Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 21, 2012

PEMIMPIN UMNO - MEMANG ANTI MELAYU

Ulasan Parlimen

Penjelasan Wan Rahim Di Parlimen
Menangkis Fitnah Umno


Ucapan menjunjung kasih ke atas titah ucapan Di Raja oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjawab beberapa persoalan politik yang menarik untuk dihayati dan diambil iktibar. Wan Rahim memfokuskan ucapannya soal diskriminasi dilakukan UBN di Kelantan sejak tahun 1959 hingga ke hari ini dan juga penganak tirian oleh kerajaan Persekutuan ke atas kerajaan Kelantan.


Beberapa perkara diungkitkan oleh Wan Rahim di mana mungkin generasi terkemudian tidak mengetahuinya. Antaranya beliau menyebut beberapa projek yang sepatutnya berjalan tetapi ditarik balik atau dinafikan.


Menurutnya, misal projek pembinaan lebuh raya dari Kota Bharu – Kuala Krai. Projek ini sudah pun diluluskan dan diumumkan oleh bekas PM Abdullah Badawi pada tahun 2004. Tetapi malangnya ia ditarik balik kemudiannya.


Begitu juga dengan projek untuk membina jambatan kedua merentangi Sungai Kelantan. Perletakan batu asas dilakukan oleh bekas PM Mahathir Mohamad. Sayangnya sehingga ke hari ini jambatan itu tidak menjadi kenyataan.


Projek pembangunan lapangan terbang Sultan Islam Petra Pengkalan Chepa juga menerima nasib sama. Walaupun lapangan terbang itu antara lapangan terbang domestik tersibuk tetapi ia tidak dinaik taraf sebagai lapangan terbang antara bangsa.


Selain dari diskiriminasi itu, dedah Wan Rahim kerajaan khasnya Umno juga melakukan tindakan politik yang menggerikan ke atas orang-orang Pas dan pemimpinnya. Orang-orang Pas diugut dan dikhianati, Beliau menarik perhatian bagaimana jahatnya pemuda tahan lasak Umno bila mana sanggup meruntuhkan tangga rumah orang Pas dan membuang ke sungai.


Pemimpin-pemimpin Pas terdiri dari kalangan ustaz dan tok guru pula ditangkap dan diugut. Seorang pemimpin Pas bertaraf Tok Guru katanya telah membunuh seorang polis kerana ulah berkenaan.


Selain itu wakil rakyat Pas Kelantan ditangkap dan dikurung serta diancam supaya membuat pengakuan dalam tv yang mereka tinggalkan Pas. Bagaimana usaha jahat ini gagal bila mana mereka tetap bersama Pas.


Diskriminasi juga berlaku diperingkat tertinggi termasuk perdana menteri sendiri terlibat. Wan Rahim menjelaskan bagaimana hak Kelantan yang diperakui Perlembagaan Persekutuan mendapat geran perkapital dinafikan. Peruntukan untuk Kelantan dilewatkan atau tidak diberikan langsung.


Satu lagi diskiminasi dan penafian hak dan melanggar prinsip demokrasi dan semangat federalisme, apabila Menteri Besar Kelantan dinafikan menghadiri mesyuarat MB Club, yang dihadiri oleh para Menteri Besar dan Ketua menteri. Tetapi MB Kelantan sejak 20 tahun lagi tidak pernah diundang sama.


Begitu juga dengan mesyuarat-mesyuarat bersama lain atas semangat federalisme seperti mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Politik dan sebagainya pegawai dari Kelantan dilupakan.


Perkara yang perlu disedari dan ucapan tahniah kepada Wan Rahim bila mana beliau memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan Umno mengenai projek Ladang Rakyat. Umno telah menuduh berlaku penyelewengan dalam Ladang Rakyat kononya tanah Ladang Rakyat digadai dan dijual kepada bukan bumiputera,


Menurut Wan Rahim tuduhan itu meleset dan satu pembohongan dan fitnah. Ia dibuat oleh mereka yang tidak faham mengenai enakmen Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan yang cuba melakukan tembakan dari jauh menggunakan peluru kosong.


“Tidak ada mana-mana tanah Ladang Rakyat dijual atau digadai kerana semua tanah yang diluluskan untuk projek Ladang Rakyat dengan kerjasama syarikat-syarikat luar hendaklah dinamakan atas Ladang Rakyat,” jelasnya.


Justeru itu tidak ada mana-mana pihak boleh menggadai atau menjual tanah Ladang Rakyat, tegasnya.


Mengimbau mengenai projek berkenaan Wan Rahim menjelaskan sejak projek itu dilaksanakan tahun 2006 sebanyak 10 lokasi tanah dibuka yang melibatkan keluasan sebanyak 7,901 hekar di mana mebabitkan peserta seramai 4,848 orang. Peserta adalah rakyat berpendapatan dibawah RM539 sebulan. Sehingga sekarang RM54.8 juta pendapatan Ladang Rakyat telah diagihkan kepada peserta.


Penjelasan mengenai Ladang Rakyat oleh Wan Rahim itu akan menjawab beberapa persoalan, khasnya tuduhan dan fitnah yang dilempar dan dimainkan Umno khasnya Umno Kelantan.


Peri pentingnya beberapa perkara dibangkitkan Wan Rahim wajar kalau ia disebar luas baik dalam bentuk cetakan atau pun sebaran eletronik untuk difahami umum khusus kepada orang-orang Umno yang berfikiran seperti segelintir Orang Asli yang menganggap wujudnya Tanah Adat di Kelantan. [wm.kl.1:21 t/hari 21/03/12]

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA