Visi - SPRM
1. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah ;
2. Menjadikan SPRM agensi pencegahan rasuah bertaraf dunia.
Misi - SPRM
1. Menerajui usaha pencegahan rasuah di Malaysia ; dan
2. Menjadikan SPRM sebagai organisasi yang dinamik dan progresif melaui pembangunan kapasiti dan kapabiliti yang
berterusan.
Objektif - SPRM
1. Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara
berterusan.
Rakaman Tahniah kepada SPRM ( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ), kini pada 1 Oktober 44 tahun yang lalu ( walau pun nama sudah di tukar ganti ) tapi peranan untuk mencegah jenayah Rasuah memang di amanahkan kepada badan ini. Sebelum ini di kenali sebagai BPR ( Badan Pencegah Rasuah ). Hari ini 1 Oktober 2011 SPRM merayakan ulang tahun ke 44 dengan bangga walaupun badan ini masih gagal memainkan peranan untuk pembangunan " amanah " rakyat masih gagal.
Malaysia masih jauh ketinggalan dalam masalah intergriti, amalan rasuah masih di tangga ke 56 daripada 178 dalam indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa ( CPI ) 2010, di rantau Asia Tenggara Malaysia di gempat ke 3 selepas Singapura dan Brunei dengan memungut 4.4mata dari 10 dan berada di depan Thailand dan Indonesia dengan pungutan 3.5 ( tangga 78 ) dan 2.8 ( tangga 110 )
Mengapakah agaknya, Malaysia dengan rakyat yang majoriti Melayu dan beragama Islam masih gagal membenteras gejala salah laku ini? Mungkinkah RASUAH adalah antara kaedah yang amat berkesan kerana tanpa menanggung sebarang risiko dari segi keselamatan kerana kebanyaknya dilukan secara senyap tanpa dideahkan kepada pengetahuan awam.
Apakata pada Ulang Tahun ke 44 ini, SPRM mengarahkan program pencegahan dengan berpandukan ajaran yang termaktub dalam Alquran dan Hadith, Ayat 188 surah Al-Baqarah - bermaksud: Dan janganlah kamu makan harta ( orang lain ) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan ( berbuat ) dosa, padalah kamu mengetahui ( salahnya )
Sebahagian daripada masyarakt Islam di negara ini masih lagi tidak merasakan bahawa rasuah adalah merupakan satu kesalahan besar dan mengangap ianya tidak bersangkut paut dengna dosa terhadap Allah. Hakikatnya Allah melaknak kepada pengamal rasuah, sama ada yang memberi maupun yang menerima.
Tapi apa yang menyedihkan, walaupun keujudan SPRM dan BPR seperti kenaikan pangkat kepada agensi ini tapi peranan yang dimainkan lebih " teruk " lagi. Apa tidaknya kini kakitangan SPRM itu sendiri terlibat dengan rasuah, ada pula kes-kes yang berpipalih-pilih, ada kalangan kes yang di siasat secepat kilat ada pula kes yang di lambat-lambatkan. jadi benarkan mereka yang terlibat dengan SPRM ini dari kalangan mereka yang mempunyai nilai integriti yang tinggi? Kemudian SPRM pula memilih " bulu " kepada pelaporan yang di buat oleh masyarakat, kesannya macam mana masyarakt akan perceya dengan kerja dan tindak kerja mereka?
Apa yang terjadi dengan Setiausaha Politik - Beng Hock, apa yang terjadi dengan Pegawai Kastam Sharbaini? Kenapa siasatan di buat sehingga boleh mengambil nyawa mereka yang di siasat?
RASUAH adalah satu penyakit yang menghinggapi semua gulongan, tak kira sama ada mereka pemimpin bawahan, pertengahan malahan pucuk pimpinan, selain itu juga ianya boleh melibatkan rakyat jelata, peniaga, perusaha dan kontraktor, penjawat awam, penyebabnya adalah kerana mereka memiliki sikap tamak dan haloba seterusnya mereka juga lupa dan tidak mengindahkah dosa dan pahala dalam penghidupan harian. Malangnya mereka menganggap sumber yang di perolehi itu sama halal atau haram adalah rezeki yang mereka usahakan. disamping " melupkan " keberkatan rezeki yang diterima semasa menyara kehidupan anak dan isteri mereka.
Semperna 44 tahun SPRM, adalah disarankan agar badan ini mengembalikan kredibilitinya dalam usaha memerangani gejalan rusuah ini dengan :
1- memupuk semengat kesedaran beragama betapa besarnya dosa golongan yang terlibat dengan rasuah sehingga melayakan mereka menerima laknat daripada allah. Kesadaran betapa pentingnya rezeki melalui sumber yang halal.
2 - Penguatkuasaan undang-undang metilah dilaksanakan dengan tegas tanpa mengira siapa yang melakukan kesalahan sama ada " bilis mau pun jerung ", miskin atau kaya, berpengaruh atau gulongan biasa, pemimpin atau rakyat biasa.
3- SPRM yang sudah kehilangan kepeercayaan rakyat, mesti berusaha keras untuk kembali menyakinkan masyarakat terhadap ketelusan dan kewibawaan mereka dalam menguatkuasakan undang-undang rasuah secara tegas, adil dan saksama.
4- Masyarakat awam pula amat perlu sekali membantu dengan menghulurkan kerjasama dari sudut melaporkan setiap cubaan melakukan rasuah walau pun terpaksa menanggung risiko kehilangan untuk mendapatkan sebarang projek. Tanamkan keyakinan bahawa rezeki adalah ditentukan oleh allah, bukan pegawai atau mereka yang meminta rasuah.
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 44.
No comments:
Post a Comment