Mengapakah agaknya KP - Kementerian Pelajaran bersetuju untuk membenarkan para murid dan pelajar memiliki dan membawa telefon ke sekolah. Apakah dengan adanya telefon di tangan para murid dan pelajar sentiasa dalam keadaan " terselamat " atau pihak KP melalui orang tertentu cuba menanggok sesuatu kepentingan dal hal ini.
Baru-baru ini Persatuan pemilik Telefon Bimbit ( PERBIT ) dengan rasa amat dukacita telah memberikan pendapat " tidak setuju " dan KP perlu memikirkan semula apakah rasionallnya memberi kebenaran kepada para pelajaran membawa alatan komunikasi tersebut. Dengan mengemukakan alasan seperti ianya memudahkah para pelajar untuk mengakses laman pornografi di sekolah atau sekitarnya, sudah tentu perkara sumbang dan membawa implikasi negetif kepada masyarakat.
Pihak guru juga merasakan kelonggaran ini akan memberikan bebanan kepada pengurusan pengajaran dan pembelajaran mereka, sudah pasti masalah peningkatan salah laku akan meningkat, hampir 90% kalangan guru tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Kemudahan HP pada masa kini memudahkan semua perkara dapat dilakukan - merakam, menyebar, mengedit, penggunaan internate. Sudah pasti ianya menyebabkan
murid tidak mengindahkan pembelajaran yang di sampaikan.
"Apa kes yang
kita belum pernah berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah sekarang
ni? seks dalam darjah? gaduh melibatkan pelajar perempuan sebab rebut
lelaki ? kes buang anak ? seks beramai-ramai ? kena tangkap dalam
tandas? semuanya yang saya katakan tu semuanya pernah berlaku. Mengapa
jadi seperti ini? pelik tak?
Pelbagai kempen untuk mencegah
gejala ini berlaku tetapi semakin berkembang pula kegiatan ini sehingga
tidak dapat dibendung. Tapi apa yang saya fikir ketika dahulu memang
benar. Kecanggihan yang ada hari ini sebenarnya memberikan kerosakan
kepada kita sendiri... cuba lihat gambar di bawah ini... Apakah perlu HP di bawah ke sekolah?
bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...
bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...
bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...
bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...
" Ni
adalah tangungjawab kita semua sebagai umat islam di Malaysia untuk
menangani masalah sosial yang berlaku di kalangan pelajar dan bukan
hanya menyalahkan sebelah pihak. sekali kita menunding jari terkena pula
pada diri sendiri nanti... Baik jangan menunding jari.. sama-sama kita
ikhtiar mencari jalan untuk membendung gejala ini... Tangungjawab
bersama..." Kata penulis itu lagi..
Untuk membendungnya, kembalilah kepada cara hidup Islam, sebagai 'way of
life', termasuk di bidang pendidikan, apa lagi dalam politik negaranya.
(IH)
No comments:
Post a Comment