Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 12, 2012

TPM & PM JUGA KINI DI KANCAH PERKELAHIAN

Kg. Gajah 12 Feb. 2012, Negeri Perak amnya dan Parlimen Pasir Salak dan Teluk Intan khasnya kini diserang oleh pucuk pimpinan UMNO atau pucuk pimpinan BN dan kedua-dua mereka adalah pemimpin tertinggi dalam kerajaan Barisan Nasional. Pada 11 Feb. bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Kg. Bahagia Tk.Intan TPM yang juga Menteri Pelajaran bertandang dan sudah pasti akan meluluskan beberapa projek " negara berkebajikan "



Pemidang yang jelas - jemputan untuk orang ramai
khususnya ahli UMNO untuk
bersua mua dengan TPM


Tapi dalam keadaan bagitu ghairah untuk hadir dan " turun padang " bersua muka dengan rakyat, kerana rakyat dah naik muak dan jemu melihat telatah kepimpinan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam tak sedar telah merosakkan image sebagai menteri pelajaran kerana sanggup menggadaikan " pengajaran & pembelajaran " anak didik di sekolah ini. Kenapa pihak pengurusan memilih kawasan padang sekolah, dan bukan tarikh lawatan itu dan persiapan yang diperlukan akan mengganggu proses tersebut?

Di fahamkan kawasan padang yang perlu digunakan untuk tujuan pengajaran tidak boleh digunakan oleh pihak sekolah kerana " perlu " memberikan laluan kepada persiapan untuk sambutan tersebut. UMNO apabila sudah terdesak mereka sanggup buat apa saja, semua dibolehkah untuk " survive ". Perlu diingat, kawasan Parlimen Teluk Intan hak milik " Pakatan Rakyat di wakili oleh DAP dan DUN Pasir Bedamar dan Changkat Jong masing-masing di menangi oleh DAP dan Pas.



Pemidang untuk Najib ke Felcra Changkat Lada.

Selepas Parlimen Teluk Intan, insyallah pada 17 Feb. selang tak sampai seminggu Najib pula selaku PM " menyerahkan " diri untuk memberi bantuan segera kepada Tajuddin yang mungkin akan tidah dicalunkan semula untuk Parlimen Pasir Salak. Pada PRU12 yang lepas beliau hanya dapat majoriti kurang dari 2k undi. Tajuddin kerja keras untuk " melobi " untuk terus di namakan bagi kawasan ini. Kita masih ingat pada Okt. 2010, TPM hadir di tapak dan kawasan yang sama, dan PM juga kawasan yang sama dan yang dijadikan mangsa ialah Warga Felcra itu sendiri.

Dari sudut perkembangan politik semasa, rakyat boleh baca kenapa dan mengapa Perak menjadi igauan mereka? Apakah mereka sudah hilang yakin dengan kemampuan kepimpinan Zambry untuk mempertahankan Perak. Hanya dengan majoriti 3 kerusi itu pun kerusi " lompatan " sudah pasti UMNO rasa takut dan ngalabah. Ini di pertontonkan dengan acap kali mereka berdua turun padang untuk " memancing " undi. Atau apakah kedua-dua mereka sudah nampak yang kedua-dua kawasan ini akan terus memihak kepada PR khususnya Parlimen Teluk Intan dan kedua-dua DUNnya akan memberi kesan sampingan kepada parlimen Pasri Salak dan DUN Kg. Gajah dan Sungi Manik, kedua-dua dun ini juga hanya memiliki bawah 1500 majoriti di PRU12 tempoh hari.

Bagi Parlimen Pasir Salak dan kedua-dua DUN ( Kg Gajah & Sungai Manik ) memang sudah cukup faham dan khatam dengan apa yang Tajuddin buat dengan rakyat di kawasan ini, agihan BRIM juga diambil kesempatan untuk tujuan politik, setiap ucapan bukannya memberikan input yang berguna sebaliknya berterusan mengkritik kepimpinan Pembangkang khususnya Tuan guru Nik Aziz dan Sdr. Anwar Ibrahim.

Dalam resik-resik dan perbualan politik, pengundi Pasir Salak sudah membuat keputusan muktamat untuk tidak mesra dengan UMNO / BN, ramai kalangan pengundi tidak menunjukkan " mesra " dengan pembangkang tapi bersedia untuk UMNO / BN untuk PRU13 nanti. Mereka yang dari warga Felcra memang sudah putus arang dengan kepimpinan Tajuddin. Mereka kecil hati cara Tajuddin menghabiskan wang peneroka hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu kepimpinannya. Untuk kedua-dua projek di Gen2 ini, pecah tanah dan " Masyarakat Felcra bersama Pemimpin " ini berapa juta ringgit wang peserta di gunakan.




Sebahagian dari kawasan dalam pembinaan

Majlis " Himpunan Warga Felcra Bersama PM " penglibatan dari semua warga Felcra dari Semenanjung juga Malaysia Timur sudah tentu menelan belanja yang banyak, kehadiran penyanyai " top hits " yang dijemput juga sudah pasti bayarannya besar, bersiapan pentas dan alat siara yang sungguh canggih akan memastikan pengaliran wang peserta Felcra seperti air terjun di Piso-Piso di Medan.

KENAPA MEREKA PEMIMPIN UMNO BAGITU MEWAH DALAM PENGHIDUPAN HARIAN, KENAPA MEREKA TAK BOLEH BERJIMAT CERMAT, KENAPA MEREKA GEMBIRA MENGGUNAKAN HAK RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA