Apakah benar kata-kata ramai pihak, Malaysia kini sedang di " perintah " oleh 3 perdana menteri. Alasan ini dikukuhkan dengan bagaimana penglibatan Mahathir sejak akhir-akhir ini bagitu lantang sekali sama ada mempertikai mau pun memberikan pandangan kaitan dengan pengurusan dan pentabiran negara. Selain Mahathir, Rosmah isteri Najib juga kelihatan bagitu rancak memainkan peranan sabagai isteri PM dan kekadang tindak ikutnya melebihi Najib itu sendiri.
Bagi Mahathir walau pun sudah melepaskan jawatan Perdana Menteri sejak 2003 lagi, tetapi dengan kesibukan dan kerajinan yang ada padanya memperlihatkan beliau masih mampu menyaingi PM yang ada tambahan, jadual hariannya yang tetap padat serta kerajinannya bercakap mengenai politik seolah-olah beliau adalah PM. Beliau mula bingkas kembali setelah rasa marah terhadap Penghuni tingkat 4 semasa Tun Dollah menjadi PM. Rasa marah dan tidak percaya ini diteruskan sehingga Najib menjawat jawatan PM.
Apa yang Mahathir tak buat? beliau mengambil alih tempat Najib hatta kepimpinan UMNO / BN itu sendiri, bercakap tentang Melayu, pengundi Cina, pengundi India, menghentam
pembangkang, menilik dan meramalkan tarikh yang sesuai untuk diadakan pilihanraya dan
pelbagai lagi. Bahkan apa saja yang ditanya oleh wartawan, beliau dengan
senang hati memberikan jawapannya. Soalan ekonomi memang menjadi darah dagingnya tambahan pula liputan akhbar untuk beliau kekadang melebihi Najib itu sendir.
Kalangan kepimpinan UMNO selain merasa cemas melihat telatah Mahathir mereka juga merasakan Najib juga kini sedang di bayangi kepimpinanya oleh Rosmah. DS Rosmah mula mengambil beberapa tempat dalam kerja Najib dan terus mewakili Najib sebagai PM dalam beberapa " function ", Najib pula dengan rela hati memberikan lampu hijau kepadanya sebagai wakil, dan apakah Najib sudah lupa Mahyuddin adalah TPM? Kadangkala pula kekerapannya
melebihi Perdana Menteri sendiri.
Dengan PERMATA DS Rosmah juga " berhak " menerima satu budget khas, dan akhirnya perletakan jawatan Shahrizat di Kementerian Wanita, tidak di isi malahan di sandang sendiri leh Najib. Kehebatan Rosmah memang tidak dinafikan, banyak lagi kerja-kerja yang PM buat di buat olehnya, sebagai " first lady " beliau juga dijadikan tempat rujukan untuk ketentuan calun-calun yang mewakili UMNO untuk PRU13 nanti. Sama ada di rancang atau sebaliknya pihak media elektronik pula acap kali tersasul dengan menulis dengan Rosmah sebagai perdana menteri.
Untuk itu jika di teliti kesibokan kedua-dua mereka di tahap yang paling maksima, dan kekadang ianya mengatasi kesibokan Najib itu sendiri. Jadual mereka berdua penoh, khususnya setiapa aktiviti dalam negera, kita lihat sahaja bagaiman Rosmah perlu ke London untuk bertemu Lee Chong Way, persoalannya kenapa beliau perlu ke sana sedangkan menteri sukan dan ada. Siapa boleh melarang beliau. Bagi Mahathir pula apa yang dilakukan oleh beliau bukan saja tidak pernah berlaku di mana-mana negara seorang Perdana
Menteri yang sudah bersara tetapi ingin terus dilihat berkuasa tetapi
juga tidak pernah berlaku jawatan Perdana Menteri sampai dikongsi tiga.
Najib PM - seperti tak ber*****
Sebagai renunghan selagi Najib membiarkan ada orang lain yang turut berkuasa
sebagai Perdana Menteri, selagi itulah beliau akan dilihat sebagai
pemimpin yang lemah.
Rosmah Oh Rosmah, Kenapalah Kau Menjadi Idaman & Perbualan Seluruh Rakyat Malaysia?
Rosmah Oh Rosmah, Dimana Kesilapan & Dosa Mu?
Rosmah Oh Rosmah, Adakah Kau Bersedih & Rasa Dianiaya?
Rosmah Oh Rosmah, Sesungguhnya Kaulah Permata Negara Kerana Hanya Dirimu Di Penuhi Permata.
Rosmah Oh Rosmah, Engkaulah Intan Negara Kerana Dirimu Berkilauan Sentiasa
Rosmah Oh Rosmah,Rakyat Malu Berdepan Denganmu Kerana Kau Melampaui Segalanya
Rosmah Oh Rosmah, Rakyat Takut Padamu Kerana Segala Cerita Mengenaimu
Rosmah Oh Rosmah, Kerana Sayang Padamu Maka Pergilah Jauh Dari Mata Kami
Rosmah Oh Rosmah, Semakin Kau Mendekati Rakyat, Semakin Jauh Kami Lari Darimu
Rosmah Oh Rosmah, Cukup Sudah Selama Ini Bersandiwara & Berdepanlah Dengan Realiti
Rosmah Oh Rosmah, Kau Hanya Isteri Bukan Perdana Menteri, Menteri Mahupun First Lady
Rosmah Oh Rosmah, Jauh Sekali Engkau Disanubari Hati Kami Rakyat Malaysia
Rosmah Oh Rosmah, Jangan Terus Terbuai Mimpi Nanti Terbakar Diri
Rosmah Oh Rosmah, Fikir Fikirkanlah!!
No comments:
Post a Comment