Muktahir ini dunia politik Malaysia di warnai dengan isu bagaimana Najib PM ke 6 sedang dalam proses untuk tidak lagi menjadi PM Malaysia, dan beliau perlu di gantikan secepat yang mungkin. Sudah banyak isu yang dimainkan oleh semua pihak bukan setakat pembangkang, malahan dari gelanggang UMNO itu sendiri.
GAGASAN 1 MALAYSIA
GAGASAN 1 MALAYSIA
Apakah benar kini, 1M agenda Najib untuk memastikan rakyat terus memberikan sokongan kepada beliau telah makan diri beliau sendiri? apakah 1M juga telah memberikan satu impak buruk kepada Najib. Benarkah juga 1M ini adalah usaha yang di bina dan dilaksanakan oleh Isreal. Melalui APCO. Tapi apa yang sudah pasti YB sdr. Anwar telah pun di gantung tugas sebagai ahli Parlimen selama 6 bulan.
Pertelingkah kedua meraka PM dan TPM telah dapat di rasai, terutama satu persoalan yang di bangkit oleh Mahasiswa semasa Najib Merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar di Kuala Lumpur baru-baru ini. Persoalan " Melayu Dahulu, Malaysia Kemudian " cetusan TPM, yang lebih mementing Melayu telah berjaya memerangkap Najib. PM gagal untuk memberikan penjelasan yang dibangkitkan dan juga memperlihatkan gagasan pemikiran yang jelas gagal mengatasai persoalan yang diajukan.
Pergeseran antara kedua pemimpin ini lebih ketara lagi apabila konsep 1M yang menyamaratakan rakyat keseluruhan tapi ianya tidak pada Muhyiddin, TMP ini masih berfokuskan kepada keutamaan kepada Melayu. Ketuanan Melayu perlu diberikan kedudukan istemewa di bumi Melayu ini. Kenyataan Muhyiddin itu dilihat umum cukup jelas memberikan gambaran bahawa Gagasan 1M akan merugikan Melayu tambahan pula dalam diam-diam mereka menerima pakai " pertuduhan " DSAI yang konsep 1M ini adalah sesalinan dan ciptaan firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide.
BERSIH 2.0
Dalam persidangan kepimpinan mahasiswa juga PM memberikan penjelasan perhimpunan di benarkan sebagai mana yang di persetujui oleh pihak istana negara dan kerajaan membenarkan untuk diadakan di stadium shah Alam. Tembelang Najib terbongkar lagi, malahan beliau sanggup berbohong kepada rakyat. Jawapan beliau ini ditemplak oleh Pengerusi BERSIH 2.0 Dato Ambiga. Para mahasiswa mengganpakan seperti kata bidalan Melayu " Lidah Bercabang. "

LAHIRNYA AMANAH & PENAWAR
Kedua-dua NGOs ini diketuai oleh kepimpinan UMNO dulu, dan jelas bagi kedua-duanya kerosakan sistem ekonomi negara terletak di tangan Najib & Rosmah.
Amanah - pimpinan Ku Li, jelas hala tujunya mirip kepada apa yang diperjuangkan oleh PR, memasyarakatkan ekonomi negara, malahan kumpulan ini juga meluahkan betapa projek boros telah dilaksanakan di zaman ini. Jelas Kadir Sheikh Fadhil - sepatutnya projek bernilai ribuan tapi boleh digandakan ke jutaan.
Penawar - pimpinan Aziz Shamsuddin memang dikenali sebagai setiausaha mahathir, juga turut menyenaraikan sebilangan besar bekas kepimpinan UMNO untuk memastikan Najib menjawat jawatan PM yang terpendek diantara ke enam-enam PM Malaysia yang ada kini. Malahan Penawar amat merisaui jika Najib tidak berundur segera mungkin UMNO juga akan turut pupus di bumi Malaysia ini.
KEWUJUDAN POLITIK BARU
Politik baru ialah politik di mana rakyat adalah tuan atau 'boss' kepada kerajaan bukan kerajaan yang berkuasa sepenuhnya kepada rakyat. Apa yang berlaku selama ini rakyat begitu takut kepada kerajaan sehingga apa sahaja program dan rancangan kerajaan semuanya dikira bagus dan tidak mendapat tentangan dari rakyat. Tapi tidak kini, rakyat mula memahami konsep Negara Berpelembagaan, Sistem Demokrasi. Perubahan sikap dan daya fikir terceut dengan adanya BERSIH 1.0 lagi. Rakyat sudah tidak takut walaupun diugut, diancam dan disekat dengan pelbagai cara oleh kerajaan dan pencacai kerajaan, rakyat tetap keluar menuntut hak supaya pilihanraya Malaysia dijalankan secara telus, adil dan professional. 9 Julai baru-baru ini menjadi bukti terbaru bahawa Politik Baru kian diterima.
Di harapkan Rakyat Malaysia terus menyemarakkan lagi kesedaran tentang kepentingan Politik Baru yang tidak mengenal perkauman, agama dan bangsa. Apa yang penting kerajaan dan pemimpin yang memerintah mestilah meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai asas kepada pemerintahan mereka.
MAHATHIR & MUHYIDDIN
Gandingan 2M ini ( dulu Mahathir & Musa ) memang di sedari kini memainkan peranan untuk memastikan Muhyiddin dapat mengambil alih secepat yang mungkin, dan ianya dapat memudahkan Mukhriz bergerak cepat untuk ke kedudukan no. 2 dan sebaiknya semasa hayat bapanya masih ada.
Akhirnya Najib kini memang cukup tertekan, beliau " dipukul " dari luar dan dalam. Apakah UMNO sudah kehilangn punca dengan slogan 1M atau pun memang 1M adalah punca berakhirnya riwayat hidup UMNO itu sendiri. Kita lihat sejauh mana Najib dapat mempertahankan diri dan seterusnya memagang jawatan PM itu nanti.

No comments:
Post a Comment