Tahun 2012 telah diberikan pelbagai gambaran tragis termasuk terjadinya bencana besar, kekacauan, keruntuhan kerajaan dan peperangan diseluruh dunia yang merintis kepada berlakunya Kiamat. Bagi negara kita Malaysia pula tak pernah berlaku pembentangan bajet dimana ada perbelanjaan dan tidak dilaporkan pendapatan. Tapi ianya berlaku untuk tahun 2012, apakah ianya juga satu pertanda Malaysia akan karam dalam pengurusan kewangan? Kita lihat dan tunggu.
2012 juga mengikut kajian orientalis, bumi yang kita huni ini akan qiamat, walau pun bagi umat Islam urusan hari kiamat hanya ada dalam perbendaharaan Allah dan bukan dalam tanggapan hamba Allah. Manusia hanya di beri hak untuk merancang, mengkaji dan menghujah. Mengikut ahli tasawuf pula pengertian kiamat tersebut boleh di rungkai dalam pelbagai keadaan seperti bencana, kecewa, penyakit, kemalangan dan sebagainya.
Bebalik kepada Malaysia, Umno telah menguasai kerajaan selama 54 tahun. Pelbagai kezaliman, rasuah, salah guna kuasa, sogokan, politik wang, pembaziran wang rakyat, fitnah, lucah, ketirisan, kronisme, nepotisme dan pemborosan, semuanya telah sinonim dengan pemimpin-pemimpin Umno. Dengan itu apakah pada 2012 ini satu bentuk " hukuman " akan diberikan oleh rakyat untuk mereka?
Ikon-ikon tersebut tidak akan diberikan lebel sedemikian sekiranya tidak ada kebenarannya.Bak pepatah, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Malah kecelikan rakyat berhubung sumber maklumat memperteguhkan lagi bahawa Umno semakin tersisih ekoran penolakan rakyat.
Atas kesedaran ini, mereka kepimpinan UMNO amat menyedarinya dan mereka juga mengetahui bahawa " wang " adalah senjata terakhir untuk mereka gunakan bagi mengabui mata rakyat, rakyat amat mudah di perdayakan dengan RM " Ringgit Malaysia ). Kebetulan pula PRU 13 sudah " layak " untuk diadakan dan keadaan rakyat pula sudah menunjukkan rasa tidak ingin diperbodohkan lagi, lantas bajet 2012 diguna pakai untuk tujuan memancing undi.
Selain dari masalah dalaman parti sendiri seperti untuk mendapatkan " winneble candidate ", keikhlas calun antara yang baru dan yang " incumbant ". Sudah pasti bagi PM yang berkuasa untuk menentukan tarikh, untuk mendapatkan tarikh yang sesuai juga menjadi masalah.
Isu " wang " apakah benar rakyat masa kini amat mudah di " tipu " dengan pengagihan wang? Kita lihat dalam sejarah negara sudah 57 tahun merdeka, hanya pada bajet 2012 ada diujudkan Bantuan persekolahan RM100 setiap murid dan pelajar, RM200 setiap mahasiswa di IPTA, RM500 untuk BRIM, RM3000 untuk bekas polis semasa zaman pemerintahan Jepun, di lancarkan juga SARA untuk rakyat pendapatan RM3000 kebawah, juga untuk sekolah-sekolah dan para guru disekolah dengan sumbangan yang cukup luar dugaan.
Apakah UMNO sudah nampak parti mereka akan musnah?
Sanggup kepimpinan kerajaan di bawah UMNO / BN terus menipu rakyat dan memberbodohkannya.
No comments:
Post a Comment