Kreteria dan tanggongjawab Calun UMNO di PRU13;
" Winnable candidate " perlu berwatak seperti Khalifah Islam Saidina Uthman bin Affan - tidak meminta-minta jawatan malahan setelah menerima jawatan berkhidmat dengan penoh rasa tanggongjawab dan tidak menggunakan kedudukan untuk " mengkayakan " diri sendiri, keluarga mau pun sahabat handai. Pemimpin juga wajib sentiasa menginsafi diri, sedar dan rasa pertanggongjawaban kepada mereka yang dipimpin, amanah, jujur, sanggup berkorban serta memiliki sifat kasih sayang.
Selain dari itu, bakal calun dan " mungkin " jadi pemimpin dan mereka juga perlu dilihat menepati kreteria sebagai soerang pejuang dan dari golongann yang beriman seperti apa yang di gariskan oleh Iman Shafie. Sentiasa berjuang dan berusaha untuk memerdekakan negara Islam dari di jajah.
Perwakilan Kedah, Mohd Kamal Saidin mungkin tidak sedar dengan ungkapan yang di sampaikan, “Imam Shafie pernah berkata, sebuah negara Islam walaupun dijajah, tidak hilang Islam di negara itu. Maka penduduknya wajib memerdekakan semula negara itu. Dengan kata-kata ini, jelas Malaysia merupakan sebuah negara Islam walaupun pernah dijajah selama 446 tahun sebelum merdeka kerana perjuangan UMNO pada 1957,” katanya.
Apakah benar kini Malaysia mengamalkan dasar dan prinsip Keislaman, atau apakah Malaysia hanya sebuah negara Islam tapi tidak mengamalkan prinsip-prinsip Keagongan Islam itu sendiri.
Kalaulah kreteria di atas di ambil kira, maka sudah tentu UMNO dan bakal-bakal calon semua tidak layak untuk bertanding. Kita boleh lihat atau pun sebut mana ada kalangan mereka yang tidak menyalahgunakan wang rakyat? Hatta pemimpin yang jaga Puzat Zakat pun menggunakan wang himpunan itu untuk tujuan peribadi? Bagaimana pihak kerajaan sanggup melantik pemimpin yang sudah sah tidak amanah untuk memimpin sebgai contoh, YB Tajuddin pernah di hukum kerana rasuah politik wang, Isa Samad tidak dibernak bertanding dalam pemilihan UMNO kerana Rasuah, Rahim Tamby Chik bernah melakukan salah laku sex tapi semua di julang kembali dengan jawatan yang lebih tinggi.
Mohd Kamal berkata bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara Islam, pemimpin yang ada terutamanya daripada kalangan pemimpin UMNO perlu mengambil kira konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan yang diketengahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Benarkah PM Najib bergerak atas dasar kesederhanaan ? Kepimpinan Islam tidak merelakan dirinya di permaikan oleh isteri sendiri. Seperti apa yang berlaku kepada PM kita masa kini.
“Kenapa UMNO dan Barisan Nasional menang dan mampu memerintah negara untuk tempoh yang lama? Kerana kita amalkan Wasatiyyah. Kita tak melampau, angkuh dan sombong,” katanya.
No comments:
Post a Comment