Bandar Seri Iskandar 4 Jan. 2012, Timbalan Presiden PAS, Sdr. Mohd. Sabu telah dapat meyakinkan " rakyat " Parit kaitan dengan penyalah gunaan kuasa yang diamalkan oleh kepimpinan UMNO / BN ( UBAN ) sepanjang 57 tahun pemerintahannya.
Timbalan Presiden - dapat menawan hati pengunjung dengan " persembahan "
yang bersahaja serta di selang selikan dengan jenaka.
Parlimen Parit memang pernah di menangani oleh PAS dan sejarah juga menunjukkan pengundi di kawasan ini boleh memberikan kepada sesiapa sahaja calun yang mampu membawa kepada perubahan, dan harus diingat Allahyarham Dato Megat Junid pernah kecundang di parlimen ini, dan Dun Bota juga pernah jatuh ketangan PR melalui PKR.
Beliau dapat " mendedahkan " apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan UMNO sepanjang 57 tahun merdeka, dan berapa banyak tanah rezeb Melayu yang telah digadaikan oleh mereka serta bagaimana sejumlah 52 billion wang tabung saham Bumiputra yang kini hanya cuma tinggal kurang dari 2 billion sedangkan orang Melayu masih di takut lama. Peruntukan wang ini adalah muafakat dalam parti pemerintah setelah berlakunya peristiwa 13 mei 1969. Semua bangsa di Malaysia bersetuju memberikan peruntukan sejumlah tersebut untuk membangunkan ekonomi orang Melayu tapi seblikmya, wang habis keadaan orang Melayu tak nampak pun perubahannya.
Timbalan Presiden bersama Pengerusi PAS Kawasan Parit.
Kini UMNO / BN sudah tertekan, mereka terus menggunakan 3R ( race - bangsa, royal - kesetiaan, religion - agama ) dalam isu kempen, mereka telah gagal untuk menggunakakan isu kaitan dengan pembangunan, isu ekonomi, isu kebajikan dan hanya yang tinggal ialah kaitan dengan ketuanan Melayu - agensi untuk tujuan ini ialah BTN ( Biro Tata Negera ) Sebaliknya BTN tidak pula ingin memaklumkan kepada peserta kursus yang kebetulan kebanyakkannya dari kalangan kaum guru kaitn dengn penyelewengan dan rasuah serta salah guna kuasa yang di amalkan oleh pihak pemeritah.
Sdr. Mat Sabu juga mengajak kepada semua agensi kerajaan untuk tidak di pergunakan oleh pihak UMNO, terutama kini PDRM, sering tidak mengamalkan profesionalisma dalam tugasan mereka menampakan " double standard " dalam tindakan. Pilih kasih amat ketara sekali. Peristiwa di UPSI ( Universiti Pendidikan Sultan Idris ) di awal tahun 2012 cukup memalukan, pelajar-pelajar yang ingin menyakan bantahan di " dera " oleh pihak PDRM hingga menyebabkan ada kalangan mereka yang perlu di bawah ke hospital dan di muatkan dalam trak polis. Tapi yang peliknya kenapa kepada pihak lain seperti PERKASA, Pemuda UMNO pihak polis tidak mengambil tindakan? tanya beliau.
Barisan VVIP malam tersebut.
Sejarah bergurau juga beliau kini sudah cukup popular kepada bekas SC atau pun tentera yang berkhidmat di zaman Jepun tempoh hari, kini ramai kalangan mereka memberikan tahniah dan terima kasih atas membangkitkan cerita Mat Indera seterusnya pihak kerajaan telus meluluskan satu bajet sejumlah RM3000 setiap mereka. Tapi persoalannya peruntukan yang disedikan itu apakah dapat di serahkan kepada sedangkan jumlah sebenar mereka yang masih hidup tidak diketahui jumlahnya. Secara cara sini beliau menyatakan mungkin peruntukan akan di gunakan tapi tak tau siapa yang akan mengambil wang tersebut.

Sebahagian dari pengunjung yang dapat di rakamkan.
Akhirnya beliau mengajak pengundi Parlimen Parit untuk membuktikan bahawa mereka juga mampu untuk membuat perubahan, perubahan untuk masa depan negera, walau pun pada 9 januari ini sama ada DSAI ke dalam atau sebaliknya perjuangan untuk membebaskan Malaysia dari cengkaman UMNO perlu di teruskan. Apakah orang Parit sanggup untuk tujuan itu?

No comments:
Post a Comment