VIRUS FITNAH
Masa kini, pemimpin sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri mau pun pusat sedang berpusu-pusu menghadirkan diri di PWTC, turut sama dalam perhimpunan Agung Tahunan UMNO. Para perwakilan selesa dalam dewan dan pemerhati bersila atau berlegar-legar di lobby PWTC dengan menonton TV besar mendengar sambil memerhati gelagat siaran TV dan rakan dan taulan yang mundar mandir itu.
Sepatut atau semestinya setiap perhimpunan organisasi, yang diperlukan memberikan hujah khusus berkaitan dengan masa depan organisasi, penambahbaikan, menyediakan " pembetulan " membaiki setiap kelemahan sepanjang tahun, dan seterus menyediakan perancangan strategik untuk masa depan organisasi. Yang lopak di kambus, yang rosak di baiki, yang lemah di baik pulih, yang hilang di ganti dan salah cuba di baiki.
Tapi malang bagi kepimpinan UMNO, mereka tidak menilai urusan organisasi sendiri, mereka tidak menilai kelemahan sendiri, mereka asyik menyalahkan orang lain. Mereka meletakan kelemahan mereka kepada orang lain. Dengan kata lain sudah tentu musuh politik mereka menjadi mangsa - Pakatan Rakyat ( PAS, DAP & PKR ). Puteri, Pemuda, Wanita dan Najib sendiri ucapan mereka penoh emosi dan penoh rasa " dendam " kepada pembangkang. Mereka membuat fitnah dan memaki hamun lawan politik mereka sampai ada yang sanggup mengatakan parti lawan mereka sebagai sesat. Mereka terlupa kepada musuh islam sebenar (Apco Worldwide) yang telah menyusup jauh ke dalam hati dan pemikiran mereka. Akhirnya nanti seluruh rakyat akan menerima padah kerana nasihat jahat Apco dalam urustadbir negara tercinta ini..
Lihat sahaja bagaimana sebuah keluarga yang menjawat jawatan menteri dengan mudah untuk menerima bajet hampir RM300juta untuk satu projek dan akhirnya kelulusan yang diberikan tidak ditunaikan malahan mereka menggunakan peruntukan tersebut untuk hidup mewah dan mengalihkan peruntukan untuk urus niaga yang lain.
VIRUS KAKI BODEK
Satu lagi virus yang kini sedang merosakkan UMNO ialah penglibatan kakitangan awam yang sepatutnya tidak berat sebelah dalam menangani setiap isu tapi kini rata-rata pegawai dan kakitangan awam seolah-olah sudah tidak pilihan lain selain dari memastikan " tuan " mereka sentiasa selamat.
Kita lihat dalam isu NFC - bagaimana pihak polis dengan cepat dan pantas dan terus membuat pengumuman tidak adanya unsur pecah amanah dan penyulewngan dalam isu yang dibangkitkan. Apakah peruntukan untuk menternak lembu dan peruntukan itu digunakan membeli kondo dan kereta tidak pecah amanah? apakah dengan peruntukan tersebut membeli tanah juga tidak salah dari peruntukan yang diberikan.
" Tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara" , kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar ( gambar )
"Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.
VIRUS RASUAH
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).
Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.
Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.
"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.
Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.
Insyallah lain-lain virus akan diusahakan.
No comments:
Post a Comment