KUALA TERENGGANU, 1 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa badan bukan kerajaan (NGO) berperanan sebagai pengkritik yang membina, sama ada terhadap kerajaan mahupun pembangkang.
Apakata GM: Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada DSD Ahmad Zahid atas kesedaran dan kesedian untuk menerima kritikan, memang sepatutnya sebagai seorang pemimpin ada daya ketahanan untuk menerima kritikan. Saranan beliau patut di berikan perhatian.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata jika kerajaan atau pembangkang melakukan kesalahan, NGO perlu menegur sebagai pertubuhan yang memberi kritikan bagi memperkasakan, dan bukan merosakkan.
Apakata GM: Memang itulah peranan NGO, sama ada NGO parti pemerintah atau pembangkang, menegur dan memastikan kestablian negara sentiasa terjamin dan selamat. Tapi apakah tutur kata ini hanya mainan bibir atau untuk ucapan politik sahaja. Rasanyha dah banyak kali NGO khusus dari pembangkang memberikan padangan tapi tidak di layan. Contoh BERSIH 1 yang inginkan kebersihan dalam PRU tapi hasilnya tidak ada, bagitu juga dengan isu rasuah, kronisma, nampaknya tidakan tidak diambil. Contoh pembangunan Kampong Baru di KL, pemastautin tidak berminat tapi akhirnya kerajaan menggunakan kausa untuk meneruskan cita-cita tersebut.
DSD AZH “NGO perlu memainkan peranan bersesuaian dengan keadaan, kita bukan merdeka dengan buluh runcing atau pemberontakan atau demokrasi jalanan, seperti yang kita tahu berlaku di negara jiran. “Kalau niat nak ubah kerajaan, kena melalui peti undi dan parti politik,” katanya selepas merasmikan Forum Peranan NGO Dalam Menghadapi Isu-Isu Semasa dan Membentuk Masa Depan Negara di sini hari ini.
Apakata GM: Bersih hanya membuat tuntutan ke arah pilihan raya yang lebih bersih dan lebih adil bagi parti-parti politik. Tuntutan yang sepatutnya dapat diterima oleh semua pihak. Supaya pertandingan berlangsung di atas padang yang sama rata, pengadil tidak berat sebelah. Itu sahaja. Isu yand dibawah oleh BERSIH 1 ialah:
1. Penghapusan Undi Pos
2. Pembersihan Daftar Pemilih
3. Akses Yang Adil Terhadap Media
4. Penggunaan Dakwat Hitam
Tapi apakah cita-cita dan hasrat BERSIH 1 di ambil kira oleh pihak SPR dan kerajaan? Tidak Kini ujud pula BERSIH 2 pula menambah beberapa tuntutan bagi penambahbaikan kepada perjalanan pilihan raya. Antara tuntutan tambahan tersebut adalah:
1. Masa berkempen minima 21 hari
2. Kukuhkan institusi awam
3. Hentikan rasuah
4. Hentikan politik kotor
Kesemua 8 tuntutan tersebut tidak ada pun cadangan BERSIH untuk menukarkan kerajaan, yang di pohon ialah kebersihan dalam pengurusan PRU. Baru-baru ini SPR mengakui ujudnya pengundi di alamat yang sama dengan jumlah yang ramai. Malahan pihak urusetia BERSIH memohon jasa baik PDRM untuk memikirkan laluan yang lebih selamat dan tenteram untuk perarakan tersebut. Juga tidak dilayan.
DSD AZH; Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Anggota Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan bertindak sebagai ahli panel forum itu.
Apakah GM: Lihat sendiri bagaimana pula pihak berkuasa khususnya PDRM melayani NGO pembangkang. Apakah ada kesamarataan terhadapnya? Hinggakan kini Pakaian Kuning pundi haramkan oleh KDN, perhimpunan NGO pemerintah pula mendapat kawalan dari pihak PDRM tidak sebaliknya untuk pembangkang .
Kalau kita lihat penal Foram tersebut juga, bukan untuk mencari dan menambahkan kebaikan dalam urus tadbir negara, malah ingin mencari dan melebarkan lagi rasa dendam terhadap orang tertentu di pihak pembangkang, kenapa pula foram sabagini tidak ada wakil dari pihak NGO pembangkang. Apakah benar ada keikhlasan di sini?
Kenapa kepimpinan UMNO terus ingin " memperbodohkan " dan seolah-olah rakyat sudah tidak boleh berfikir yang mana betul dan yang salah. DSD Ahmad Zahid bawalah bertobat, ingatkan diri kerana kita tidak selama-lamanya di dunia dan kita akan di hisab di akhirat nanti. gunakan lah pembelajaran di sekolah Izzuddin untuk kepentingan dan kebaikan orang ramai.
Berita Bertarikh 1 July 2011 Pada 7:31 PM
No comments:
Post a Comment