Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, July 4, 2011

APA NAK DIKATA KAN LAGI - PENGESAHAN DI BUAT

KUALA LUMPUR, – Tidak mengejutkan jika pemimpin-pemimpin Barisan Nasional cuba membohongi rakyat dengan mendakwa Bersih 2.0 adalah alat Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan.

Tetapi amat mengejutkan apabila dakwaan seperti itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang kini dengan jelas mendedahkan bahawa SPR bukan sebuah badan yang bebas

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata kenyataan Wan Ahmad telah mendedahkan tembelang SPR yang tidak bebas, tidak adil dan tidak berwibawa serta melanggar peranannya yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, tembelang Wan Ahmad dan SPR kini menjadi bukti jelas melalui kecaman terhadap Bersih 2.0 dalam forum “Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?” anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO di sini semalam.

Laporan media memetika Wan Ahmad sebagai Pakatan Rakyat mula risau dengan kebangkitan BN yang telah menang dalam beberapa pilihan raya kecil tahun lalu, dan dengan itu Pakatan akan menggunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Wan Ahmad juga dipetik sebagai berkata: “BN sudah mula menang… (saya rasa) mereka sudah mula risau, trend (kemenangan dalam pilihan raya) sudah berubah (memihak kepada BN).”

Sikap berat sebelah SPR yang dilihat menyokong UMNO dan BN telah menyebabkan Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenavasan perlu meneruskan dengan usaha mengadakan perhimpunan secara aman bagi menuntut pilihan raya bebas, adil dan bersih pada 9 Julai ini.

Menurut Kit Siang, jika SPR benar-benar bebas, semua pesuruhjaya SPR perlu mengadakan mesyuarat tergempar untuk mendesak Wan Ahmad meletak jawatan kerana telah berpihak kepada UMNO dan BN.

“Jika ini tidak dilakukan, kenyataan Wan Ahmad hanya mengesahkan apa yang memnag terbuku dalam fikiran rakyat – SPR hanyalah alat BN, menjadi orang suruhan BN dan bukannya melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan bagi mengadakan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata kenyataan Wan Ahmad yang tidak bertanggungjawab itu menunjukkan watak sebenar beliau yang selama ini menjadi alat kepada UMNO dan sistem politik negara yang rosak.

“Kenyataan sebegini tidak mengambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas,” katanya.

Beliau mahu Wan Ahmad menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR.

“Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik UMNO dan menyertai pilihan raya umum ke-13,” tambah beliau. –

ehsan : Roketkini.com

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA