Kini sah siapa yang MENDERHAKA kepada Agong, pertubuhan mana yang haram, pemimpin mana yang " bingong "
Tindakan pantas BERSIH mohon mengadap dan diperkenankan oleh Agong untuk mengadap mengesahkan pertubuhan ini HALAL dan sudah tentu ianya memberkan satu " penghinaan " khusus kepada menteri KDN serta kepimpinan UMNO / BN. Agaknya apa komen PERKASA. Turut sama di majlis tersebut selain Pengerusinya, S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin. Kalau gitu Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussien melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) perlu menarik balik " pengharaman " tersebut, kalau tidak sudah tentu Hisyamuddin juga " menderhaka " kepada Agong.
Tahniah Tuanku Mizan, Yang dipertuan Agong. Tuanku telah mengesahkan BERSIH adalah bersih dan halal untuk melakukan tuntutan demi kepentingan dan keadilan kepada rakyat.
APA NASIHAT AGONG: Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Najib bercakap pada sidang media di pejabatnya, yang diadakan untuk menjawab perkembangan terbaru berkaitan dengan isu Himpunan Bersih.
" Bila saya jumpa Agong adalah hak saya dan sebagai perdana menteri, saya ketua penasihat kepada Agong, " katanya. Jadi kesimpulannya apa kata Najib itulah kata Agong.
Makin hampir 9 Julai, semakin menjadi-jadi tindakan polis kepada orang ramai, selain dari mengganggu lalu lintas, yang amat mengecewakan pengguna lebuh raya, jalan-jalan utama terutama waktu pagi kerana ramai kalangan kakitangan kerajaan untuk mereka ke pejabat.

Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan. Kesesakan bagini bukan setakat di Ibu Negara, tapi boleh di katakan kebanyakan laluan, apa yang dicari hanyalah sehelai baju T berwarna kuning, nampaknya warna hijau kini sudah di lupkan dan kuning pula mengambil tempat.
Antara yang paling menonjol semasa demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.
“Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

Latihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.
Apakah benar, dengan BERSIH ini satu malapetaka untuk Malaysia, benarkan mereka yang berpakaian KUNING hadir ke KL dengan senjata, adakah mereka datang untuk menyerang. Kalau diperhatikan kehadiran dan percangan yang ingin dilaungkan oleh BERSIH ialah bagaimana SPR perlu membersihkan diri untuk pengurusan piliharaya yang adil.
Polis menjumpai peralatan yang di luar jangkaan, apakah benar senjata ini dari pihak BERSIH atau senjata yang sengaja di ada-adakan oleh pihak polis, kerana kita masih ingat peristiwa rompakan senjata di Grik tempoh hari. Gambar-gambar yang disertakan nampaknya persiapan yang di jalankan oleh pihak keselamatan amat rapi sekali. Atau apakah ini satu lagi provokasi untuk orang kampong kaitan dengan BERSIH? Hanya jauhari sahaja yang mengenali intan permata.
Tindakan polis dengan kayu belantan, dengan pancutan air, dengan lontaran pemedih mata serta juga dengan gertak dari FRU sudah tentu menyebabkan mereka yang berhimpun secara aman menjadi huruhara. Apakah benar mereka perosak bangsa, tapi bagaimana dengan sebelah pihak yang mengadakan perhimpunan yang sama? Kenapa perlu ada dwi standard dalam pengurusan pentadbiran negara?

No comments:
Post a Comment