Kg. Gajah 9 Jun 2012, dua parlimen berhampiran Pasir Salak dan Parit sedang hebat memperjuangkan idea dan slogan masing-masing khusus untuk memastikan perjuangan parti dapat di terima oleh pengundi di kedua-dua parlimen ini. Kebetulan pula Bahagian Pasir Salak - Dun Kg. Gajah terletak dalam daerah Perak Tengah dan Parlimen Parit pula memang di Perak Tengah. Untuk itu keunikan agihan daerah ini juga dapat memainkan peranan kepada para pengundi khususnya kakitangan kerajaan.
Sejarah membuktikan khususnya di Parlimen Parit, Pembangkang ( PAS & PKR ) pernah memenangi kerusi dengan 3 - 0, Ustaz Basri menjadi " giant killer " dimana beliau berjaya mengalahkan Megat Junid. Kapten Bersara Usaili pula mengalahkan Ismail Habullah, dan Zaim kecundang di Belanja. Tapi Parlimen Pasir Salak masih kental dengan jiwa UMNOnya. Kubu UMNO masih kukuh dan utuh di parlimen ini.
Di Parlimen Parit apakah sejarah BERSIH ( 3 - 0 ) akan berulang pada PRU13?, perancangan dan usaha sedang giat di lakukan agihan kerusi masih lagi mengikut " status -quo " 2008 di mana PAS akan bertanding di Parlimen Parit dan Dun Belanja, untuk Dun Bota di serahkan kepad PKR. Tapi bagi PKR ada susah sikit, kerana sampai ke saat ini calun masih tercari-cari. Kept. Besara Usaili, di nasihatkan agar tidak bertanding kerana masih dalam " edah " kes bersama 2 katak Behrang dan Changkat Jering masih menghantui PKR dan mungkin akan jadi senjata untuk UMNO / BN nanti.
Bagi PAS Kawasan Parit nama YDP kawasan - Ustaz Muhammad Ismi Muhd. Taib ( gambar ) telah disebut-sebut untuk ke Parlimen dan Ketua Muslimatnya Dr. Nahijahtulsoleh Ahmad meneruskan usaha di Dun Belanja, sebenarnya ini adalah pertukaran kerusi yang di tandingi pada 2008.
Di Pasir Salak pula, ramalan untuk menang masih memihak kepada PR, tapi ianya berpandu kepada bakal calun yang akan diketengahkan nanti. Gandingn PAS dan PKR memang bekerja keras untuk kemenanga kali ini. Kemenangan calun BN di kedua-dua Dun ( Kg. Gajah & Sungai Manik ) dan parlimen ( Pasir Salak ) majotiri di bawah 1500 undi dan peringkat parlikmen di bawah 2500 undian.
Dun Sungai Manik menjadi rebutan antara mereka dan mereka tidak berminat untuk memincangkan keadaan di Parlimen. Walau bagaimana pun, Sdr. Mustafa Kamil ( gambar ) yang tewas pada pemilihan pucuk pimpinan cabang tempoh hari, di sebut-sebut semula untuk kerusi yang di tandinginya pada 2008, dan kali ini beliau mungkin tidak beranding di DUN hanya menumpu pada parlimen sahaja.
Pecahan undi PRU12
Agihan kerusi untuk 2008 adalah Dun Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak untuk PKR dan Dun Kg. Gajah untuk PAS. Bagi Dun Kg. Gajah, ustaz Mustafa kesihatannya masa kini mungkin tidak mengizinkan beliau menyertai pertandingn kali ini, dan jawatan YDP PAS kawasan pun diserahkan kepada Muhaimin sulam ( gambar ) atau apakah beliau pula akan mengambil tempat Ust. Mustafa. Dari segi akademik tidak menjadi halangan, Sdr. Muhaimin kini bertitle " Dr ".
Sekadar hiasan
Kenapa agaknya DUN Sungai Manik di jadikan rebutan antara kedua parti tersebut. Jawapannya hanya orang tempat yang mengertahuinya. Tapi kali ini untuk calun-calun dari PR untuk menang agak cerah. Apa yang pasti calun mesti di terima oleh pengundi dan usaha perlukan, teruskan kerja keras untuk kejayaan tersebu.
No comments:
Post a Comment