Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 20, 2012

HUDUD - SYAITAN BISU BERMAHARAJA LELA


Kg. Gajah 1 Shawal 1433 = 19 Ogos 2012, Rakyat Malaysia di kejutkan dengan kenyataan dari MCA rakan karib UMNO / BN khusus kaitatan dengan HUDUD. Tindakan mereka lebih hebat dari apa yang di nyatakan oleh Mantan Timb. Presiden PAS untuk Karpal. 

Tindakan MCA ini benar-benar menguji sejauh mana UMNO boleh menerima mereka sebagai rakan dalam perjuangan untuk menegakkan syiar Islam. Benarkah kini UMNO itu sendiri berminat untuk Islam sebagai Addin dan pegangan dalam urusan negara? Apakah kini perpecahan Melayu mula menampakkan tanda-tanda untuk bertaut semula antara Melayu, khususnya PAS dan UMNO - kedua-dua parti ini keahliannya 100% Melayu.




Dengan ucapan tegas Pengerusi MCA Selangor - Datuk Donald Lim, cukup menggemparkan, tidak pernah terjadi sejak gabungan dari Perikatan dulu hingga lahirnya Barisan Nasional ada kalangan parti gabungan yang " besar mulut " kaitan dengan Islam. Kelantangan suara MCA ini juga ada kaitan dengan kegagalan mereka di PRU12 tempoh hari.

Mungkin juga, keakraban dalam Gagasan BN juga melambangkan kegagalan UMNO sebagai parti tunggak dalam mendidik rakan-rakan mereka, sedangkan rakyat tahu perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Atau apakah kesan PRU 12 dengan ujudnya DPP ( dewan Perhimpunan Cina n Inda ) yang terus memberikan sokongan kepada pejuangan PAS. DPP ini telah memberikan kesan yang sungguh hebat dan masyarakat bukan Islam telah dapat memahami serba ringkas kaitan dengan Islam. dan mereka juga tahu apa itu HUDUD, mereka juga sudah kenal siapa itu Khalifah Omar bin Abdul Aziz - dan menjadikan khalifah ini sebagai contoh keperibadian yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin.

Mungkinkah ini yang menyebabkankan MCA mengelabah? Mungkinkah seterusnya kepercayaan kaum CINA pada MCA akan pupus?,

Dari sudut UMNO pula, sudah tentu ianya memberikan satu tekanan politik, kerana baru-baru ini seorang Ulama dari Kelantan - pengasas Pondok Geting - Ust. Abdullah Samahah telah mengluarkan fatwa yang DAP adalah gulongan Kafir Harbi kerana menolak HUDUD dan menolak Islam sebagai agama rasmi. Dengan isu ini bagaimana pula jadinya - kepimpinan ulama seperti Pengasas Pondok Geting, di mana Harunsani, kemana perginnya Hassan Ali, di mana ust Nasharuddin. 

Kini giliran ulama-ulama yang dinyatakan perlu tampil memberikan sokongan dan komen kaitan dengan tindak tanduk apa yang dibuat oleh MCA ini. Atau apakah mereka yang sentiasa bersama UMNO / BN semuanya halal?


Akhirnya wahai Ulamak Umno, keluarlah dari kepompong tidur mu, nyatakanlah pendirian mu, janganlah membisu seribu bahasa apabila mereka yang rapat dengan UMNO lidah kelu untuk berkata-kata. Jauhkan diri dari sindorom Bisu. Mungkin juga kepada mereka yang sanggup menyokong tindakan MCA ini akan di bayar 4 atau 5 kali ganda dari apa yang di perolehi oleh Pondok Genting.

BANGUN LAH ULAMA - PERKATAKAN SESUATU KAITAN DENGAN NYA.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA