Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 9, 2012

PDRM - SUDAH HILANG ARAH TUJU

Muktahir, kenapa PDRM tidak mengamalkan perundangan negara yang disediakan, kenapa PDRM sanggup menjadi " hamba " kepada sesebuah organisasi dan bukankah PDRM perlu bertugas dan berkhidmat untuk kepentingan rakyat? Tingkah dan buruk laku serta mengambil tindakan berpilih-pilih ini memberi kesan nagetif kepada institusi itu sendiri. Akhirnya kini rakyat mula mempertikaikan mereka.

Mereka menggelar diri mereka WARGA AMAN

  Bagi WARGA  AMAN - mengapa pihak PDRM tidak mengambil langkah-langkah keselamtan terhadap apa yang dilakukan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat?  Sebaliknya WARGA AMAN ini memberi kata dua kepada pihak PDRM, di mana mereka akan turun ke jalanan jika apa yang telah dilakukan terhadap rakyat Malaysia dari pemimpin pembangkang ( yang di benarkan oleh undang-undang ) tidak diambil tindakan WARGA AMAN ini juga sanggup ke jalanan untuk menyatakan rasa sedih atas sikap dan buruk perangai PDRM melaksanakan undang-undang negara.

Pengerusinya, Raja Ratnam Arumugam ( gambar serban pink ) berkata, polis seharusnya adil dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara sedemikian seperti yang dilakukan terhadap mereka yang menunjuk punggung kepada gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Polis seharusnya bekerja untuk rakyat, bukan untuk Umno dan Barisan Nasional (BN)."Kerajaan boleh bertukar, tapi polis tidak boleh ditukar," katanya lagi.


NONE


Tragedi 1 - melibatkan kepimpinan UMNO yang menyerahkan 
replika najis kepada Lim Guan Eng


NONE


Tragedi 2 - bekas ATM yang semasa bertugas penoh dengan disiplin -  tapi setelah menyertai UMNO tahap disiplin mereka amat mendukacitakan, sudah tua sanggup menunggingkan punggung ke arah Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga bekas presiden majlis Peguam - PDRM cukup mengenali mereka tapi tiada juga tangkapan.

shah alam nik aziz hadi awang 060912 urinating peeing


Tragedi 3 - bagaimana anak buah KP YB Khairi Jamaluddin tidak ada rasa segan silu sanggup mengencing gambar kain rentang tersebut. Dan mereka yang terlibat jelas dari kalangan anak-anak muda yang menganut fahaman UMNO. - bukit jelas PDRM buat tak tau juga.

Tragedi 3 - Bagaimana gambar Mantan MB Perak di pijak dan di lanyak oleh sekumpulan pemuda. Tapi sungguh malang tindaka mereka seolah-olah dapat pekenan dari pihak pengamal undang-undang negara, mereka lepas dan terbang bebas malahan meras diri mereka cukup hebat. Tidak ada kalangan mana yang berani menangkap mereka, hanya kerana mereka turut sama dengan kepimpinan UMNO. Apakah PDRM hanya perlu menjaga " keselamatan " orang dan pengikut UMNO " sahaja.
 
 Konklusi dari apa yang terjadi di atas, rakyat tertanya-tanya apakah PDRM kini bermajikankan UMNO atau pun kerajaan Malaysia? Kaitan gaji, apakah PDRM pula di bayar gaji oleh tabung UMNO atau pun wang cukai dari rakyat? Kalaulah PDRM bermajikkan Rakyat dan gajinya di bayar oleh rakyat, kenapa mereka tak berkhidmat untuk rakyat. Kenapa mereka bertuankan UMNO? Pening rakyat memikirkanya.

Rakyat mula rasa sangsi dengan PDRM, kesangsian ini bukan di reka cipta oleh rakyat tapi seolah-olah " dipaksa " oleh PDRM itu sendiri. Jika benar apa yang di nyatakan oleh WARGA AMAN ini di laksanakan,  maka PDRM akan kehilangan kredibiliti tugas dan amanah serta kesetiaannya kepada negara dan " POLIS DI RAJA MALAYSIA " amat patut di gugurkan perkataan " MALAYSIA "  sebaliknya digantikan dengan POLIS UMNO MALAYSIA. Jika tiada apa-apa perubahan ia petanda satu kehancuran pada PDRM itu sendiri.
  
"Tiada yang lebih berkuasa selain dari rakyat." - meminjam kata-kata Presiden Mesir yang baru Dr.Mursi sebaik beliau menang di dalam pilihanraya presiden Mesir baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA