Kg. Gajah 24 Ogos, keadaan kepimpinan UMNO dari masa ke semasa makin bertambah parah, mereka sudah tidak dapat membezakan antara tuntutan agama dengan apa yang di larang, semua sudah tonggang langgang, Rukun Iman, Rukun Islam sudah di jadikan mainan demi survival politik. Rukan Islam ke 5 - menunaikan fardhu Haji di jadikan idea untuk diadakan PRU13, konon-kononnya untuk mengelakkan PAS meraih undi yang terbanyak dalam PRU itu nanti. Apakah semua yang ke Mekah itu semua orang PAS?
Kini Mahathir pula menidakkan Rukun Iman, kenapa beliau sanggup menyarankan kepada rakyat Malaysia tidak bersama " malaikat " dan bersetuju pula dengan " syaitan ", rakyat menjadi panik dan terkedu dengan hujjah beliau.
"Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal,"
katanya dalam blog chedet.cc hari ini.Nyanyuk Mahathir semakin menjadi-jadi mutakhir ini.
Belaiu mengajak PAS menyertai UMNO untuk laksanakan hudud sedangkan:
1) Mahathirlah orang yang pernah menuduh PAS lebih bahaya dari kominis
2) Mahathirlah orangnya yang telah menghantar surat kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengamcam untuk mengambil tindakan jika TG MB Kelantan itu ingin terus melaksanakn hudud
3) Mahathirlah orangnya yang mempersendakan hudud selama ini dengan pelbagai tuduhan yang diantara lainnya menyatakan hukum hudun adalah undang-undang yang tidak adil kepada rakyat Malaysia
4) Mahathirlah orangnya yang telah memulakan sekatan pembangunan di negeri-negeri yang dikuasai PAS khususnya Kelantan
5) Mahathirlah orangnya yang telah mengkhianati perjanjian royalti Petrnas dengan menukarkan wang ehsan.
Isu HUDUD sentiasa di jadikan bahan kempen oleh kedua-dua pihak ( PAS & UMNO ), setalah hampir 20 tahun memerintah Kelantan dan Terengganu pula di perintah selama sepenggal tapi berjaya juga meluluskan ekemen HUDUD, tapi ianya masih gagal untuk dilaksanakan.
Kerajaan pusat amat " gerun " dengan pelaksanaan hukum ini, mereka cukup merisauinya, kenapa ya? Apakah UMNO ini tidak di pimpin oleh orang Islam? atau apakah mereka hanya bersalutkan Islam tapi pada realitinya.
Hari ini seluruh umat Islam di negara ini dapat menyaksikan bahawa tempelakan Umno itu kembali menikam diri sendiri apabila seorang ulamak penjilat Umno mengisytiharkan fatwa bahawa haram mengundi DAP kerana menolak negara Islam dan hukum hudud. Ulamak songsang Umno itu turut memfatwakan bahawa haram juga menyokong parti yang bekerjasama dengan DAP iaitu PAS dan KeADILan.
Terdesaknya UMNO ini hingga menyebabkan mereka di tertawakan oleh rakyat, dimanakah bezanya antara DAP dan MCA serta GERAKAN dan MIC yang menjadi rakan seangkatan dengan UMNO. Bukankan MCA secara terangan menolong hukum ini, tapi tidak sama pula hukumanya jika rakyat memilihnya. Oleh kerana kepentingan Umno sanggup menunggangi ulamak mereka bagi mengeluarkan fatwa merapu bagi
memuaskan nafsu serakah para pemimpin Umno untuk terus kekal berkuasa
hingga kiamat.
" Kekurangan ajarnya " Presiden MCA beliau sanggup melebalkan seorang ADUN UMNO Johor yang mencadangkan pelaksanaan hudud sebagai 'hilang akal.' Hilang akal bermaksud gila. Beliau juga mengugut akan mengkaji hubungan dengan Umno jika terus memikirkan agenda hudud. Jangankan hudud dalam Enakmen (seperti yang telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu di bawah PAS), dalam angan-angan pun MCA tak benarkan Umno. Inilah MCA rakan kongsi UMNO.
Akhirnya sebagai senjata UMNO menggunakan Ulamak upahan untuk memberikan dalil bahawa penolakan DAP terhadap hudud dan negara Islam sebagai sebab parti itu haram diundi. Tapi yang anehnya, ulama ini tidak pula membincangkan kaitan dengan MCA yang lebih teruk dari DAP - ini disebabkan DAP pernah membela soerang gadis sunti Melayu yang di rogol, juga berjuang untuk menentang rasuah, kronisma Tapi MCA bersekongkol dengan UMNO untuk menghabiskan harga negara.
Umno pula sejak dahulu istiqomah dengan sikap dolak dalik terhadap hudud yang lebih menjurus kepada menolak pelaksanaan hukum Allah itu. Sudah berkitab kenyataan para pemimpin Umno sepanjang sejarah mempersendakan hukum Allah SWT itu. Termasuk dengan melabel hukum hudud sebagai hudud PAS. Apabila Umno dicabar mengemukakan hudud sebenar kalau sudah hudud Kelantan dan Terengganu adalah hudud PAS, maka Umno hanya mampu termonyeh-monyeh.
No comments:
Post a Comment