Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, January 26, 2012

LIWAT - KENAPA ANWAR TAK SAMAN SAYA

Malaysia kini sedang dilanda satu sindrom penyakit, penyakit di mana " Mahkamah " dijadikan medan untuk mencari rezeki, bukan lagi bertindak untuk mencari keadilan. Keadilan sudah boleh di jual beli, keadilan sudah di jadikan bahan momokan, bahan menabor fitnah, mahkamah bukan lagi di ujudkan untuk mencari kebenaran tapi ia di tatang untuk kepentingan UMNO / BN. Institusi mahkamah sudah boleh di " teka " apa keputusan yang bakal diterima oleh tertuduh. Tambahan kalau tertuduh itu dari mereka yang membangkan kehendak UMNO / BN

Kes Liwat 2, perbicaraan mengambil masa berhari-hari malahan berbulan dan akhirnya bertahun tapi hakim memutuskan tidak bersalah hanya dalam masa kurang dari 10minit alasannya cukup " releven " dan hakim boleh gunakan pada masa perbicaraan tapi hakim juga manusia biasa yang mungkin cara itu dapat memberikan sesuatu kepada penuduh dan yang tertuduh.

azlan
Akhirnya, DSAI di bebaskan di mahkamah tinggi, tapi ramai yang menganggapkan ia satu mainan seperti apa yang berlaku pada penghakiman rampasan kuasa Kerajaan PR di Perak, pada mulanya mahkamah tinggi memberkan laluan kepada kerajaan PR untuk meneruskan pemerintahan tapi rayuan dibuat dan mahkamah terus menggugurkan apa yang diputuskan di Mahkamah Tinggi.

Perasaan gembira terpancar sekali di wajah penyokong apabila mahkamah membebaskanya DSAI dari pertuduhan. Kegembiraan ini juga ada kalangan penyokong
yang menasihatkan agar " kegembiraan " itu ditanggohkan atau di maksimakan. Pendakwa masih boleh merayu ke mahkamah rayuan untuk " menebus " kekalahan tersebut.

Shaiful pada awalnya meneriam keputusan ini dengan lapang dada dan ianya sudah ketentuan dari Allah, sungguh hebat beliau, tapi keyakinan dan keteguhan ini tidak lama kerana beliau akhirnya meletakkan " wang " menjadi ukuran, perjanjian mungkin dibuat dengan pihak tertentu untuk memastikan DSAI mesti disimpan, bukan setakan sianak tapi si bapa juga bertindak demikian, seolah-olah mengarahkan pihak peguam negara untuk mempercepatkan proses rayuan tersebut. Akhirnya dengan " arahan " tersebut peguam negara perlu akur dengan kehendak anak guamannya.

Apa sebenarnya yang berlaku? Gerangan mana yang menasihatkan? atau apakah ada gerangan yang menuntut jika rayuan tidak di buat? Hanya allah yang tahu.

Kes ini yang peliknya, tekanan dari Shaiful dan Keluarganya yang benar-benar inginkan pihak pendakwa mengemukan rayuan, sedang badan kehakiman sendiri agak " sukar " untuk meneruskan hasrat tersebut. Tapi persoalannya mengadakan keluarga Saiful mendesak? Apakah ada peranan lain dalam desakan tersebut. Juga apakah mahkamah akan menjadikan kes Kerajaan PR Perak sebagai contoh untuk diambil tindakan? kita tunggu dan lihat saja le.

Satu kes lain pula, mana pernah berlaku dalam sejarah ada kalangan manusia sama ada dalam keadaan " benar " apatah lagi dalam keadaan " bersalah " untuk minta di saman oleh pihak lawan, tak pernah berlaku, apakah akhir zaman untuk UMNO / BN ini perkara sebagini perlu diadakan?

Bekas rakan dan anak didik Anwar yang lari meninggalkan beliau menuntut " abang " mereka untuk menyaman dan sudah pasti pendedahan demi pendedahan dapat di lakukan oleh mereka, kerana mereka pernah sebantal dengan Anwar.

Kenapa Ezam, Mat Arif merayu dan mendesak Anwar untuk menyaman mereka? Apakah mereka sudah fikir masak-masak untuk ke kandang perbicaraan atau mereka juga ada muslihat lain seperti apa yang berlaku pada Shaiful?

ezam - kini talibarut UMNO untuk punahkan DSAI

Ezam keluar PKR buat " road show " memberikan dan menabur buruk apa yang di ketahuinya tentang Anwar di dedahkan akhirnya beliau di angkat menjadi Senator, hidup mereka " mewah " seketika atau apakah kini mereka mula merekakan perit dan pahitnya dalam keadaan sedemkina. Mungkin mereka sekarang kepanasan.....seperti ulat-ulat buah yang perlukan buah yang baru untuk hidup.....kalau tidak, akan 'mati'lah mereka bersama buah yang kian membusuk itu.

Ada sesetengah orang makan untuk hidup......tak kurang juga ada yang hidup. hanyalah untuk makan......alahai kesiannya.

2 comments:

  1. Buang masa je utk DSAI mnyaman mreka2 ni.Mreka2 ini umpama pengemis mngharap kn ihsan dr UMNO utk mnanggung ank isteri mreka.ada lh lbh baik DSAI mnyaman UM krna mreka ini br niaga dn berasas kn keuntngan

    ReplyDelete
  2. INDIVIDU2 HAPRAK YANG TAK BERMARUAH & HARGA DIRI INI TIDAK BOLEH DITURUTI KEHENDAK MEREKA ! JIKA DISAMAN ITULAH KEUTAMAAN MEREKA ,JUGA PERANGKAP & PUBLISITI MURAH UNTUK MERAIH SOKONGAN !HANYA MEDIA2 PENGKHIANAT PATUT DISAMAN SAHAJA !

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA