Kg. Gajah 10 Jun 2012, pagi-pagi lagi kedai kopi " mak janda " di jadikan tempat di mana maklumat politik banyak dikeluarkan dan sudah tentu warong ini menjadi tumpuna kepada ahli-ahli BERSIH dan ada sekali-sekali juga di kunjungi mereka yagn cuba nak berjinak-jinak dengan BERSIH. Sehari dua ni, memang jelas dapat diperhatikan di sekitar Kg. Gajah salah sebuah DUN dalam parlimen Pasir Salak, seolah-olah Parlimen sudah dibubarkan. Macam udah nak pilihanraya.
Bilik gerakan parti pemerintah telah di buka, dan sudah tentu mereka menggunakan dewan orang ramai ( DOR ) untuk tujuan tersebut. Apakah mereka tidak faham sepatutnya DOR adalah untuk semua rakyat bukan dijadikan hak milik parti pemerintah. Di sini jelas memperlihatkan sebenarnya UMNO miskin, tidak mampu untuk mendirikan " Markas " mereka untuk tujuan pergerakan parti. Atau apakah mereka " buta hati " atau pun tidak dapat membezakan antara Hak Kerajaan dan Hak Parti.
Gambar 1 -
Gambar 2
Gambar 3
Tadi di atas kisah menggunakan DOR, di bawah pula ada sedikit laporan kaitan dengan pemasangan bendera di sepanjang jalan dari Simpang 4 Kampong Gajah hingga ke Kampong Tersusun Teluk Memali. Memang tidak nafikan dengan kibaran bendera tersebut mempelihatkan UMNO masih " utuh " di sebahagian DUN Kg. Gajah.
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Kini jelas pegeseran antara PR dan UMNO / BN dalam keadaan " kritikal ", dalam sembang di warong, mereka dari " geng " UMNO terpaksa mengalah dengan team PR. Sehinggakan pada masa ini kampong yang dianggap kubu UMNO juga telah dicerobohi dengan Bendera Bulan. Perubahan ini memberikan pertanda jelas, UMNO / BN, insyallah akan kecundang di PRU13 nanti.
No comments:
Post a Comment