" Dan ketika itu saya berdoa kepada Allah SWT, kalau di takdirkan kehidupan saya berakhir di situ, biarlah sempat saya menemui Azizah, anak-anak dan ibubapa saya terlebih dahulu." "
Satelah rumah saya di serang dalam keadaan kelam kabut di malam tersebut, diiringi OCPD dan UTK yang adalah dalam kereta. Saya di beri jaminan akan dapat menemuai keluarga. Jadi saya pun mengharapkan sebab tak sempat jumpa anak-anak sebelum di bawa pergi. Dalam perjalanan dari rumah ke Bukit Aman, panggilan telefon diterima dari KPN mengarahkan mata saya ditutup. Dengan sopan, pegawai UTK memberitahu " Dato Seri minta maaf saya dapat arahan supaya mata Dato Seri di tutup "" saya jawab " tak apalah kalau itu tugas anda "
Dengan penoh rasa kesedihan lalu beliau mendakap dan sekali lagi mengeluarkan pemohonan maaf lalu menutup mata saya. Saya terus di bawa kesatu tempat dan akhirnya dimaklumkan di Bukit Amin, dan semasa di bawah turun dapat juga melihat dari celah ikatan banyaknya kakikaki polis yang sedang beratur.
Saya terkejut dengan satu jeritan, " Why he is not hand-cuffed like a common criminnal " ( kenapa tangannya tidak di gari seperti penjenayah lain ? ) Saya dapat cam suara tersebut dari Pengarah CID Dato Yaakub Amin, jadi saya mengandaikan bahawa bukan dituduh walaupun belum dihadapkan ke mahkamah tapi saya di anggap sebagai penjenayah. Saya dan menjangkakan ianya satu perancangan politik, saya masuk dalam lokap, gari dan penutup mata di buka. Saya cuma dapat berdoa dan dapat membaca apa-apa yang teringat ayat suci alquran. Kemudian dengan arahan lain mata dan tangan saya ditutup dan gari semula. Kedengaran bunyi derapan tapak kaki dan disertai tabik. Dua orang masuk dan terus memberikan tumbukan keras lalu saya terjatuh, terus membaca ayat alquran dan ayat-ayat yang di peringitkan oleh Dr. Yusfo Qardhawi.
" Saya dipukul dengan pukul yang amat kuat dan kencang sekali dan ditujukan di muka, kepala dan leher, saya mendapat kesan yang bahawa tujuannya ganas dan uuntuk merosakan kalau pun tidak cukup memberbahayakan. Tapi kerosakan di bahagian kepala amat berbahaya. Saya dapati pukulan itu mahir dan ditujukan bukan saja di bahagian kepala dan leher tetapi oleh kerana saya terjatuh atas pangkin simen yang keras, makan kesan sakit amagt dirasakahn di tulang belakang."
Tendangan pada kaki tidak dirasakan sangat tapi bahagian kepala amat sakit, pukulan yang saya terima boleh membawa maut. Saya terlantar atas simen dan kemudian datang beberapa orang pegawai polis membuka gari dan pembalut mata, ketika itu saya nampak percikan darah di lantai, pada baju Melayu putih dan juga terasa ada darah mengalir di hidung.
Sedar dari pengsan antara jam 2 atau 3, di diajukan dengan borang ISA, saya di pohonkan untuk menandatangani borang tersebut. Dalam keadaan tidak berapa sedar surat itu ditandatangani. Terbayang keluarga di rumah, masih teringat lagi pesanan sebelum menaikan van polis, " Kita tidak tau apa yang akan berlaku dan apa kesudahannya terhadap kezaliman ini " Hanya doa di pohonkan agar jika berlaku apa-apa biarlah saya sempat menenui isteri dan anak-anak serta ibubapa terlebih dahulu.
Pada keesokan hari, di maklumkan ada pegawai polis yang cuba mengejutkan saya dari tidur tetapi saya belum sedang. Mereka memaklumkan memang ada pegawai yang datang untuk membantu tetapi mereka tidak berupaya melakukan apa-apa kerana doktor tidak dibenarkan menemenui saya, Sehingga ke awal pagi, saya mula merangkak keluar dari bilik dan kemudianya dipapah oleh anggota polis yang sebenarnya bagitu sopan dan baik serta bersimpati. mereka membawa saya ke tandas untuk membersihkan muka dari kesan darah dan saya kemudianya menyempurrnakan solat.
Belum pun sempat selesaikan wirid, mata cukup mengantok dan seterus di sambungkan tidur dan hanya pada sebelah petang baru sedar. Kehadiran seorang pegawai polis mungkin berpangkat komandan, dan pada beliau saya merayu untuk mendapatkan khidmat doktor kerana kesakitan yang amat sangat. Tapi sekembalinya pegawai polis sejam selepas itu dengan nada sedih beliau memaklumkan " Maaf Dato Seri, saya telah menghubungi SAC Musa Hassan dan beliau menyatakan bahawa beliau dan KPN ( Rahim Nor ) tidak membenarkan saya menemui sesiapa "
Sepanjang malam tidak ada ubat yang diterima, walau pun saya dalam keadaan kesakitan. Dengan kehendak Allah juga, ada polis yang bersimpati dengan hanya memberikan minyak biasa ke muka saya. Sepanjang dua hari itu hanya air suam menjadi pengalas perut.
Amat mendukacitakan, memang setiap jam ada saja pegawai / anggota polis yang lalu lalang tapi tidak ada sebarang tindakan diambil untuk kebaikan saya sehinggalah pada hari ke2, itu pun hanya memklumkan kepada saya bahawa di luar sana keadaan masih gawat dan masih ramai yang di tangkap.

dari WARKAH ANWAR -
surat dari penjara 1998-2004
surat dari penjara 1998-2004
No comments:
Post a Comment