Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, May 7, 2012

BERSIH - UMNO TERUS ANGKOH





BERSIH yang di lancarkan pada Julai 2007 kini telah menjadi satu jenama untuk memperjuangkan kebebesan dalam pilihanraya, tuntutan mereka kesamarataan di media elektorik, kesamarataan di media cetak, dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih. Sejak Mahathir lah daftar pemilih di ragukan, dan kini disahkan bagaimana pendatang di Sabah di berikan Mykad untuk memastikan Sabah terus di bawah naungan BN, dan kini budaya ini di ikuti oleh Najib pula.

najib in penang usm dialogue 220412 Apakah kesan dari BERSIH 1 ? Perhimpunan yang diadakah pada 10 Nov. 2007 itu berjaya mengumpulkan hampir 60k pendemostrator, tapi seperti biasa bagi media cetak kerajaan, meraka masih menidakkan kebangkitan rakyat dalam hal ini, mereka takut untuk menyatakan yang sebenarnya. Tapi amat malang apabila rakyat menghukum kerajaan bawah pimpinan Abdullah Badawi di PRU12. BERSIH 1.0 di sambut dengan angkoh oleh PM, beliau tidak memperdulikan permohonan tersebut sebaliknya mencabar " saya pantang di cabar "  dan pada PRU12 BN gagal untuk majoriti 2/3 dan kehilangan 5 buah negeri. Bukan itu sahaja, ramai kalangan mereka yang berjawatan kecundang dalam pemilihan tersebut.

Menteri
S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya)
Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)
Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar)

Timbalan Menteri
Chia Kwang Chye (Kementerian Penerangan)
G Palanivel (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri)
V Veerasingam (Kementerian Perdagangan dan Hal Ehawal Pengguna)
S Sothinathan (Kementerian Sumber Asli dan Persekitaran)
Donald Lim (Kementerian Pelancongan)
Fu Ah Kiow (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri)
M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri)

Setiausaha Parlimen
Chew Mei Fun (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
P Komala Devi (Kementerian Pelajaran)
Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan)
Ng Lip Yong (Kementerian Industri Tanaman dan Komiditi)
S Vigneswaran (Kementerian Belia dan Sukan)
Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam Negeri)
Dr Mohd Ruddin Ab Ghani (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) - tidak dicalonkan
Yew Teong Look (Kementerian Wilayah Persekutuan)
Seluruh pasukan dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kalah di dalam pilihanraya..

Tapi apa yang berlaku pada PRU12 tidak diambil peduli oleh UMNO, UMNO meneruskan " arogannya " , terus bongkah, tak sedar diri, tidak mengkaji baik buruk, tidak berminat untukk membaiki diri, malahan meneruskan perangai kurang sopan kepada rakyat, rasuah, kronisma, salah guna kuasa, penyelewengan serta mempergunakan agensi kerajaan untuk kepentingan sendiri. PDRM, Mahkamah, SPR, SPRM semua berkhidmatUMNO.

Ketirisan, boros di amalkan sewenang-wenangnya, harta rakyat terus di uruskan untuk kepenting keluarga. Anak-anak keluarga pemimpin melayari penghidupan dengan mewah dan berlagak samseng.

Untuk itu rakyat meneruskan BERSIH, hanya dengan pilihanraya yang bersih kerajaan di bawah taraju UMNO dapat di tumbangkan. Kerana ini SPRM sudah di jadikan Cawangan UMNO yang baru, kebetulan pula ketua dan timbalan ketua pengarahnya ahli UMNO.

Lantas itu BERSIH 2.0 pada pertengahan 2011 telah memberikan satu kesan kepada kebangkitan rakyat , rakyat mula memahami dan mendalami penipunan yang di mainkan oleh UMNO melalui SPR. Pendaftaran pengundi asing, pembersihan 6P untuk Pati dijadikan agenda sulit untuk memberikan mereka Mykad, dan membolehkan mereka menjadi pemilih pada PRU13 nanti.

Satelah BERSIH 2.0 dan di ikuti BERSIH 3.0 yang banyak menimbulkan kecelaruan dalam pentadbiran, PDRM telah dijadikan " kambing hitam " semasa BERSIH 3.0. 

Apakah benar telahan Najib bahawa matlamat perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada.

Tapi kali ini Najib tidak angkuh malahan beliau " mempolitikkan " perhimpunan BERSIH 3.0 dengan ayat-ayat " BERSIH adalah agen untuk menggulingkan Kerajaan " dan seruan ini disambut baik oleh semua pihak dan akhirnya tiga mantan KPN juga memunculkan diri serta sudah pasti penglibatan Tun M memang sudah di jangkakan.

 Hari-hari malahan kekadang berhelai-helai di media perdana cerita BERSIH dan nama-nama seperti Ambiga, Anwar dan gambar-gambar yang menunjukkan rakus dan tidak berdisplinya pendemostrator tersebut. Seolah-olah media cetak sudah tidak ada berita lain yang perlu di maklumkan kepada rakyat,  mungkin juga media perdana adalah lidah penyambung kepada penyebaran propaganda UMNO kepada rakyat.

Kenapa Najib tidak mengambil iktibal dari apa yang berlaku pada BERSIH 1.0 dan hasilnya BN kecundang majoriti 2/3 di parlimen dan kehilangan 5 negeri? pada PRU12, kenapa Najib terus angkoh. Kenapa juga Najib takut untuk berhadapan dengan satu pilihanraya yang bersih? Sedangkan apa yang kita lihat kini sudah ramai kalangan hali  UMNO itu sendiri meninggalkan UMNO, malahan mereka juga amat merisau tragedi PRU12 berulagn pada PRU13 nanti. 


(Bersih 3.0 Countdown) Tamrin Ghafar Baba: Jangan biarkan BN gadaikan Malaysia

Surat terbuka Tamrin anak Ghaffar bertarikh 23 April itu, juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka menyebut 15 isu yang perlu diselesaikan Najib seperti isu lembu NFC, isu cincin US24 juta dan perbelanjaan mewah, isytihar harta, semangat Melayu dan dasar ekonomi, pinjaman PTPTN, campurtangan sistem kehakiman, pengundi hantu dan Bersih 3.0, hubungan dengan Israel, pemilihan calon pilihanraya, peningkatan kos sara hidup, dakwaan biadap wakil rakyat pembangkang, konsep 1Malaysia, bantuan rakyat, royalti minyak dan debat dengan Anwar Ibrahim. - ehsan Detikdaily


 

 Debat ini juga jadi punca Najib tidak diyakinan rakyat.
sambut le debat itu, gunakan semua tenaga dan kepakaran yang ada di kementerian

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA