Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 2, 2012

KATAK - ANUGERAH TIDAK DATANG DGN MUDAH



 Katak oh Katak
mengapa kau panggil hujan.











Ada kegundahan tersendiri yang di rasakan oleh anak katak 
ketika melihat langit tiba-tiba gelap.
" ibu, apakah kita akan binasa, kerana langit sudah gelap? " 
sambil si anak merangkut ibunya, dan si ibu pula membalas rangkulan anaknya tanda simpati atas soalan tersebut.

" Itu bukan tanda kebinasaan, sebaliknya itu adalah tanda baik untuk kita " jelas ibu dengan terus memelok erat si anak, dan si anak terasa yakin dan mulai tenang. 

Dalam keadaan berangan-angan di bawah pelokan ibu, tiba-tiba si anak di kejukkan dengan tiupan angin agak kencang, daun-daun dan ranting-rinting berterbangan. Pepohon meliuk-liuk di pandu dengan tiupan angin,  "ibu ini apa pula, ia cukup menakutkan? apakah ini yang kita tunggu-tunggu? sambil si anak terus bersembunyi di bawah tubuh ibunya.

Si ibu terus meyakinkan si anak, " itu cuma angin, ianya pasti datang kalau kita tunggu " si anak terus yakin dan tenang seterusnya menikmati pula tiupan angin yang kencang yang tampak menakutkan.

Tiba-tiba " blarrrr!!! " bunyi guruh diiringi dengan petir dan kilat, dengan kilauan yang putih menyambar bumi menyebabkan si anak terus takut, ketakutan yang amat menyebabkan si anak sudah hilang pedoman, cukup gementar. " aku takut, bu, takut..takut.. " pelokan si anak untuk si ibu sungguh erat kali ini.

" Itu cuma petir, sabar dan itu tanda ketiga sebelum hujan turun, 
tak lama lagi sudah pasti hujan akan turun "  ungkap si ibu dan disambut tenang oleh si anak.

Kata-kata si ibu telah memberikan ransangan kepada si anak untuk keluar dari pelokan si ibu dan terus mendongak ke langit, langit masih hitam, angin masih meliuk-liukkan dedahan, petir meneruskan sambar menyambar dengan siliaunnya. Tiba-tiba " ibu, hujan datang, hujan datang horerere " pekik si anak.

Kiasan ini mempelihatkan kepada kita, pusingan  penghidupan harian itu kekadang anugerahnya itu hadir dengan tidak mengikut rutin biasa, mungkin juga ada rutin yang susah dulu, tidak semestinya setiap anugerah itu datang dengan tiupan seruling merdu, tidak di hantar oleh dayang-dayang rupawan, juga tidak disegerakan dan semudah yang di sangkakan.

Kenapa si anak perlu takut sedangkan untuk turunnya hujan ia perlu memalui proses biasas, langit hitam, di iringi dengan tiupan angin, petir dan akhirnya hujan.

Untuk itu apa yang perlu dilakukan ialah jangan takut untuk melangkah, jangan bersembunyi dari kenyataan, sabar  dan hadapi setiap dugaan. Insyaalah kemenangan akan memihak kepada yang benar. Bersama-sama kesukaran dan kemudahan.

BERSAMA-SAMA KESUKARAN ADANYA KEMUDAHAN
TERUSKAN PERJUANGAN

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA