Rakyat di Malaysia melalui penghidupan yang penoh dengan panca roba, sudah lebih separuh abad memerintah, keujudan berbezaan antara pemimpin dan dengan rakyat amat ketara sekali, kemewahan penghidupan cukup ketara. Apakah corak kepimpinan di negara ini pemimpin bukankah pemimpin itu menjadi pelindung dan berusasha untuk membantu rakyat dalam penghidupan harian mereka.
Apakah ada realiti " rakyat diutama di dahalukan, pencapaian diutamakan " lihatlah beza rumah antara pemimpin dan mereka yang dipimpin.
" pemimpin berjiwa rakyat " hanyalah satu slogan untuk para pemimpin sahaja, sebaliknya mereka hidup dalam kemewahan dan sentiasa menggunakan rakyat untuk kepentingan harian mereka. Walaupun kediaman ku tidak terbela, makan ku tidak di jaga, anak-anakku tidak ke sekolah penghidupan harianku " sentiasa " susah tapi itu diri ini tetap " dulu, kini selama-lamanya " Kemiskinan memang lumrah dunia, tapi apakah keluarga kami terus demikian sedangkan ada gulongan yang penghidupannya cukup mewah, di manakah keadilan dan rasa timbang rasa pemimpin yang ada, Ya Allah berikan petunjuk kepada hamba mu ini untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Amin. |
Dari sudut pemandangan memang cantik kawasan ini, ianya belatar belakangkan sebuah sungai dengan timbuhyang yang menghijau. Mata puas memandang, tapi hati di dalam siapa yang tahu, Hanya anak kecil yang dapat berjinak dengan se ekor ajam belaan. Keadaan satu keluarga di sebuah negeri di bawah pemerintahan sebuah kerajaan yang berslogankan " rakyat di dahulukan & pencapaian diutamanakan " Ini adalah salah sebuah rumah kecil milik seorang pemimpin, penat lelah mereka memimpin dan " memperbodohkan " rakyat di balas dengan timbunan harta yang cukup lumayan. Hidup mereka cukup mewah, Apakah benar mereka mempunyai wang yang cukup banyak untuk membina sebuah " mahligai ?" Mungkin " teratak " ini pernah menjadi isu tapi apakah kesudahan isu tersebut.? |
Sesekali mereka berkunjung dan membawa beras, sadin, gula, kopi untuk digunakkan sepanjang 5 tahun akan datang. Mereka datang memohon simpati untuk dipilih semula sebagai pemimpin. |
bagi kami anak-anak kecil apa yang ada itulah yang digunakan, redha apa saja pemberian Allah, tapi apakah masa depan kami terus sedemikian rupa? apakah masih ada sinar untuk hidup " Mewah " satu masa nanti? |
Kami adalah bakal pemimpin satu hari nanti, doakan, jika dengan kehendanya kami jadi pemimpin apakah kami juga mengamal korup, pecah amanah, sentiasa bersuka ria mengamalkan salah guna kuasa, lupa daratan? semoga Allah menjauhi sikap dan buruk laku tersebut. |
Rumah kami sudah tidak lagi di daratan, kerana sudah tidak ada tanah kosong untuk kami dirikan rumah, tebingan sungai adalah rumah penginapan kami. |
Selesa dengan " banglo " sabagini, dan bagaimanakah agaknya jika kami dapat tinggal disebuah rumah besar, cukup dengan semua kemudahan, apakah kami akan " mati " dengan keadaan tersebut? |
Di semenanjung mungkin tidak kelihatan seperti ini, tapi di Malaysia Timur penginapan seperti ini adalah perkara biasa, masih adakah mentari untuk hidup lebih selesa? |
No comments:
Post a Comment