Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, May 8, 2011

PEMBANGKANG MELUTUT DI TEPI GANTANG

Gabungan 3 parti induk yang ada di Malaysia ( DAP, PAS & PKR ) telah memberikan satu impak yang sungguh tidak diduga olen BN, khususnya UMNO, keujudan rasmi gabungan ini adalah selepas PRU12 dimana 5 - 1 negeri pimpinan BN jatuh tersungkur ke tangan PR ( Kelantan, dan yang baru Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan 11 bulan untuk negeri Perak ), dengan itu juga undi popular kepada PR juga cukup memberansangkan, dan yang terakhir di Sarawak, PR dapat menambah kerusi dari 7 ke 16 ( 15 PR 1 Bebas )

Tapi bagaimana pihak kerajaan melayan parti pembangkang, apakah sebenarnya kerajaan mengikut apa kah perlembagaan dalam menangani " pembangkang ", bukan keujudan pembangkang di negara ini di luluskan oleh perlembagaan, tapi kenapa kezaliman demi kezaliman telah di tunjukkan oleh kerajaan terhadap pembangkang.

"Saya tidak mahu ada masalah dengan dia (Polis) sebab dia pon terima arahan. Jadi saya nak elak kerana kalau saya berkeras, yang susah ialah rakyat. Tapi ini tak bermakna saya setuju. Sistem ini zalim. Ini jelas. Tak ada sebab. Kita minta tempat, markas PAS semua tak boleh," kata Anwar.

Tindakan Kerajaan bawah pimpinan UMNO ini jelas tidak memberikan peluang kepada pembangkang dan nasib mereka tidak selalunya bernasib baik, bahkan sering menjadi mangsa sang penguasa disaat mereka terdesak. Bertanding disebuah medan yang tidak rata serta pengadil yang memihak menjadi lumrah bagi parti politik pembangkang.

Lihat saja bagaimana PDRM bertindak kepada program pembangkang, dan kini PDRM pula sudah bertindak menjadi salah satu institusi yang berkerja untuk memastikan UMNO dalam keadaan selesa. Dilaporkan bagaimana pihak PDRM memberi ceramah kaitan dengan salah laku DSAI, mereka menghukum sebelum hukuman disabitkan oleh mahmakah, mereka juga mengadakan aktiviti untuk UMNO.

Bagaimana SPR, SPRM, Badan Kehakiman bak kata semua institusi kerajaan telah tidak bertindak mengikut perlembagaan sebaliknya mengikut saja telunjuk yang diarahkan oleh pihak perkuasa kerajaan.

Merujuk kepada situasi Selangor saat ini, sebaik tamat PRU-12, Nasib ( kerajaan PR ) tidak banyak berubah. Bahkan jika diteliti,nasib kerajaan PR bertambah celaka. Kita dapat lihat bagaimana Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor - Najib melaksanakan program untuk merampas kembali, kita boleh lihat beberapa kes yang menimpa kerajaan PR Selangor layanan didalam sistem perundangan tidak jauh bezanya,malah adakalanya lebih buruk situasinya. Kes Ong Beng Hock, Kes Rumah Ibadah, kes daging korban.

Tragedi rampasan kuasa di Perak, kes salah laku YB yang sepatutnya dan perlu di adakan PRK semua diselamatkan oleh badan Kehakiman yang jelas memihak kepada kehendak UMNO / BN, dan mereka institusi ini tidak bertindak mengikut apa yang termaktub dalam pelembagaan. Ada kes YB di Kedah, di Perak, di Selangor semua dinafikan hak PRK tersebut.

Terbaru ialah larangan berceramah secara terbuka.Perkara ini tidak banyak berubah. Ceramah anjuran pembangkang terutama di Selangor masih berterusan. Ceramah hanya dibenarkan didalam Dewan sahaja,alasan masih seperti dahulu,kononnya "bahaya". Tetapi kenapa pihak UMNO / BN boleh dan menggunakan semua kemudahan " kerajaan " untuk setiap aktiviti dan program mereka. Persoalannya ialah mengapa UMNO dibenarkan menjalankan ceramah secara terbuka? Rujuk siri ceramah anjuran parti penguasa UMNO diatas nama "Selamatkan Selangor", ianya dianjurkan ditapak terbuka dan bukannya disebuah tempat tertutup yakni Dewan dan sebagainya.Tidakkah ini jelas melanggar arahan pihak berkuasa bahawa ceramah di Selangor hanya boleh diadakan dikawasan tertutup?

Keadaan ini jelas mengambarkan kepada dunia bahawa Malaysia kini mempunyai dua set undang-undang untuk pemerintah dan pembangkang. Sampai bilakah nasib pembangkang sebegini malang? Media pula sebagai contoh langsung tidak menulia dan menyiarkan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan PR sebaliknya media sama ada cetak atau elektronik mengambil kesempatan melaporkan yang baik pun salah dan yang salah di jadikan "head line"

Apakah konsep demokrasi sudah di padamkan dari perlembagaan Malaysia dan kini Malaysia sedang menuju kearah negara diktator? Kita mengharapkan agar pihak berkuasa memahami perlembagaan negera untuk kepentingan semua rakyat.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA