Apakah benar pihak kerajaan tidak terlibat dalam isu Pengedaran Video lucah yang melibatkan DSAI? Cuba kita perhati dan perhalusi peristiwa yang berlaku kaitan dengan keistemewaan yang diterima dalam prosess pengedaran tape ini:
1- Kenapa tayangan kepada wartawan terpilih dapat diadakan ditempat yang istemewa.
2- Kenapa pihak keselamatan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengedaran dan penayangan tape tersebut.
3- Kenapa si pengedar masih hidup bebas dan tidak seperti pengedaran tape lucah yang lain, apabila dikenal pasti di tangkap dan di bawa ke muka pengadilan.
4- Penglibatan secara langsung Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ). Kerana JAWI juga " bersubhat " dan turut bersekongkol apabila membenarkan tindakan sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul hari ini bagi mewakili rakan yang lain
berhubung isu video seks dengan ditemani
Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim (kanan).
Ketiga-tiga mereka pula dapat perlindungan
siap pakai BAJU KEBAL dan POLIS TOLONG COVER DEPA.
Untuk itu semua rakyat merasakan ada asasnya tindakan Angkatan Muda Keadilan untuk menyatakan rasa kesal atas apa yang di lakkukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ).
Che Mat Che Ali - Pengarah JAWI
" Mengapa pada hari tersebut Che Mat hadir sama selain membenarkan masjid tersebut dijadikan lokasi untuk sumpah laknat tersebut? Apakah beliau tidak sedar acara angkat sumpah itu- yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam. lagi menyedikah perkara yang dituntut oleh Islam tidak pula mendapat sokongan beliau, pihak AMK sudah membuat laporan qazaf dan penerangan terperinci telah diberikan, tapi JAWI membisu seribu kata. Ini jelas menjukkan JAWI adalah alat kepada UMNO - tambah ketua AMK tersebut.
No comments:
Post a Comment