk
memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang
mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun. Segala
kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi manusia,
pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun cukup takut dengan perubahan rakyat kini, beliau cukup takut berdepan dengan Anwar, sedangkan Anwar sudah lama memaafkannya. Akhir beliau menyalahkan Tun Dollah atas apa yang berlaku masa kini. Tun juga berasa hampa dengan perubahan bukan Islam terhadap agama Islam. Mereka sudah boleh menerima perundangan Islam, perubahan ini juga melambangkan bagaimana gagalnya UMNO mendampingi MCA & MIC sebagai rakan sekelambu.
Bagi Umno kesenimbungan hidup mereka hanya boleh disatukan dengan benda sahaja, bukannya atas
kesedaran ideologi. Tun M telah merancanakan kemusnahan UMNO dan Najib adalah PM yang akan menamatkan riwayat hidup UMNO. Apakah teori RAHMAN menjadi di PRU13 ini? Sama-samalah kita lihat nanti. Oleh itu seruan perpaduan bersama Umno hanya membuag masa. Perpaduan
atas dasar bangsa tidak kekal lama, ia ibarat api dalam sekam.
Perpaduan yang tidak menepati dengan fitrah manusia berakhir dengan
perpecahan. Perpaduan atas dasar Islam sahaja yang akan mengenepikan
manusia yang rasuah, penzina, perampas harta rakyat dan pengkianat
amanah rakyat walaupun sesama bangsa. Atas asas ini, perpaduan akan
dapat diwujudkan, jika tidak ia hanya perpaduan palsu yang hanya retak
menunggu pecah sahaja.
No comments:
Post a Comment