Gagasan Pakatan Rakyat - PR telah pun " berjaya " dalam pengagihan kerusi untuk parlimen di PRU13 nanti. Parti komponen telah " menandatangani " persetujuan tersebut dengan PKR 98, PAS 80 dan DAP 44 jumlah 222. Apakah kreteria pengagihan tersebut? sudah tentu asas taburan dan keramaian pengundi menjadi " tiang seri " untuk kemengangan. Untuk DAP di mana majoriti pengundinya adalah dari kalangan kaum Cina. PAS dari kaum Melayu dan PKR pula taburan pengundi dalam keadaan sama rata antara ketiga-tiga bangsa ( Melayu, Cina & India ) di Malaysia.
Dengan agihan tersebut, PR amat yakin untuk membentuk kerajaan nanti. Kini sekurang-kurangnya 105 kerusi dapat di tawan. Mungkin 44 dari DAP dan selebihnya akan disumbangkan oleh PKR dan PAS. Bagi Pengarah
Strategi KeADILan, En. Mohd Rafizi Ramli ( gambar ) berkata, pihaknya meletakkan
keyakinan itu berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi
termasuk di Johor, Sabah dan Sarawak, dan PR cuma ingin menambah sejumlah 7 kerusi untuk majoriti mudah dalam pemeringahan itu nanti.
"Ini bukan lagi harapan, tetapi keyakinan. Kami yakin boleh memperolehi
105 kerusi selepas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga
empat kerusi yang kami miliki sekarang boleh kalah, tetapi kami akan
menang di tempat-tempat lain. Pada
pilihan raya umum 2008, kami (Pakatan) menang 82 kerusi. Status quo
jumlah kerusi 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan
dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperoleh kerusi
tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak," tambah beliau dengan penoh yakin.
Kes dan permasalahan seperti tercatat di bawah ini juga masih menghantui kepimpinan UMNO dan mereka masih terkial-kial untuk mencari jalan keluar. Terbaru, Najib sendiri " pening " kepala kaitan dengan isu debat, sedangkan dua pemimpin tertinggi UMNO telah mengadakan debat masing-masing Ketua Pemuda ( YB Khairi ) dan Ahli MKT ( YB Sharifuddin ). Apakah benar saranan Najib di mana " debat " itu bukannya budaya masyarakat Malaysia ? sedangkan aktiviti ini sering dan sentiasa di adakan di peringkat sekolah rendah sehingga ke IPTA/IPTS. Di senaraikan kes dalam perhatian rakyat:
1. Kes Altantuya tak selesai
2. Pegawai Kastam mati bunuh diri
3. Kes Kapal Selam mendapat perhatian Kerajaan Perancis
4. FELDA diniagakan dengan pasaran terbuka
5. Peserta BERSIH 3.0 dituduh PENGGANAS
6. Tubuh Suruhanjaya tp tak dengar kedua2 pendapat
7. Melambatkan pengumuman tarikh PRU ke 13
8. Fitnah semakin berleluasa
9. Rosmah semakin galak bershopping
10. Maksiat (K-Pop) mula bermaharajalela
11. Ulama dikuncikan mulut
12. Bakal menantu pula buat hal
Melalui isu-isu tersebut dan di tambahkan dengan " mood " pengundi masa kini khususnya di Johor, Sabah dan Sarawak, Pakatan boleh memperoleh 24 kerusi, masing-masing lapan dari Johor, Sabah dan Sarawak. Majoriti kerusi yang di anggap " bahaya " untuk UMNO / BN, ialah kawasan di mana pengundinya adalah pengundi campuran. agihan kemenangan BN pada PRU12
Pada PRU-12, Pakatan yang terdiri daripada DAP, KeADILan dan PAS, pembangkang menang satu kerusi Parlimen dan 25 oleh BN. Di Sabah dan Sarawak, yang masing-masing menawarkan 25 dan 31 kerusi, BN memperoleh 54 kerusi. "Kira-kira 100 daripada 140 kerusi dimenangi BN empat tahun lalu datang dari tiga negeri ini," tambah beliau.
No comments:
Post a Comment