Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, May 27, 2012

PASIO OH PASIO - KERANA MU UMNO TERLONDEH

Kini jelas apa yang diperjuangkan adalah semata-mata untuk memuaskan nafsu dan memperolehi wang dan kegagalan untuk mendapatkan " imbuhan " ini akan menjadikan individu seperti hilang arah tuju, tragedi ini jelas apa yang dilakukan oleh Naib ketua Pemuda UMNO bahagian Kampar Sdr. Zamhuri Mat Zain. Adakah cara hidup kepimpinan dalam UMNO sedemikian?


 Letih nak pikio untuk amoi dan projek.


Peruntukan dah keluar, projek banyak tapi untuk mereka, amoi mana yang perlu di berikan?
Amoi juga perlu mengikut kategori dan harga projek,
yang terhebat mestilah amoi dari Siam. - itu yang sentiasa dalam fikiran beliau.

Cara ugutan ini juga melambangkan apa yang dicakap-cakapkan masa kini - untuk kaya raya kita " mesti " menjadi ahli UMNO kemudian cari lah jawatan, kerana dah ada jawatan mudah untuk mendapat imbuhan, imbuhan yang akan diterima mengikut kelayakan " jawatan " yang di sandang. Ketua kampong / Pengerusi JKK ada had maksimanya, bagitu juga lah yang lain-lain.

APAKAH KINI RASUAH MEMANG DI JADIKAN 
AMALAN DALAM KEPIMPINAN UMNO?

 

Semasa mesyuarat Sdr. kita ini hanya memikiokan projek mana yang perlu 
di pohon dan berapa banyak untuk di agihkan ke UMNO dan 
apa pula " pulangan " untuk pegawai yang meluluskan projek tersebut.

Sebagai AJK Majlis Daerah Kampar, beliau memang tahu di mana dan bila projek-proke kerajaan akan dikerluarkan, dan siapa yang di cadangkan untuk menerimanya. Cara ini memang berlaku di mana-mana Majlis Daerah, apa yang pentingnya semua AJK majlis Daerah ini majaritinya dari UMNO walau pun sepatutnya penglibatan semua parti politik di perlukan, ini serupa juga di peringkat JKK - JKK juga di monopoli oleh ahli-ahli dari UMNO. Di mana silapnya.

Semasa mesyuarat Sdr. kita ini hanya memikiokan projek mana yang perlu di pohon dan berapa banyak untuk di agihkan ke UMNO dan apa pula " pulangan " untuk pegawai yang meluluskan projek tersebut.




(Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) 
mengisytiharkan keluar Umno)

Kalau kita imbas kembali, apa yang di nyatakan oleh kepimpinan UMNO Selangor kaitan dengan " kehilangan " pasir di Selangor dan pendapatan yang amat kurang ini terjawab sudah. Memang penglibatan dari ahli-ahli tidak di nafikan, lubang kebenaran terbukti kini. Tragedi dari Kampar ini amat memalukan UMNO itu sendiri. Cukup memalukan. Dan akhirnya UMNO Selangor seperti orang " gila talak " dalam isu pasir ini.


Bagi Sdr. Khairul Azawan Dato Harun ( KP Perak ) - gambar, tindakan dari perbuatan Zamhuri Mat zain perlu di ambil tindakan oleh Lembaga Disiplin parti. Ini disebabkan pertuduhan yang dilembarkan amat memalukan, dan ianya boleh menjatuhkan image UMNO itu sendiri. " Selaku Naib Ketua Pemuda Bahagian, tidak sepatutnya beliau melimpar petuduhan sedemikian, ianya amat memalukan  dan tindakan perlu diambil supaya pada masa depan tidak berlaku lagi inseden seperti itu " Tambah Azawan.

Walau apa pun tindakan Zamhuri dalam hal ini jelas " menelanjangkan " apa yang sebenarnya berlaku dan jika kita Ahli UMNO semua undang-undang termaktub dapat di " padamkan ". Sebagai kakitangan kerajaan dengan Gred N48. Bagaimana seorang kakitangan kerajaan boleh menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk mendapatkan projek pasir dan lain-lain.

Dengan itu, Zamhuri adalah bukti, mereka-mereka dalam Umno, bukan pejuang Melayu tulen. Mereka adalah insan haprak yang merebut kuasa untuk kepentingan diri, mengumpul sebanyak mana kekayaan dengan amalan rasuah yang amat jijik.

Setelah puas sdr. Zamhuri menghentan kepimpinan UMNO Perak, akhirnya beliau perlu agkur hanyalah UMNO yang boleh meneruskan cita-cita dalam menunaikan impian untuk masa akan datang. " Saya sedih dan insaf apa yang terjadi " kelohnya.

2 comments:

  1. hino nya ahli umno

    ReplyDelete
  2. asalkan umno, semua boleh/halal. Mufti Perak ada komen pasal kes ni tak?

    -pemuda hutan melintang-

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA