Beberapa aktiviti di Bulan Ramadhan.
Kita ambil contoh aktiviti " TADARUS AL-QURAN " sepanjang Ramadhan, dengan itu kita muslimin akan dapat mengingat kembali sejarah penurunan, inti pati pengajaran dari Alquran dan ianya adalah mukjizat yang diturunkan melalui perantaraan Jibrail a.s kepada nabi Muhammad saw - dan mereka yang membaca dari Surat Al-Fatihah hinggan ke surah An- Nas akan di kira sebagai ibadat. Kitab umat Islam ini di turunkan dalam 2 peringkat di mana pada asalnya pada 17 Ramadhan ianya diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah secara sekali gus kemudia ianya diturunkan selama 23 tahun mengikut ketetapan dan perintah allah kepada Muhammad Rasullullah.
Alquran adalah mukjizat yang maha agung yang dipeturunkan oleh Allah untuk umatnya tapi berapa ramai kalangan umatnya yang menyederai kehebatanya, bahasanya, keindahan ayatnya serta keunggulan isi kandunganya dengan kekuatan tersebut Al quran tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kitab yang lain.
Tapi apakah kini umat Islam mengambil iktibar dari pengisian yang ada pada Alquran? Umat Islam sudah tidak lagi mengiktiraf kehebatan Alquran - tidak mahu membaca dan mendengarkanya, tidak beriman dengan ajarannya, tidak mengkaji dan memahami kehendaknya, tidak membenarkan / mengezahkan isi kadungannya, tidak mengamalkan ajarannya dan kini jelas umat Islam sudat jauh berpaling dari Alquran.
Kegagalan tersebut menyebabkan Umat Islam seperti " anak ayam kehilangan ibu " , sudah tidak ada tempat untuk mengadu, semasa Islam tidak sehaluan, sebaliknya negara Islam yang kaya raya " terpaksa " mengadu dan memohon pertolongan dari negara-negara musuh, negara barat. Hanya pertolongan Al quran sahaja yang dapat mengembalikan maruah orang-orang Islam mendatang.
Kejayaan dan kecemerlangan ini terbukti di mana para sahabat telah menjadikan Alquran sebagai " pegangan " Generasi zaman sahabat ini telah membawa panji-panji kebenaran Islam dan seterusnya di kecapi oleh umat terkemudian, mereka juga berjaya membebaskan manusia daripada perhampaan sesama makhluk, berjaya mengeluarkan segala bentuk penindasan dan kezalimana sistem ciptaan mansuia kepada keadilan Islam.
Tapi bagi Negara Kita - ungkapan manis, seperti " sentiasa " berpegang teguhlah kepada ajaran alquran dan tidak meninggalkannya, kita juga sering mengajak manusia kembali kepada al-quran. namun kita masih melihat pelbagai tindakan yang bercanggah dengan alquran terus di praktikan. Kita seringkali memutuskan sesuatu berpandukan kitab ini dan kemudianya mencari dalil keharusannya di dalam Alquran. dalam urusan kehidupan seharian selain persoalan ibadat, kita sering kali tidak bertanya apa kata Alquran seolah urusan kehidupan tidak ada kena mengena dengan al-quran. Kita mengatakan bahawa isi kandungan alQuran adalah yang terbaik tetapi kita masih memilih untuk melaksankan peraturan yang bercanggah dengan alquran.
Untuk itu, sepanjang Ramadhan ini atau di lain Ramadhan adalah peluang terbaik untuk kita mengelakkan diri daripada tergolong dalam kalangan mereka yang meninggalkan Alquran. Apa yang penting kita mesti memastikan adanya peningaktan di seiap Ramdhan yang kita lalui dan kita tinggalkan.
- Daripada seorang yang gemar mendengar orang membaca
KE berminat untuk membaca dengan penoh rasa keimanan.
- Daripada yang hanya membaca KE mampu memahami dan mengkaji
isi kandungan yang tercatat di dalamnya.
- Daripada memahami KE membenarkannya.
- Daripada membenarkan KE mengamal dan mengutamakan
daripada segala yang lain daripadanya.
TAPI AWAS, JIKA KITA MASIH MEMANDANG SERONG APATAH LAGI MENENTNAG AJARAN AL-QURAN MAKA RAMADHAN SEBENARNYA MEMANG BUKAN UNTUK KITA, MAKA BERSEDIALAH KITA UNTUK MENERIMA PEMBALASAN DARI ALLAH SWT.
Idea asal - khutbah Jumaat 19 Ramdhan.
No comments:
Post a Comment