Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, August 28, 2011

UMNO - KENAPA PERLU DITINGGALKAN.

HANYA CORETAN KENANGAN ...BYE-BYE UNTUK UMNO

Zaman berubah dan masa berlalu dari seeorang anak kecil yang memang dilahirkan di kampong ini ( Kg Gajah ) menerima pendidikan awal di SK Kg. Gajah kini SK Dato Sagor, akhirnya meneruskan pelajaran ke bandar Telok Anson, yang kemudian di tukarkan ke Teluk Intan. Masa ini Sungai Perak adalah penghubung utama masyarakat dari Kampong Teluk Sareh menghilir sepanjang Sungai Perak dan terus ke Teluk Intan. Pada penghujung 70an meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan di sebuah maktab perguruan di KL. Akhirnya bergelar " guru " dan dengan kehendakNya terus bertugas di kawasan kelahiran, dengan tugasan tersebut mulalah bekenalan dengan masyarakat, permasalahan, kegiatan berbelia. berpolitik dan belajar melayari sebuah penghidupan berkeluarga. Zaman awal persekolahan pada 1959 - 1964
Saya terpanggil untuk membuat catatan yang ingin saya kongsikan kepada mereka yang setia pada perjuangan rakyat terutama mereka yang cinta dan sayangkan bangsa iaitu MELAYU. Kerana saya adalah antara manusia yang sayang dan cintakan bangsa saya Melayu . Bagi masyarakat " kampong " guru adalah pemimpin mereka, mereka masih meletakkan kaum pendidikan di puncak kepimpinan, seperti bagiamana satu ketika guru memonopoli kepimpinan dalam UMNO itu sendiri.

Sejarah kepimpinan, dari sebuah NGOs untuk kegiatan bersukan - Kelab Sukan Kg. Gajah, juga terlibat dalam pergeraskan berbelia - Persatuan belia 3 Serangkai ( kg. Bandar Lama, Kg. Jawa dan Kg. Batu Hitam ), juga menyertai parti politik - sudah pasti di awal 70an UMNO adalah pilihan utama, kerana parti lain masih belum ujud walau pun PAS ada tapi seperti tiada walau bagaimana pun setiap PRU PAS tidak pernah hilang pertaruhan, ini menunjukkan ada kekuatan untuk PAS. Pada ketika itu kepimpinan MAYC di terajui oleh Sdr. Yunus Tabie sebagai Pengerusi Daerah dan Sdr. Johari Rusi pengerusi di peringkat Negeri ( juga sebagai pengarah JPJ Perak ), Sanusi Junid pula di Pusat. Lagu 'Warisan' di dengangkan di setiap perjumpaan dan perhimpunan ianya berjaya mengalirkan mata dan dinyanyikan dengan penuh penghayatan . Cukup " rasis "nya saya ketika itu . Kebencian kepada kaum lain di sampaikan secar terselindung, ini disebakan MAYC persatuan yang di anggotai oleh 1M.

Pada masa ini Tan Sri Ramli Ngah Talib, Alllahyarham Megat Junid dan Tajuddin adalah nama-nama yang glamour dalam politik di Parlimen Pasir Salak yang asalnya parlimen Hilir Perak. Pertembongan antara Ramli dan Megat di ambil kesempatan oleh Tajuddin, dan apabila dasar kerajaan ditukarkan kepada " pengswastaan ". Pada masa ini kepimpinan dari galangan " guru " mula terhakis. Akhirnya guru hilang bagitu sahaja dari sudut kepimpinan.

Dalam pemilihan pucuk pimpinan khususnya gulongan Pemuda - Tajuddin yang pada masa itu agak " loaded " berkhidmat di " Cycle & Carrage " adalah rakan baik kepada Musa Hitam, terus menggunakan " wang " untuk memastikan kedudukan sentiasa " menang " sebagai ketua Pemuda. Tajuddin pernah berlawan dengan Allahyarham Cik Sith, Cik yahya Razak dan Sdr. Yusof kamaruddin, semua mereka kecundang dan kemenangan hanya cukup tipis kepada Tajuddin, beliau hanya mendapat majoriti tak lebih dari 10 undi.

Bergerak bersama Tajuddin memang cukup " kritikal ", kerana ketua Bahagian Ramli tidak selari dengan beliau. Sebagai Penolong setiausaha Pergerakan Pemuda pada ketika itu, memang terbalik sedikit rasa kurang senang Ramli terhadap diri penulis. Akhirnya pada 1987 UMNO di dapati pergerakan haram dan mahkamah memutuskan UMNO dibubarkan. Dan Mahathir ketika itu secekap kilat menubuhkan UMNO Baru dan Ling Liong Sik selaku Presiden MCA di amanahkan untuk memikul tanggong jawab Pengerusi BN dan merangkap Perdana Menteri yang paling singkat dan bukan Melayu pertama yang jadi PM.

Balik ke Pasir Salak, setelah UMNO pulih, pada ketika ini Ramli di lantik sebagai Pengerusi Penaja mengambil tindakan untuk menubuhakan sayap kiri dan kanan - wanita dan pemuda. Ketika inilah Ramli mengambil peluang untuk " MENTIADAKAN " Tajuddin dalam pengurusan UMNO di Pasir Salak. Semua mereka yang terlibat dengan Tajuddin semuanya dimatikan karier politik masing- terlibat sama penulis.

Memang budaya dalam UMNO " membunuh atau di bunuh " Ramli dengan kuasa sebagai pengerusi perhubungan UMNO Perak dan cukup akrab dengan Timbalan Presiden UMNO yang juga pengerusi disiplin parti Anwar Ibrahim di lobi untuk menangguhkan perjaungan politik Tajuddin dan akhirnya dengan gelaran " Six Million Dollarman " Tajuddin di gantong selama 6 tahun dari melibagkan diri dalam UMNO. Dengan itu marah Tajuddin pada DSAI sehinggalah sampai pada masa kini.

Semakin lama, di lihat UMNO telah mempergunakan semua agensi kerajaan untuk kepentingan dan " sirvival " parti. BTN - Biro Tata Negara - ditubuhkah khusus melahirkan generasi pemimpin dan memang di asuh untuk sentiasa membenci parti lawan. Kalangan mereka pula ramai dari gulongan pendidik.

Kecintaan kepada melayu mula melonggar kerana saya sedang berada dalam dunia yang sangat berbeza. Kepentingan melayu dan perjuangan melayu sebenarnya hanyalah tempelan sahaja dalan UMNO. Kecintaan kepada Melayu dan Melayu hanya tinggal kuasa menyebabkan perjuangan dalam UMNO diteruskan. Tetapi lama kelamaan dapat disaksikan UMNO mula melahirkan golongan koperat melayu yang mendominasikan parti terjadi juga di Pasir Salak. Alir perjumpaan dan tindakan sudah jauh berbeza, corak penghidupan pemimpin sudah di pengaruhi kemewahan dan perbincangan kaitan isu agenda melayu teutama membantu golongan melayu miskin dan kepentingan melayu mula pudar, yang kedengaran bagaimana untuk mengumpul harta antara rakan dan keluarga.

Dari sudut perkembangan politik, memang UMNO akan bertusan untuk memusuhi PAS, walau pun PAS pernah mengambil tindakan bersama BN - BN menyemput PAS apakala BN sudah lemah apabila sudah kukuh kembali PAS di " halau " dari kerabat. Yang banyak dibincangkan ialah bagaimana untuk terus mengekalkan kuasa bagi tujuan untuk mengalahkan PAS terutama Hj Hadi Awang . Saya didoktrinkan dengan agenda baru bahawa PAS adalah musuh nombor satu. Hingga saya lupa yang PAS juga adalah Melayu ! Setiap kali pemilihan UMNO , pertembungan sesama sendiri dalam merebut jawatan dalan parti menjadi keutamaan dan semua yang dilakukan dengan penuh kekotoran . Merasuah perwakilan , memfitnah , adu domba dan macam-macam lagi . Saya hanyut dalam situasi yang terbina dalan UMNO. BUDAYA UMNO .

Apa yang berlaku di jadikan iktibar dan pengalaman dalam kepimpinan dan bersama dengan UMNO memang tidak sepatutnya diteruskan. Siapa yang banyak duit , dialah yang bakal berkuasa . Kepimpinan UMNO bukan ditentukan kepada kualiti kepimpinan tetapi berdasarkan siapa yang berduit serta kaya. Siapa yang tidak berduit , pandai-pandai ber'gantung' pada mereka yang berduit.

Tapi dengan kehendak Allah peristiwa 1998 antara Dr. M dan DSAI telah memberikan satu " desakan " untuk tidak terus bersama-sama dengan UMNO. UMNO cukup " jijik " sudah jijik sehingga kehujung usus - kata Dr. M. UMNO telah mendera menginia, menzalimi, menindas dan memperbodohkan orang-orang melayu terutama melayu desa dan kampung , melayu felda dan felcra . Bagaimana mereka sanggup melihat orang melayu berdepan dengan pelbagai kejadian dan peristiwa . Rumah mereka dirobohkan, pampasan yang tidak setimpal , ada yang tidak ada beras untuk dimakan , mereka dihalau, hak mereka dinafikan kerana berlainan parti politik dan macam-macam lagi penindasan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO terhadap mereka.

Kini lagi menghampakan tindakan pemimpin UMNO, mereka terus mengauk harta negara untuk kepentingan sendiri, kes demi kes di lemparkan tapi tindakan langsung tidak diambil, lihat sahaha Najib dengan kapal selamnya, Rosmah dengan cincinnya, Khir Toyol dengan banglonya, Rais Yatim dengan Rogol amahnya, lihat bagaimana Najib mencurahkan kekayaan negara kepada adiknya, Bagaimana pula Tajuddin menghabiskan wang rakyat melalui Felcra, bagaimana siperasuah yang dihukum sendiri oleh UMNO seperti Isa Samad diberi peluang pula menerajui Felda, bagaimana pula mereka menyalah gunakan kuasa untuk
memilik ruang tanah di PKFZ.

Semuanya mereka hidup mewah. Slogan Melayu yang sering dilaungkan dalam perhimpunan UMNO adalah retorik semata-mata. Hanya dendangan seloka palsu sedangkan hakikatnya ialah pembohongan semata-mata. Sedangkan pimpinan UMNO disemua peringkat sibuk membincangkan tentang tender projek , hidup dalam kemewahan , makan minum di hotel dan berbelanja di gedung mewah , berlumbaa memakai jenama pakaian yang berprestij , kereta import berjenama mewah , perpoya-poya dan melalaikan .


Untuk meneruskan " survival " Melayu di bumi sendiri ajalan terbaik untuk pengkitu UMNO adalah meninggal parti yang sudah di mamah usia, sudah tidak releven, sudah penoh rasuah, kronisme, salah guna kuasa dan UMNO kini bukan lagi wadah perjuangan yang patut di sertai. Ayoh kawan dan taulan, tinggal kan UMNO serta Pakatan Rakyat untuk masa depan umat Malaysia.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA