Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, January 27, 2012

WANG TERUS DIJADIKAN SENJATA UNTUK PRU13




Maaf, surat edaran ini tidak jelas dan di tulis semula untuk
penelitian pihak pengungjung & pengkritik blog ini.

Surat Jab.Pelajaran Perak, ini bertarikh 15 Januari 2012 dan di tandatangani oleh Timbalan Pengarahnya ( gambar bawah ). Untuk diedarkan kesemua sekolah-sekolah bantuan penoh kerajaan melalui Pegawai Pelajaran Daerah ( PPD ).

IDRIS
TN. HJ. MOHD IDRIS BIN HAJI RAMLI, A.M.P
Timbalan Pengarah JPN Perak.

MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN KELAB GURU
OLEH KERAJAAN NEGERI PERAK

Pada 29 Januari 2012 ( Ahad ), jm 2ptg
di Stadium Indera Mulia, Ipoh.


Pemberian geran untuk kelab guru kepada untuk semua sekolah di Perak adalah satu inisatif yang cukup mengkagumkan, ianya memperlihatkan betapa " prihatinnya " pihak kerajaan untuk memberikan bantuan kewangan kepada kelab guru-guru ini. Selepas hampir 60 tahun negara merdeka, selepas bertukar tangan beberapa menteri pelajaran, sudah beberapa kali pilihanraya dan sudah beberapa orang Perdana Menteri yang dilantik, tiba-tiba pada zaman menjelangnya PRU 13, dan Malaysia berPerdana Menterikan Najib dan berMenteri Pelajarankan Mahyuddin yang juga Tim. Perdana Menteri barulah ada rasa " simpati " kerajaan terhadap sekolah.

Apa tidaknya, masa ini ada bantuan sekolah RM100, RM200 baucer untuk pelajar IPT, dan akhirnya kelab guru juga perlu diberikan bantuan. Tindakan merka ( kerajaan ) seperti kata pepatan " seperti ada udang di sebalik mee " semua bantuan diberikan dengan segera, seperti memasak mee maggie.

Dari sudut politik, apakah sebenarnya yang menghantui kepimpinan pemerintah masa kini, apakah dengan pemerintahan 11bulan PR tempoh hari telah meninggalkan kesan yang cukup membingongkan khususnya orang " UMNO ?" Atau mereka masih lagi terasa yang Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak akan bertukar milik selepas PRU13 nanti?

Dari sudut rasionalnya memang UMNO patut merasakan " kecurigaan " tersebut. apa tidaknya kesan PRU12 UMNO/BN tewas nipis dengan hanya 3 kerusi menyebabkan " Kerajaan UMNO " tumbang dan dengan tipu helah dan penglibatan semua agensi kerajaan serta " halabonhya " beberapa orang YB dari Pakatan Rakyat " melompat " akhirnya UMNO kembali mengemudi kerajaan Perak.

Tapi malang, kehadiran mereka tidak di iringi dengan restu oleh rakyat, rakyat terus menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap UMNO/BN. Rakyat menunggu untuk ketibaan PRU13, untuk terus menghukum kepimpinan UMNO / BN.

Memang tidak dinafikan GURU telah memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan UMNO / BN tidak megah dan kurang ajar dalam pemerintahan mereka. Kalangan guru memberikan imput dari semua aspek sama ada dari sudut logistik pilihanraya mau pun tenaga penggerak dan perancang. Dengan itu, UMNO menjadikan " wang " sebagai " ubat " untuk menarik kembali " kepercayaan " rakyat terhadap kepada UMNO / BN.

Mungkinkah " geran " untuk kelab guru ini menjadi senjata untuk UMNO / BN, atau mereka akan terus kehilangan kepercayaan pula dari kelab-kelab dari jabatan-jabatan yang lain. Mungkin kah pepatah " yang dikejar tak dapat di bimbing keciciran " pelaboran untuk kguru, guru terus tidak percaya kepada UMNO / BN, kakitangan kelab jabatan lain pula merasakan diri mereka dianak tirikan, lantas membuat kesimpulan " sokongan " untuk UMNO sudah tidak diperlukan lagi. Akhirnya yang rugi ialah UMNO. Guru akan terus dengan wadah perjuangan dengan tidak memberikan keperayaan kepada UMNO /








No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA