Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 5, 2012

PEMUTIHAN PENDATANG ATAU PENDAFTARAN PENGUNDI

Kg. Gajah 5 April 2012, kini teserlah sudah, rakyat mula menaroh harapan kepada satu perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran negara, rasa kepercayaan dan keperdulian kepada yang ada kini ( UMNO ) sudah hilang dari ingatan semua pihak. hari demi hari ada saja isu yang membolehkah rakyat hilang kepercayaan kepada UMNO / BN. terakhir kini ialah bagaimana mereka menaikan harga minyak, walau pun harga yang dinaikan ialah untuk RON 97, tapi apakah kenaikan ini tidak dirasakan oleh rakyat, yang penting rakyat

Hanya satu perbandingan

Dengan paparan harga minyak di atas, rakyat sudah dapat menilai apakah sebenarnya yang perlu dilakukan oleh pemerintah untuk rakyat, apakah rakyat masih dapat menerima " buaian mimpin " yang di mainkan oleh UMNO / BN. Alasan harga minyak kita masih rendah, rendah dari negara yang sekeliling kita, tapi negera sekeliling kita bukan negara pengeluar minyak, tapi kenapa tidak dibandingkan dengan negara pengeluar seperti yang di paparkan? Pemimpin UMNO terus menipu rakyat. 


Kampong Kami Undi untuk PAS

Mungkin paparan ini mustahil, tapi apa yang mustahilnya, mungkin tidak semua tapi sudah ada yang berani memaparkan pemidang tersebut, jadi kesimpulannya sudah ramai yang mengalihkan padangan mereka kepada daya kepimpinan yang di bawa oleh - rakan Pakatan Rakyat.
 
Rakyat sudah dapat meniliai, sudah 54 tahun merdeka, sudah berbagai agenda percangan di war-warkan tapi keadaan dan nasib " pribumi " masih di takuk lama, bangsa yang tidak maju, bangsa yang ramai di pusat-pusat serenti, bangsa yang ramai jadi penagih, bangsa yang ramai dalam kes buang bayi dan entah apa-apa lagi gelaran untuk bangsa ini. Di mana Ketuanan mu Melayu?
Siapa yang menghilangkan ketuanan Mu Melayu?
Tak beranikah Melayu menghukum Melayu yang menidakkan hak Melayu?

Penghuni rumah ini sudah bersedia untuk menghukum UMNO / BN

 
Kini pihak UMNO / BN akan menggunakan semua helah untuk memastikan kuasa yang kian terhakis menjadi milik mereka, mereka akan buat apa sahaja untuk tujuan itu. KDN melancarkan program Pemutihan untuk pendatang asing yang ada di negera ini. Pemutihan pendatang asing ini lebih kepada mengenal pasti berapa ramai orang asing berada di Malaysia dan bagaimana untuk memastikan mereka " mesra " dengan kepimpinan UMNO / BN.

Di Kg. Gajah, bertempat di Ins. Dato Sagor dijadikan markas program tersebut. Ramai ke pendatang asing di kawasan ini, hanya KDN sahaja yang tahu, tapi bagi kita yang bercita-cita untuk memastikan Putra Jaya jadi dalam genggaman program ini perlu di curigai.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA