Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 23, 2012

UMNO - MENGAPA SALAHKAN RAKYAT

 Kesan dari PRU12 menyebabkan benar-benar daya fikir kepimpinan UMNO tergugat kini, ketahanan mental amat rendah, emosi cukup terganggu, apa saja gerakkerja semua tak menjadi. Setalah gagal menggunakan semua agensi kerajaan, semua media sama ada cetak mau pun eletronik kini rakyat pula yang di persalahkan, rakyat tidak mengenang jasa, rakyat tidak berhati perut, rakyat lupa diri dan sebagainya.

Lihat apa yang diungkapkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah. " Rakyat Kedah jangan mengulangai kesilapan di PRU13 nanti " Persoalannya kenapa rakyat berubah fikir untuk tidak bersama UMNO lagi? Ini persoalan yang tidak mahu di jawab oleh beliau sendiri.

Lihat pula bagaimana Dr Mahathir cuba memperbodohkan rakyat Malaysia: Beliau membandingkan Obama dengan Anwar, kedua-duanya suka berjanji cuma bezanya obama dah jadi presiden dan Anwar masih belum lagi, dan belum cuba belum tahu, tapi kenapa Mahathir pula sanggup melebalkan kepimpinan UMNO yang ada masa kini seperti syaitan. Ini satu persoalan. Dan beliau juga mengharapkan rakyat Malaysia memilih syaitan yang telah dikenali, dan apakah rakyat Malaysia cukup rendah tahap mereka? Hanya Mahathir saja yang boleh menjawabnya. blog chedet cc. 

Realiti masyarakat Malaysia kini sudah cukup celek, sudah mampu menilai, menganalisa, memberi pendapat dan mereka juga sudah melayari dunia dengan sekelip mata sahaja. Malahan sistem pendidikan telah mampu melahirkan gulongan yang berdaya fikir, tapi malangnya mereka yang masih berkiblat kan " keris telanjang " masih berpura-pura tidak mengiktirap perkembangan ini.


Persoalannya siapakah yang membuat kesilapan, rakyat atau kepimpinan BN/UMNO itu sendiri? Mustahil rakyat yang membuat kesilapan. Yang sebenarnya rakyat ingin menghukum BN/UMNO, kepimpinan UMNO / BN sudah  tidak berjiwa rakyat dan rakyat sudah ‘fed up’ dengan kerakusan kuasa dan harta barisan kepimpinan UMNO / BN dan mereka ingin mengajar BN/UMNO yang sedikit kurang belajar. Realitinya sehingga ke hari ini suhu sokongan rakyat kepada BN/UMNO sudah menurun dan PRU13 memastikan UMNO / BN dalam resah dan gelisah.

Kemamapunan 4 negeri di bawah PR ( Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor ) terus menghantui mereka, dan kini mereka sanggup melakukan apa saja untuk kemenangan di PRU 13 nanti.


 Sebagai contoh lihat carta di atas jelas memperlihatkan bagaimana terdesaknya UMNO, setelah hampir 60 tahun memerintah baru kepimpinan UMNO mampu memberi wang " saku " untuk rakyat, sumbangan untuk murid dan pelajar, sumbangan buku untuk mahasiswa, beri tayar untuk kereta sewa, di terbitkan saham rakyat. Apakah pemberian ini iklas atau ianya sebagai " talian " hayat, atas dasar penolakan rakyat di PRU12? Sendiri boleh fikir le.

Carta ini pula jelas memperlihatkan " double standard " kepimpinan UMNO dalam usaha mencari pengaruh, mereka amat dan terpaksa berpura-pura di semua suasana, semasa bersama Melayu, Cina ( tapi hanya DAP ) tidak sesuai untuk Malaysia kerana DAP menentang Hukum dan Negera Islam ) Tapi kini Melayu juga sudah tahu MCA ( rakan UMNO juga menolak Islam & Hudud ), Semasa bersama Cina, Melayu PAS jangan percaya, mereka kini sedang berusaha untuk menegakkan Islam. Kalau PAS menang semua orang Cina akan potong " anunya "

Di masa yang sama, rakyat juga sedang memerhati apakah benar-benar UMNO / BN akan memberikan bantuan kepada Melayu, atau mereka masih mementingkan diri mereka sendiri? Kehilangan " Putra Jaya " kali ini - isnyaalah - sudah pasti meninggalkan kesan kepada mereka, mungkin ramai kalangan mereka yang " muflis " mungkin juga ramai kalangan mereka yang akan tinggal di Sungai Buluh. 

Rebutan kuasa kini sedang rancak berjalan, semua kalangan mereka menganggapkan mereka adalah " winnable candidate ", mereka menganggap mereka mampu memberikan saingan kepada parti lawan.

Mokhzani berkopiah lebai mendekati rakyat di Merbok
Beliau adalah antara kalangan Pendatang baru untuk memastikan Kedah kembali ke UMNO / BN, beliau juga adalah calun popular di kawasan Merbok, Juga adalah penyambung kepada warisan Mahathir. Apakah beliau akan memberikansaingan kepada Mukris?
Mirzan juga Anak Mahathir mungkin tidak berminat dengan Politik sebaliknya ingin menumpukan perhatian kepada perusahaan yang sedang diceburinya.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA