Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, August 13, 2011

PRU OLOK-OLOK MENATUKKAN UMNO / BN


The Malaysia Insider, melaporkan BN akan "meneruskan " pemerintahan di Malaysia dan juga kemungkinan menambahkan kerusi di beberpa buah negeri yang kini diperintahkan oleh PR seperti di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Sebaliknya Perak dan N. Sembilan kedudukan walau pun " tipis " tapi dengan majoriti mudah, pemerintahan terus di tangan mereka ( UMNO & BN ). Laporan ini ada kaitan dengan piliharan olok-olok kelolaan mereka baru-baru ini.

azlanCarta sebelah jelas menunjukkan pecahan kerusi kini yang ada di Parlimen di mana PR dengan pecahan yang juga agak kritikal, kemenangan mutlak hanya 42 kerusi dan 33 pula kemengangan yang tipis. Bagi BN 107 masih memihak kepadanya, walau pun PR boleh menggugat sejumlah 30 kerusi yang mana BN menang tipis, tapi perlu diingat PR ada 33 juga kemenangan tipis.

Pada dasarnya pengembelingan tenaga untuk kedua-dua parti menjadi survival kepada kemengan mutlak. Ramai pihak memberikan hujjah di mana selepas BERSIH 2.0 peralihan pengundi untuk memihak kepada PR amat jelas sekali. tambahan pula isu yang di gembar gembur sedikit sebanyak telah dapat " menawan " hati para pengundi, isu SPR, dan isu PKFZ juga menjadi liabiliti kepada BN.


azlan



Carta ( BN marginal seats ) memperlihatkan agihan kerusi yang " sukar " untuk dipertahankan oleh UMNO / BN amat menyerlah sekali. Terdapat sejumlah 30 kerusi tersebut dan 7 lagi adalah antara mereka yang datang dari PR setgelah dinobatkan sebagai Ahli Parlimen - Untuk itu pihak perancangan strategis PR meramalkan sejumlah 21 kerusi akan berpindah kepada PR.

Tapi pihak pengurusan PR juga perlu berhati-hati di mana PR juga memiliki sejumlah 33 buah kerusi dalam keadaan yang menang tidak sehebat mana. Jangan fikirkan kerusi dari BN untuk menyeberang ke PR tapi perlu juga diberikan perhatian kerusi dalam gengaman.

Penganalisis politik Wong Ching Huat dalam seminar di Universiti Monash, Sunway hari ini, berpendapat gerakan BERSIH 2.0 berjaya mengalihkan sokongan pengundi dan amat yakin dengan kerusi marginal sejumlah 55 buat beralih ke PR. 55 buah kerusi ini terdiri peningkatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya.

Bagaimana pula kedudukan di negeri-negeri kita ambil contoh: Perak kepimpinan UMNO / BN masih tercari-cari apakah formula yang perlu digunakan untuk mengambil alih secara sah kerajaan yang memerintah. Zambry amat merisaui selepas undian olok-olok tersebut UMNO hanya mampu untuk memenangi 27 dari 59 kerusi. Bagi komponan pula hanya MCA yang dapat menyumbang 1 kerusi menjadikan 28 berbanding 31 untuk PR. Selain dari Perak, Negeri 9 juga mengalamai nasib yang sama tambahan pula Dato Hassan yang kini sebagai MB tidak akan dicalonkan lagi. Kini hanya berbekalkan 21 dari 36 kerusi sudah tentu UMNO / BN dalam keadaan tertekan.

Bagi negeri-negeri lain seperti Johor, ianya akan dikejutkan dalam PRU13 nanti dalam kesan piliharan raya tersebut juga menunjukkan tanda-tanda Johor akan kehilangan sehingga 15 buah kerusi yang kini hanya 6. Walaupun kecil dengan memilik 15 kerusi tapi dengan adanya isu Wahabi, Pelis juga akan di langgar tsunami, mungkin PR dapat mengurangkan majoriti atau pun mungkin boleh terus mengambil alih kerajaan negeri.

Pilihanraya olok-olok ini sudah pasti memberikan satu tamparan kepada Najib, apakah Najib sudah besedian untuk mengadakan PRU13, ramai kalangan " incumbant " wakil rakyat tidak akan memberikan kerjasama dalam PRU13 nanti jika nama mereka di gugurkan, sedangkan untuk memastikan kemenangan muka-muka lama perlu ditukarkan.

Bayan Baru " Kerajaan PR di Pulau Pinang memberikan kesan buruk pentadbiran tapi untuk mengantikan pula dengan Koh Ksu Koon lebih memburukkan lagi pentadbiran negeri "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA