Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, July 25, 2011

PERKASA, BERSIH, AMANAH DAN UMNO / BN


Apakah kini sudah ada kalangan " orang UMNO " beranggapan UMNO sudah pun berada di penghujung jalan? dan ianya memerlukan khidmat bakti dari rakan-rakan senior, rakan-rakan yang sudah pencen, rakan-rakan yang juga sudah menyeberangi titian, juga mungkin yang sudah membakar jambatan saliturahim, mungkin juga agaknya penubuhan AMANAH idea Tengku Razaleigh ( gambar ) ini cuba meyakinkan rakyat yang UMNO itu masih boleh di berikan set " panadol " untuk di terima semula.

Tahniah dan penghargaan khusus kepada BERSIH dan Gagasan Pakatan Rakyat ( PR ) yang berjaya memberikan satu titik mula memastikan kerajaan UMNO / BN di tiadakan di Malaysia selepas PRU 13 nanti.

Kalau kita perhatikan apa yang di cita-cita dan mungkin diperjuangkan oleh AMANAH juga sama dengan hasrat BERSIH, BERSIH mengharapkan seluruh agensi kerajaan dapat melaksanakan tugasan tanpa di bayangi oleh politik, terutama SPR, SPRM, PDRM, berkhidmatlah dengan bersih, tanpa ada kegiatan yang membelakangi perlembagaan, sebagai contoh di SPR, adanya aktiviti mengimport orang luar menjadi pengundi, pemberian KP cara muda kepada pendatang, ada orang yang sudah mati menjadi dan hadir ke pusat mengundi untuk mengundi. Perhimpunan yang di lancarkan oleh BERSIH pada 9 Julai juga bercita-cita untuk menunjukkan secara tulus, berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercintai kini.

" Seluruh Warga Malaysia harus berfikiran terbuka dan sanggup menyatakan yang benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita. Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah. Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan " Kata T. Razaliegh di majlis pelancaran AMANAH.

Pokoknya apakah ada berbezaan dengan apa yang di bawa oleh Pakatan Rakyat?, kepimpinan PR telah lama menyedari sejak zaman Mahathir lagi. Tapi ianya dapat tetangan oleh mereka yang berkiblat kepada UMNO termasuk juga T. Razaleigh sendiri.

Malaysia memang menjadi " model " kepada dunia dalam pelaksanaan kehidupan masyarakat majmuk, kemampuan dan kepakaran dalam hal ini amat mengkagumkan. Tapi sejak akhir-akhir ini sudah kelihatan adanya adu dumba dan plagiat antara kaum, memanipulasi politik dari pihak tertentu untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan minoriti yang berkepentingan. Hari ini semangat " kekitaan " ini sudah mula luput, setiap bangsa mementingkan perjuangan bangsanya, ini dapat disaksikan sedang berlaku setiap hari - tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini.

Pemerintah kini seolah-olah mendabik dada dalam pemerintahan, tidak boleh ditegor, sedangkan masyarakat melihat keadaan yang berlaku kini amat merunsingkan, iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada kalanya kepimpinan itu sendiri sengaja merosakkan institusi-instituri perpaduan hanya semata-mata untuk kepentingan mereka.

Tapi dalam erti kata lain, kebongkakan kepimpinan bukan kerana mereka inginkan kebongkakan, tapi kerana mereka mendapat sokongan dari pihak-pihak tertentu, lihat sahaja badan-badan seperti Institusi Istana, Agensi Kerajaan, NGOs seperti PERKASA, Gabuangan badan Belia semuanya memberikan sokongan kepada mereka. Yang menyedihkan lagi lagi kalangan bijak pandai agama, mereka juga turut membisu seribu bahasa. Mana ada kalangan ahli UMNO yang bersedia " mengugut " PM kaitan dengan kes gadis Monggloia, mana ada ahli UMNO yang memaksa menteri Penerangan kaitan dengan kes merogol orang kajinya? mereka sekadar membuat penafian " Saya tak kenal gadis itu, Saya tak buat kerja terkutuk itu " penafian sabagini mudah pula amat diterima oleh pengitu yang setia membuta tuli.

Tapi apa kata kalau ada kes berkaitan dengan pihak pembangkang terutama Anwar Ibrahim, secepat kilat mereka membuat kenyataan, secekap kilat TV memainkan peranan. Semua agensi yang ada kaitan bergerak pantas untuk membuat pendedahan dan sebagainya.

Sudah sememang dan sepatutnya AMANAH dengan berprinsipkan "Kami mahukan kebenaran, tidak paparan kepalsuan dan penipuan" Kepimpinan masa kini perlu memikirkan masa depan anak-anak yang akan dewasa di mana mereka perlu bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan-kumpulan sosial berkepentingan sendiri.

Kini jelas peranan yang dimainkan oleh PKR dan pembentukan PR ( Pakatan Rakyat ) Gagasan PKR, DAP dan PAS dalam usaha memupuk " saliturahim " kalangan masyarakat, memupuk semangat setiap kawan dari semua komponan rakyat tak kira kaum, agama dan adat kepercayaan. Duduk sama berbincang untuk kepentingan " Rakyat " Tapi Pemerintah kini perlu peka dan saling faham memahami keperluan dan kehendak rakan senegara. Ini juga jelas di muatkan dalam RUKUN NEGARA, masing-masing keturunan mempunyai hak masing-masing dalam negara ini. Penghidupan sepanjang masa perlu mengikut kata pepatah, " seperti aur dengan tebing " saling bantu membantu, keikhlasan dan kejujuran amatg perlu di pertontonkan.

Penubuhan AMANAH ini sudah pasti akan memberikan satu lagi tekanan kepada pemerintah, dan mereka perlu melihat sendiri apakah masih releven lagi pemerintahan cara mereka atau mereka perlu menamatkan cara pemerintahan tersebut. Tapi kepada AMANAH juga sebagai peringatan janganlah pula akhirnya menjadi seperti PERKASA di mana kempimpinannya memerlukan talian hayat untuk terus memimpin.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA