Sembang kedai kak Wok
Kg. Gajah 27 April 2012, satu pagi di sebuah sedang ngopi, borak-borak dan tegok kopi keras dengan berlapikkan kuih-muih tradisi, topik perbualan sudah tentu berkisar kaitan dengan politik negara. Persoalan apakah Najib / UMNO / BN akan terus menguasai dan merintah Putra Jaya atau sebaliknya.
Kedai Kak Wok, memang terhimpunnya " ahli politik " kampong yang sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku. Keprihatinan mereka lebih tertumpu kepada perubahan dan percakaran dalam UMNO / BN itu sendiri, mungkin tetamu atau pengunjung warong ini adalah ahli PR tegar.
Sesekali keluar juga kalangan mereka yang " kaki baca ", bukan calang-calang bahan rujukannya, " kalau ngikut The Economist, majallah ini kata Najib akan kecundang di PRU13 nanti, kome tau, Najib ini banyak beno janjinya, transformasi ekonomi, transformasi kepimpinan, tranformasi pendidikan, transformasi pertanian seolah-olah dia nak ubah itu le nak ubah ini le " kutuknya sambil menghembuskan asap cerut ke udara.
" Kome tau, bukan apa semua yang dibuatnya tidak di gemor oleh gengnya sendiri, terutama geng dalam UMNO / BN itu sendiri. Daya fikionya tak sama dengan fikio " tambahnya. " kome tau, buku itu juga menyenaraikan bebarapa penyebab yang berkemungkinan memberikan kegagalan Najib di PRU13 nanti.
- Najib keseorangan dalam partinya sendiri.
- Umno ditubuhkan dengan satu matlamat iaitu melindungi hak keistimewaan sejak negara merdeka dan tidak pernah mendapat tentangan sejak Malaysia ditubuhkan. Najib pula naik menjadi ketua melalui rampasan kuasa dalaman tanpa terbukti kewibawaannya untuk membuat sebarang perubahan.
- Lagi lama Najib melambatkan pilihanraya semakin ketara kelemahannya dalam menguasai parti untuk membuat sebarang perubahan.
- Bekas PM yang masih mempunyai pengaruh besar dalam BN sendiri meramalkan BN kalau menangpun akan hanya menang nipis dan tak akan mampu mengambil semula semua negeri yang telah dirampas oleh PR
- Keputusan membuat rayuan terhadap kes liwat Anwar Ibrahim mendedahkan lagi keadaaan Umno yang lansung tidak mahu berubah.
- Najib tidak ada jentera yang cukup kuat untuk merealisasikan apa yang dikehendakinya dalam menuntut perubahan parti sehingga ke akar umbi. Najib sebenarnya sedang berlari menuju ke arah dinding batu yang akhirnya dia sendiri akan melanggar dinding tersebut penuh ke mukanya.
No comments:
Post a Comment