Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 13, 2012

RASUAH JENAYAH KOLAR PUTIH

 Jenayah di Malaysia di bahagikan kepada 2 jenis, jenayah kolar biru dan jenayah kolar putih atau lebih senang jenayah warga profesional dan warga orang awam. Mencuri, merompak, merogol, kaki pukul yang ini boleh di kategorikan sebagai yang tak profesional, tetapi jenayah rasuah, korupsi, kronisma yang ini penglibatannya mereka yang berbelajaran tinggi - profesional.

Jenayah sosial ini sudah menjadi barah dalam penghidupan masyarakat dan seolah-olah ianya " sengaja " dibiarkan oleh mereka yang berkenaan, tambahan pula jika jenayah ini melibatkan kumpulan tertentu, kumpulan kepimpinan. Tapi yang sedihnya, jenayah dari kumpulan Kolar Biru amat mudah diselesaikan oleh pihak tertentu.

  Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Siti Zailah Yusof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, pernah mendedahkan beberapa ‘ kekacauan sosial ’ dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia, masakini. Satu persoalan yang amat mengejudkan khusus dalam isu kaitan dengan Nasib  anak-anak luar nikah. Persoalan ini ditimbulkan semasa persidangan dewan parlimen pada Mac 2012 yang lalu.

Jawapannya amat menggerunan:

Parlimen Malaysia diberitahu bahawa seramai 250,204 anak luar nikah bermula dari 2007 hingga 2011, dengan perangkaan seperti berikut;
2007  seramai 44,234 orang
2008 seramai 46,822 orang
2009 seramai 52,378 orang
2010 seramai 52,982 orang
2011seramai  53,788 orang.


Kadar Jenayah Tetap Tinggi 

Menurut laporan Pemandu, kadar jenayah Malaysia semakin tinggi dengan indeks keseluruhannya telah meningkat daripada 746 kes jenayah yang dilapor bagi setiap 100,000 penduduk pada 2006 menjadi 767 pada 2007, iaitu suatu kenaikan hampir 3%. 




Apa yang jelas ialah pergeserasn kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri dengan Bekas Ketua Polis Negara - Musa Hassan. Bagi KDN jenayah menurun tapi bagi Musa Hassan kenyataan itu satu pembohongan semata-mata. Ini contohnya, Walaupun kadar jenayah dilaporkan telah menurun, bilangannya tetapi puluhan ribu. Contohnya, bilangan jenayah pada tahun 2010 adalah 24,837 kes manakala pada tahun 2011 iaitu 22,929 kes . Ia Memang berkurangan, tapi masih wujud. Jadi tak hairan kalau anda masih mendengar berita tentang berlakunya jenayah.
 

Musa Hassan

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.
“Sewaktu saya ( gambar ) memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa kepada sebuah akhbar online.
Kini, Rakyat jadi " confuse " siapa benar, KDN atau PDRM?



Yang di bisingkan ialah dengan jenayah dari gulongan " kolar biru " tapi bagaimana dengan tindakan dan " kemaruknya " mereka yang berkola putih pula? Jenayah mereka melibatkan jutaan malahan ada kalanya sehingga berbilion-bilion, rasuah mainan mereka ini telah memberikan satu andaian oleh seorang pemimpin UMNO itu sendiri. Rasuah dan amalan ketirisan dijadikan budaya dalam penghidupan, rasa takut sudah tidak, rasa tamak pula menguasai diri.


  Kenyataan dari Ku Li kaitan dengan indek rasuah kepimpinan.

Rasuah adalah jenayah yang menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama; Meminta/Menerima Rasuah, Menawar/Memberi Rasuah, Membuat Tuntutan Palsu dan Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan ( gambar bawah ), Gejala pengambilan rasuah yang berlaku di negara ini menyebabkan Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion pada tahun 2010
 

 Katanya, meskipun kajian daripada Bank Dunia itu itu tidak dapat disahkan sumbernya, usaha keras perlu dilakukan bagi menangani gejala itu."Jika dilihat daripada RM1 bilion sahaja, kita boleh membina 90 buah sekolah rendah atau 500 buah jambatan, 667 kilometer jalan luar bandar atau 6,667 kilometer jalan kampung."Namun rasuah menyebabkan negara kita mengalami kerugian besar. 


Atas sebab itu, kita perlu mencegah rasuah dan tidak mahu wang rasuah mengalir keluar," katanya ketika menyampaikan ceramah pada majlis pelancaran Hari Integriti Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2011 di Dewan Resital pada 1 Mac 2011.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA