Dapatan dari beberapa individu kaitan dengan isu keputusan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara dan kegiatan sedemikian adalah di larang menurut hukum syarak.
Apakah kata mereka:
Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri) berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.
Turut menyokong tindakan itu adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, "Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di Kota Bharu hari ini.
Saya Dr. Mohd. Asri Zaniul Abidin ( gambar ) amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.
Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;
Apa pula komen ( Zahid ) yang juga Pengerusi Perhubungan kaitan dangan itu tersebut: Saya sendiri sudah menunaikan haji. Semasa di Madinah saya berdiri diluar pintu Masjid Nabawi sebelum waktu subuh , menunggu pintu nasjid dibuka. Sebaik saja pintu dibuka jemaah berpusu-pusu masuk untuk merebut tempat mustajab. Dua jam sebelum azan pertama dikemundangkan tidak ada pun bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang dibaca melalui pembesar suara. Itu tempat dimana 100% penduduknya Islam. Apakah Zahid solat subuh disana dalam keadaan masbok ?
Begitu juga di Mekah. Maktab saya yang paling hampir dengan Masjidil Haram. Tidak ada pun kedengaran bacaan Al Quran sebelum masuk waktu subuh dengan menggunakan pembesar suara.
Maknanya di Malaysia amalan yang tidak dibuat oleh Nabi Muhammad Islam pandai2 diadakan oleh AJK Masjid dan Surau. Keindahan Islam sebagai agama yang toleransi kepada masyarakat lain musnah disebabkan kebodohan ini. Yang anehnya bukannya bacaan itu dibaca secara life. Hanya kaset. Waktu itu mungkin ada 2 atau 3 orang di masjid. Pasang kaset mereka pun duduk bersembang.
No comments:
Post a Comment