Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 23, 2012

NAJIB - MENGAKU KALAH LAH.



Ucapan PM - Najib semasa majlis pelancaran Pusat Tranformasi di Kuala Lumpur yang di hadiri hampir 1000 orang telah di jadikan bahan momokan oleh ramai pihak. Najib mungkin tersalah kira, apakah UMNO / BN baru sepenggal memerintah Malaysia atau pun sudah hampir 60 tahun. Memang benarlah kata Mahathir " Melayu Mudah Lupa ". Raut wajahnya juga sudah agak longlai, rayuannya pula persis seperti lagu dendangan Ziana Zain. 

" Bagilah saya sepenggal lagi, banyak lagi transformasi yang akan " kami " laku kan "

Tapi apakah Najib dan kepimpinan UMNO / BN sudah terlupa dengan apa yang dilakukan mereka sejak kepimpinan PM ke 4, salah laku pengurusan, penyelewangan, membela anak pinak dan rakan taulan, membazir, bersikap boros serta rakyat di jadikan " kuda tunggangan " untuk kekayayaan mereka.  Rakyat sudah cerdik dan masa kini maklumat hanya di hujung jari.

Cuba kita perhatikan persoalan berikut:

1- Lihat saja bagaimana Najib melantik Pengerusi Felda dan kini Felda sudah porak peranda, pandangan orang ramai di nafikan, kini terimalah padangnya.

2- Lihat pula siapa dia pengerusi Risda, buruk laku beliau menyebabkan LGE perlu berehat di penjara kerana LGE memperjuangkan nasib gadis Melayu 

3- Lihat pula pengerusi Felcra, khususnya peneroka di Seberang Perak, di Parlimen Pasir Salak amat marah kerana janji rumah untuk Gen 2 kini bertukar kepada perumahan mewah.

4- Rakyat dapat perhatikan di mana pemerintahan Malaysia kini bukan di bawah telunjuk PM tapi sebaliknya di mainkan peranan oleh isteri PM sendiri.

5-  Rakyat Kelantan amat kecewa dengan tipu daya Najib semasa bersama rakyat : 
Dia sanggup memperlekehkan rakyat Kelantan dengan persoalan-persolan:
"hendaklah lebuh raya?".... rakyat pun jawab, "hendak...." Najib tanya lagi, 
"nakkan air bersih tak?" Rakyat pun jawab ramai-ramai " nak "
setelah selesai, kembali ke KL rakyat tinggal di takuk lama juga.

6- Rakyat juga melihat bagaimana " takutnya " Najib apabila rakyat mendakwa ada salah laku yang dilakukan oleh Shahrizat kaitan dengan NFC - bukan tindakan malahan Najib mempertahankan Shahrizat. Shahrizat berhenti dari menteri bukan letak jawatan kerana tempoh senatornya telah tamat -  najib ingat rakyat bodoh.

7- Kini Najib " terpaksa " mempertahankan Taib Mahmud, KM Sarawak pula, dengan dakwaan memilik harta berjumlah hampir RM64 billlion. Mengapa Najib tak arahkan siastan di buat. Mengapa Najib menidakkan tuduhan dari firma luar negara itu? Apakah ucapan Najib ini pula sebagai  " arahan " kepada SPRM  agar tidak menyiasatnya?

8- Beban yang ditanggong oleh Najib kini ialah peninggalan Mahathir, selama pemerintahannya 22 tahun, rakyat di dedahkan dengan keragusan, ketidak warasan pemerintahan, perangai menentang Islam, yang seperti membela kroni, anak beranak dan sahabat memang susah untuk ditinggalkan. Kerosakan UMNO mula dipikul oleh Tun Dollah dan kini Najib sebagai makhlok terakhir UMNO di puncak pemerintahan.

Kenapa agaknya Najib perlu merayu?

1- Najib tidak rela meletakkan dirinya sebagai PM terpendek. Dia mahu mengatasi rekod Abdullah Badawi. Kegagalan menyambung jawatannya selepas pilihan raya akan datang bermakna dia berada di bawah Abdullah dan menjadi PM dari Umno yang terpendek tempohnya.

 2- Tugas Najib besar bukan saja dia hendak menjaga kredibiliti dan rekod dirinya tetapi rekod Umno juga. Najib kena pastikan UBN menang. Najib tidak mahu sejarah negara mencatatkan Umno kalah sewaktu ditangan beliau. Ini yang Najib ingin elakkan bagi mengelakkan malu sebesar tahi gajah. Dia juga mahu meninggalkan legasi kononnya baik macam ayahnya juga.

3- Najib juga amat terasa kerana kepimpinan UMNO sering tidak selari dengan kehendak Islam, sering mengkriti agama sendiri, sering menyindir hukum hakam yang diperintah oleh Allah. Najib amat terasa pemimpin UMNO terlalu banyak menyakitkan hati orang Melayu sebagai fix deposit kepada UMNO.

4- Najib juga gagal mengawal buruk laku menteri terhadap kepimpinan parti lawan, seolah-olah di Malaysia ada 2 undang-undang yang diguna pakai.
 

Kesimpulan kepada rayuan tersebut melambangkan betapa Najib kini cukup resah dengan perkembangan mukthir, rakyat sudah tidak segan silu menyatakan inginkan satu perubahan pentadbiran. Rakyat sudah bodan dengan cara UMNO / BN menguruskan negara yang penoh dengan " perangai buruk ". Rakyat " tidak mudah lupa " bagaimana UMNO / BN mensia-siakan " pengorbanan " rakyat, selama hampir 60 tahun pengorbanan tidak di iktiraf oleh UMNO / BN.

Rakyat juga " tidak muda lupa " dengan sakitnya semasa Mahathir memerintah, 22 tahun Malaysia di jadikan " gudang " untuk beliau mengkayakan kaum kerabat dan rakan-rakan. Rakya tertipu dengan projek mega yang beliau bangunkan dan sudah pasti akhirnya rakyat yang menanggung beban masalahnya.

 Najiib, kenapa perlu merayu.... apakah beliua terasa diri dan UMNO kini sedang ditolak oleh rakyat, walau pun berbagai-bagai strategi, tapi rakyat sudah membuat keputusan untuk tidak lagi memberi laluan kepada Najib / UMNO / BN.

Cadangan saya Najib baik mengaku kalah saja. Surender yang kita tidak mampu untuk jadi PM. Seseorang untuk jadi PM bukan calang-calang orang. Jawatan ini bukan perkara yang boleh diwarisi dari keturunan atau pun orang tua. Ia juga boleh dikongskikan dengan bini. PM adalah milik rakyat Malaysia yang berani, berwibawa, ada idea serta diyakini oleh semua kaum dan bangsa. 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA