Semperna dengan 1 Mei setiap tahun kerajaan telah menetapkan tarikh tersebut adalah di khaskan kepada gulongan pekerja, tak kira mereka dari perkhidmatan awam mau pun swasta. Tak kira apa profession sekali pun, doktor, guru, ahli politik, ahli sukan, pereka fesyen, pengamal media, pesara dan bak kata pepatah setiap mereka yang bermajikan dan majikan mereka yang sebenar adalah ALLAH SWT. Untuk itu SETIAP KITA adalah dituntut untuk bekerja membela agama Allah, menegakkan Islam dalam diri kita, masyarakat, negeri dan negara.
Selain dari pihak kerajaan menyediakan KPI ( key Performace Indicator ) untuk pencapai setiap kementerian, jabatan mau pun syarikat swasta Tapi seorang manusia, individu pekerja itu juga amat perlu ada KPI khusus berkaitan dengan MATI, kerana kita perlu ingat temu janji kita untuk meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya menuju kepada kehidupan yang kekal abadi adalah semakin hampir. Untuk janganlah kita jemu memperingatinya dan berusaha bersungguh bersedia menghadapi temu janji tesebut.
Setiap kita nasibnya tidak menentu, malahan Malaikat tidak menerima apa-apa sogokkan untuk melepaskan kita, tidak juga ditentukan oleh kedudukan jawatan, Malaikat juga tidak mampu ditakut-takutkan dengan ketinggian pangkat yang kita miliki, juga Malaikat tidak menghiraukan berapa ramai jumlah pengikut yang mengundi kita sebagai orang yang tidak bersalah. Sebaliknya penilaian yang dibuat adalah berdasarkan prestasi tugas kehambaan kita kepada Allah. Untuk itu perlakuan ketaatan kepada Allah tidak ada had umur pencennya.
Sebagai renungan, adalah amat rugi sekali sekiranya kita gagal memahami konsep bekerja bermajikankan Allah ini. Apabila kita gagal memahami kita bekerja untuk apa, maka banyak hak-hak Allah kita langgar walaupun kita rasa tindakan kita betul. Sebagai contoh:
Pengamal media kabur tentang konsep kerja untuk Allah maka dia akan kehilangan etika, sanggup memanipulasi berita, sanggup mempromosi berita-berita jijik bahkan menayangkan kepada umum, mempromosikan kejijikan kepada masyarkat sedangkan Allah berfirman:
" Sesungguhnya orang-orang yang suka mmpromosi perkara-perkara yang buruk dalam kalanagn orang-orang yang beriman, mereka akan di azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan diakhirat, dan ( ingatlah ) Allah mengetahui ( segala perkara ) sedang kamu tidak mengethuai ( yang demkiina,k QS Al-Nur 19 )
Apabila ahli-ahli politik gagal memahami konsep kerja untuk Allah, maka demi mengekal atau merebut kuasa segala jalan dirempoh walaupun rempuhan itu terkena kepada batas-batas ( hudud ) yang telah ditentukan oleh Allah dan adab menjaga hubungan sesama saudara seislam. Tuduh menuduh, fitnah memfitnah, memutuskan tali saliturhaim walaupun kepada saudara seagamanya sendiri, Semuanya ini adalah perkara yang diharamkan oleh Allah.
Apabila ahli-ahli ilmu tidak faham memahami konsep kerja untuk Allah maka ilmunya itu tidak mendekatkan dirinya mahupun orang yang mempelajari ilmu daripadanya kepada Allah.
Kepada ahli-ahli sukan mahu pun budayawan yang sedar bahawa professionya juga menuntuk mereka bekerja untuk Allah. kesedaran umat Islam bekerja berkonsepkan ajaran islam dapat menyelamatkan diri mereka dari hilangm hala tuju ketika bersukan atau berbudaya. demi nak sihat yang halal dan haram di rempuh. Demi nak mengekalkan nilai seni dalam hidup, halal haram tidak diambil kira sedangkan tubuh yang sihat penting untuk beribadat secara sempurna kepada Allah. Jiwa yang halus penting untuk mengenal kelemahan diri dan perkasanya Allah
SELAMAT MEYAMBUT HARI PEKERJA
1 MEI 2011

No comments:
Post a Comment