Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 14, 2012

BRIM - TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT



RM 500 untuk sepenggal 4-5 tahun.
Tetapi musibahnya seumur hidup
(selagi membenarkan Umno menang).

" Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit " duit atau wang kini bukan lagi untuk membeli barangan keperluan semata-mata. Duit boleh membuat manusia menjadi hamba, juga mereka sanggup menghambakan diri untuknya. Duit juga boleh digunakan untuk menentukan kedudukan khususnya dalam arena kepiminan Mashab UMNO.

Apa yang dapat kita perhatikan pada bajet 2012, amat sukar di fahami kerana ianya tidak membentangkan Pendaptan Negara tapi Perbelanjaan tetap ada. Dari mana sumber wang yang diperlukan untuk perbelanjaan mungkin tidak perlu diketahui oleh rakyat. Dengan itu berbagai-bagai " umpan duit " di luluskan untuk rakyat. Sejak 57 tahun merdeka mana pernah kerajaan memberi belanja wang sekolah, mana pernah beri wang untuk beli buku pelajar-pelajar di IPT, mana pernah beri wang " dapor " serta mana ada kerajaan meluluskan peruntukan wang untuk membeli saham. Tapi ada kelainann untuk tahun 2012, kenapa ya? apa yang nak di pancing oleh kerajaan? Mungkinkah kerajaan UMNO ingin membeli undi rakyat untuk PRU13? itu hanya persoalan sahaja.

Budaya membeli undi memang sudah dipraktik dari peringkat akar umbi lagi dalam UMNO, jika ada pemilihan di peringkat cawangan, sama ada ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanita mau pun puteri, sudah lama. Ketua Bahagian dengan " wang & duit " mereka mamapu menguruskan siapa yang " patut " di rancangkan untuk jawatan yang di inginkan oleh mereka. Kesan dari mainan wang inilah budaya rasuah bermaharajalela. Jadi apakah pemberian RM100 untuk murid sekolah, RM200 untuk pelajar di IPTA, BRIM untuk rakyat berpendapatan bawah RM3000 dan akhirnya terbit pula SARA - saham satu Malaysia kepada mereka yang berpendapatan rendah. Apakah ini usaha terdesak oleh UMNO untuk PRU13?

Dato' Tajuddin Abd Rahman

( YB Dato Tajuddin )

Ada benarnya, pemimpin UMNO mengambil kesempatan dari pengagihan peruntukan tersebut, lihat sahaja bagaimana ada kalangan mereka seolah-olah menyiksa ibubapa yang di arah untuk mengambil RM100. Di Pasir Salak contohnya, ibubapa dari SK Sri Changkat yang jauhnya hampir 60km perlu ke Dewan Besar Felcra Changkat Lada hanya untuk mengambil wang tersebut. Ada kalangan penerima BRIM dari Langkap ke Dewan Felcra Changkat Lada.
Semua sumbangan ini perlu diserahkan secara terus oleh Kepimpinan Politik Kawasan berkenaan - pemimpin dari parti pemerintah sahaja.

Cuba kita perhatikan pula dalam keadaan negara dan dunia di hujung jari, bukan sekadar maklumat tapi untuk urusan " transaksi " wang pun boleh diurus dengan hujung jari, tapi mengapakah agaknya UMNO mengambil jalan dan cara " traditional " atau mereka ada niat lain disebalik pemberian itu? Dengan RM100 dan RM500 boleh di masukan saja dalam akaun tak perlu mereka bergerak ada yang hampir 60Km dari rumah ke destinasi yang ditetapkan.

Apabila penerima di kumpulkan banyak " faedah " yang akan diterima oleh pihak UMNO, dapat bertemu muka, dapat meluahkah kata-kata, dapat mengutuk parti lawan malahan kadang-kadang pemimpin pula yang menerima " pekikan " dari orang ramai. Pengajaran dari cerita ini ialah UMNO sengaja nak tunjuk duit tu depa yang bagi...padahal duit tu duit rakyat...ini yang rakyat kena faham. Pendek kata Sebelumnya mencari publisiti dan seSudahnya mencari undi.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA